Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Emas untuk Hadiah Konvokesyen dan Graduasi

theaininsofia, November 25, 2024November 25, 2024
Emas untuk Hadiah Konvokesyen dan Graduasi
[Open][Close]
  • Emas sebagai Hadiah Konvokesyen dan Graduasi
    • Hari Graduasi dan Hadiah
    • Hadiah yang semakin meningkat harganya
    • Idea emas sebagai hadiah graduasi
  • Keistimewaan Emas sebagai Hadiah Konvokesyen dan Graduasi
    • #1 Simbol Nilai dan Kejayaan
    • #2 Aset Kekal Sepanjang Hayat
    • #3 Hadiah yang Mudah Disesuaikan
    • #4 Pendedahan dan didikan Tentang Pengurusan Kewangan
    • #5 Tanda Ingatan yang Kekal
  • Cadangan untuk Hadiah Emas Konvokesyen
  • Cara untuk dapatkan
  • Kesimpulan

Emas sebagai Hadiah Konvokesyen dan Graduasi

Hari Graduasi dan Hadiah

Apabila tiba musim konvokesyen dan graduasi, ianya tidak terpisah dengan hadiah.

Sebelum inipun, semasa Ainin buat bisnes illustrasi, ramai yang tempah lukisan sebagai hadiah graduasi.

Cuma, kali ini Ainin ingin mengajak untuk hadiahkan hadiah yang semakin meningkat harganya kepada para graduan.

Hadiah yang semakin meningkat harganya

Betul, hadiah graduasi sinonim dengan bunga atau coklat.

Jika kita hadiahkan bunga, bunga akan layu. Dari segi nilai, susut.

Jika kita hadiahkan coklat, coklat akan habis. Dari segi nilai, juga susut.

Jika kita hadiahkan emas, emas akan semakin meningkat harganya.

Paling baik,

hadiahkan ketiga-tiga hadiah ini bersama.

Idea emas sebagai hadiah graduasi

Di bawah ini adalah antara idea emas untuk hari graduasi untuk orang tersayang.

emas untuk hadiah konvokesyen dan graduasi
emas untuk hadiah konvokesyen dan graduasi
emas untuk hadiah konvokesyen dan graduasi
emas untuk hadiah konvokesyen dan graduasi
emas untuk hadiah konvokesyen dan graduasi
emas untuk hadiah konvokesyen dan graduasi
emas untuk hadiah konvokesyen dan graduasi
emas untuk hadiah konvokesyen dan graduasi

Keistimewaan Emas sebagai Hadiah Konvokesyen dan Graduasi

Mengapa emas?

Emas bukan sahaja berharga, tetapi juga kekal relevan sepanjang zaman. Berikut adalah beberapa sebab mengapa emas adalah hadiah yang bijak untuk graduasi:

#1 Simbol Nilai dan Kejayaan

Sebagai hadiah graduasi, ia memberikan makna mendalam – satu pengiktirafan kepada pencapaian graduan yang diusahakan selama bertahun-tahun.

Berbanding hadiah material lain yang mungkin pudar atau hilang nilai, emas kekal sebagai aset bernilai tinggi.

#2 Aset Kekal Sepanjang Hayat

Hadiah emas bukan sahaja bermakna pada hari konvokesyen, tetapi juga membawa manfaat jangka panjang.

Ia adalah aset yang boleh disimpan, dipajak, atau dijual pada masa depan jika diperlukan. Bagi graduan, hadiah ini boleh menjadi permulaan simpanan emas mereka – satu langkah bijak ke arah pengurusan kewangan yang baik.

Sebagai contoh, 1 gram emas yang diberikan hari ini mungkin nampak kecil, tetapi dalam tempoh beberapa tahun, nilainya boleh meningkat seiring dengan harga pasaran emas. Berbeza dengan hadiah lain seperti gajet atau wang tunai, emas tidak mengalami susut nilai akibat inflasi.

#3 Hadiah yang Mudah Disesuaikan

Emas fizikal, seperti goldbar atau syiling emas, datang dalam pelbagai rekaan. Kita boleh memilih mengikut bajet dan citarasa. Sebagai contoh:

• Goldbar 0.5gram edisi khas konvokesyen – harga paling mampu milik, rekaan unik yang lebih istimewa untuk dikenang.

• Goldbar 1 gram dengan pelbagai rekaan – harga mampu milik, sesuai sebagai hadiah peribadi.

• dinar emas – pilihan menarik dengan reka bentuk klasik yang elegan.

#4 Pendedahan dan didikan Tentang Pengurusan Kewangan

Menghadiahkan emas kepada graduan bukan sekadar hadiah, tetapi juga cara untuk memperkenalkan serta memberi pendedahan awal kepada mereka kepada simpanan emas, khususnya bagaimana emas boleh memberi mereka manfaat.

Untuk pelajar atau seseorang yang bakal bekerja, emas membantu menguruskan kewangan, dana kahwin atau dana rumah pertama.

Graduan yang baru melangkah ke dunia pekerjaan sering terdedah kepada risiko kewangan seperti perbelanjaan berlebihan atau inflasi. Emas boleh menjadi “titik permulaan” untuk mereka belajar menyimpan dan melabur secara bijak.

#5 Tanda Ingatan yang Kekal

Hadiah emas bersifat sentimental. Ia bukan sahaja menjadi tanda ingatan kepada pemberi, tetapi juga simbolik penghargaan yang boleh diwariskan kepada generasi akan datang.

Berbeza dengan hadiah material lain yang mungkin dilupakan selepas beberapa tahun, emas kekal relevan dan dihargai. Graduan yang menerima emas akan sentiasa mengenang pemberian tersebut sebagai simbol kejayaan mereka.

Cadangan untuk Hadiah Emas Konvokesyen

Jika berminat untuk memberi emas sebagai hadiah graduasi, berikut adalah beberapa cadangan:

  • Emas 0.5gram edisi konvokesyen
  • emas 0.5gram rekaan lain
  • emas 0.25gram
  • emas 1gram dengan pelbagai rekaan menarik

Cara untuk dapatkan

  1. Daftar akaun emas GAP
  2. Menabung di akaun emas GAP
  3. Keluarkan melalui mesin ATM emas atau postage

atau

  1. Daftar akaun
  2. Beli terus di mesin ATM emas Public Gold

atau

  1. Daftar PGMall
  2. Beli melalui link ini

Kesimpulan

Hadiah emas bukan sahaja unik dan bernilai tetapi juga bermanfaat untuk simpanan jangka panjang.

Jika hadiah lain akan susut nilainya, nilai emas kekal malah harganya semakin meningkat saban tahun selain memberi kesan emosi yang mendalam.

Jika tuan puan sedang mencari hadiah graduasi dengan cara yang bermakna, emas adalah pilihan hadiah yang bijak dan istimewa. Jadikan detik graduasi mereka lebih istimewa dengan hadiah emas yang akan kekal relevan sepanjang hayat!

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas dan perak. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
ARTIKEL EMAS Emas Public Gold Manfaat Emas SIMPAN EMAS akaun emas GAPgraduasihadiahkenapa beli emaskonvokesyenmesin atm emas Public GoldPublic gold

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d