“Saya baru nak mula simpan emas. Sebenarnya, berapa gram yang sesuai untuk saya mula?”
Bila kita baru kenal dunia emas, memang banyak kekeliruan. Rasa macam kena ada RM1,000, RM5,000 dulu baru boleh mula. Padahal, sekarang ni nak simpan emas dah tak susah macam dulu. Dah tak perlu ada bajet besar macam dulu.
Fleksibel, ikut kemampuan masing-masing.
Tak Perlu Tunggu Kaya Baru Mula
Zaman sekarang, nak simpan emas memang sangat mudah. Lebih-lebih lagi dengan akaun emas GAP.
Dengan Akaun Emas GAP dari Public Gold, kita boleh mula serendah RM100, tanpa komitmen bulanan, walau berapa pun harga emas naik. Maksudnya kita boleh simpan emas mengikut bajet kita tanpa hiraukan harga emas!
Ada RM100, boleh mula.
Ada bajet untuk 1 gram, boleh terus topup GAP.
Ada RM1,000? Juga boleh terus top-up masuk GAP.
Nak beli 10 gram sekaligus dan tak mahu simpan sendiri lagi? Pun boleh juga.
Ikut bajet kita!
Ada bajet kecil, kita simpan kecil.
Ada bajet besar, kita simpan besar.
Yang penting, kita mula dulu. Lepas tu, baru kita adjust ikut bajet dan matlamat sendiri. Tak perlu tunggu kaya. Tak perlu tunggu gaji besar. Tak perlu tunggu hujung bulan.
Simpan Ikut Matlamat, Bukan Ikut Trend
Soalan “berapa gram patut saya simpan?” ni sebenarnya bergantung kepada apa yang kita nak capai dengan simpanan tu. Matlamat kewangan setiap orang berbeza.
Kalau nak simpan untuk dana kecemasan dan kita langsung tak berjaya adakan simpanan dalam bentuk duit, disarankan simpan 3 bulan gaji dalam bentuk emas. Kalau gaji RM3,000, maknanya target simpanan RM9,000 dalam bentuk emas (anggaran lebih kurang 18-20 gram).
Kalau nak simpan untuk pendidikan anak, boleh mulakan dengan 1 gram setiap bulan untuk setiap anak atau boleh sahaja buat GAP autodebit serendah RM 50 sebulan.
Kalau target untuk pergi haji atau umrah, kita boleh target simpan 5 dinar untuk umrah dan 100 gram untuk haji dalam masa beberapa tahun. Bayangkan kalau simpan 1 gram je setiap bulan secara konsisten, dalam 6 tahun pun dah ada 72 gram. Tanpa sedar, kita dah cukupkan tabung umrah dengan cara paling tenang.
Dan kalau untuk persaraan, Ainin sendiri cadangkan 100 gram emas dalam masa 5 tahun sebagai permulaan.

Jangan ikut orang. Ikut keperluan dan kemampuan sendiri.
Tak kisah kalau kita baru mula dengan RM100 atau 1 gram — yang penting, kita dah ubah tabiat kewangan ke arah yang lebih baik. Kita mula simpan aset, bukan hanya duit.
Mentor selalu pesan: mula kecil (start small), mula sekarang. Nanti kita akan bersyukur sebab mula awal.
Prinsip Menabung Dalam Al-Quran
“Hendaklah kamu menanam (tanaman) tujuh tahun sebagaimana biasa; maka apa yang kamu tuai, hendaklah kamu tinggalkan dia di tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan.”
(Surah Yusuf: 47)
Dalam ayat ni, Allah highlight kepentingan menabung dan ajarkan prinsip asas pengurusan kewangan, iaitu menyimpan hasil ketika waktu senang, untuk kegunaan ketika susah.
Tangkai gandum itu diumpamakan seperti simpanan yang tidak digunakan langsung, disimpan untuk masa depan.
Jadi, dapat sahaja gaji, simpan dulu sebelum belanja.
Untuk pemula, start small, bermula ikut bajet dan menabung ikut matlamat dengan konsisten.
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

