Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu
emas Public Gold gram besar vs gram kecil, mana lebih baik?

Emas gram besar atau gram kecil, Manakah lebih baik?

Posted on November 26, 2024December 18, 2024 by theaininsofia
Gram besar atau gram kecil, mana lebih baik?
[Open][Close]
  • Gram besar atau gram kecil, mana lebih untung? :Video
  • Tips Pemilihan Emas Fizikal
    • #1 Backup kewangan ketika kecemasan :
    • #2 Long term saving jika tiada keperluan untuk digunakan dalam masa terdekat :
  • Emas Gram Besar Lebih Untung
    • #1 Kos Pembelian Emas
    • #2 Gold Premium
    • #3 Kos spread bila nak jual emas
  • Kelebihan dan Kekurangan Emas Gram Besar dan Gram Kecil
  • #1 Simpan Emas dalam Saiz yang Besar (100g, 250g, 1kg)
    • Kelebihan:
    • Kelemahan:
  • #2 Simpan Emas dalam Saiz yang Kecil (1g, 1 dinar, 5g)
    • Kelebihan:
    • Kelemahan:
  • Kesimpulan:

Gram besar atau gram kecil, mana lebih untung? :Video

Tips Pemilihan Emas Fizikal

“Jika saya ada RM100,000 duit ASB yang nak tukar kepada emas. Mana lebih baik, 1pcs goldbar 250g atau 5pcs goldbar 50g?”

Untuk memilih emas fizikal, kita perlu rujuk kepada matlamat simpanan :

Jika simpanan emas tuan puan jadikan sebagai:

#1 Backup kewangan ketika kecemasan :

  • Pilih emas dengan berat yg rendah (5pcs 50g atau 25pcs 10g)
  • Boleh dijual atau pajak sedikit demi sedikit ikut keperluan.

#2 Long term saving jika tiada keperluan untuk digunakan dalam masa terdekat :

  • pilih emas dengan berat tinggi (1pcs 250g)
  • kurangkan kos pembelian dan jualan emas (maximise keuntungan)

Emas Gram Besar Lebih Untung

Walaubagaimanapun, tuan puan perlu tahu bahawa sebenarnya,

emas bergram besar lebih untung.

Dalam simpanan emas, ada 3 perkara yang perlu diambil kira iaitu :

#1 Kos Pembelian Emas

Untuk pembelian emas secara terus, harga per gram setiap item berbeza.

Lagi tinggi berat emas, lagi rendah harga per gram.

Contoh: Harga beli pada 08/06/23

  • 1 keping goldbar 250g : RM76,490.
  • 5 keping goldbar 50g : RM77,100 (RM15,420 x 5)
  • Jimat RM610 jika beli 1pcs 250g berbanding 5pcs 50g.

#2 Gold Premium

Kos gold premium ialah kos penghasilan emas fizikal (konsep sama seperti upah tukang barang kemas)

Makin tinggi berat emas, makin rendah kos upah tukang

Contoh:

  • Gold Premium 1 keping goldbar 250g : RM100.
  • 5 keping goldbar 50g : RM200 (RM40 x 5)
  • Jimat RM100 jika beli 1pcs 250g berbanding 5pcs 50g.

#3 Kos spread bila nak jual emas

Ketika jualan balik emas, emas akan dibeli dengan harga sedikit lebih rendah berbanding harga semasa bila nak dijual semula. Beza harga dipanggil spread (atau susut nilai)

Makin tinggi berat emas, makin rendah kadar spread.

Contoh : Harga jual pada 10/05/24

  • 1 keping goldbar 250g : RM90,846.
  • 5 keping goldbar 50g : RM90,105 (RM18,021 x 5)
  • Dapat extra RM741 jika jual 1pcs 250g berbanding 5pcs 50g.

Contoh Urusniaga

1. Katakan anda beli goldbar 250g pada 08/06/23 dan jual pada 10/05/24 :

  • Keuntungan simpanan : 
  • = Harga Jual – Harga beli – GP
  • = RM90,846 – RM76,490 – RM100
  • Keuntungan bersih : RM14,256

2. Katakan anda beli 5pcs goldbar 50g pada 08/06/23 dan jual pada 10/05/24 :

  • Keuntungan simpanan : 
  • = (Harga Jual – Harga beli – GP) x 5
  • = (RM18,021 – RM15,420 – RM40) x 5
  • Keuntungan bersih : RM12,805

Dengan goldbar 250g, anda boleh dapat keuntungan extra sebanyak RM1,451 untuk jumlah simpanan keseluruhan yang sama iaitu 250g.

Jadi, bagi yang nak keluarkan emas fizikal, kenalpasti matlamat simpanan dan keluarkan emas fizikal yang sesuai dengan matlamat!

Perkongsian di atas saya kreditkan kepada Dr Wadie.

Di bawah ini pula, saya terangkan kelebihan dan kekurangan emas bergram besar dan gram kecil

Kelebihan dan Kekurangan Emas Gram Besar dan Gram Kecil

#1 Simpan Emas dalam Saiz yang Besar (100g, 250g, 1kg)

Kelebihan:

  • Spread lebih rendah: Emas dalam saiz yang lebih besar biasanya mempunyai spread (perbezaan antara harga jual dan beli) yang lebih kecil. Ini bermaksud anda akan mendapat lebih keuntungan apabila menjual emas yang bersaiz besar.
  • Kos premium lebih jimat Lebih kos efektif: Kos premium pembuatan per gram akan lebih rendah berbanding emas dalam saiz kecil, jadi secara keseluruhan lebih jimat untuk menyimpan emas besar.
  • Mudah dibawa / migrate Mudah untuk simpanan jangka panjang: Jika tujuan anda adalah untuk melabur dan simpanan jangka panjang tanpa kerap menjual, emas besar lebih sesuai kerana lebih stabil dan menguntungkan.
  • Matlamat yang besar seperti dana rumah pertama.

Kelemahan:

  • Sukar untuk dicairkan dalam jumlah kecil: Jika anda perlukan wang segera untuk keperluan kecil, emas besar mungkin tidak praktikal kerana anda mungkin terpaksa jual semuanya sekali. Contohnya, jika anda ada emas 1kg, anda tak boleh jual sebahagian kecil sahaja untuk keperluan kecemasan.

#2 Simpan Emas dalam Saiz yang Kecil (1g, 1 dinar, 5g)

Kelebihan:

  • Mudah dicairkan dalam keadaan kecemasan: Jika ada keperluan segera atau kecemasan, emas kecil lebih mudah untuk ditukar kepada tunai. Anda boleh menjual atau memajak emas dalam jumlah yang lebih kecil mengikut keperluan.
  • Lebih fleksibel: Simpanan emas kecil memberi fleksibiliti untuk menjual sedikit-sedikit tanpa kehilangan keseluruhan simpanan emas.
  • Akses lebih mudah: Lebih ramai orang boleh membeli emas kecil kerana kos permulaan yang lebih rendah, menjadikan ia lebih mudah untuk disimpan secara konsisten.
  • Matlamat atau tujuan seperti dana kecemasan.

Kelemahan:

  • Spread lebih tinggi: Emas kecil biasanya mempunyai spread yang lebih besar. Ini bermakna anda akan rugi lebih banyak apabila menjual emas kecil berbanding emas besar.
  • Kurang kos efektif: Kos pembuatan per gram emas kecil lebih tinggi, jadi anda akan membayar lebih untuk setiap gram jika dibandingkan dengan emas yang lebih besar.

Kesimpulan:

  • Simpan emas dalam saiz besar lebih baik jika matlamat anda adalah pelaburan jangka panjang dan anda ingin meminimumkan spread serta kos. Ini juga sesuai jika anda tidak menjangkakan keperluan untuk mencairkan simpanan dengan kerap.
  • Simpan emas dalam saiz kecil lebih sesuai jika anda mahukan fleksibiliti dan kecairan yang lebih mudah dalam situasi kecemasan. Emas kecil membolehkan anda menjual atau memajak hanya sebahagian kecil daripada simpanan anda bila perlu.

Cadangan terbaik adalah untuk gabungkan kedua-duanya. Simpan emas dalam saiz besar untuk pelaburan jangka panjang dan juga emas kecil sebagai simpanan kecemasan atau keperluan jangka pendek. Ini memberi anda kestabilan serta fleksibiliti.

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, Emas Public Gold, SIMPAN EMAS, Tips Emas Terbaik, Tips Mula Simpan Emas

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • G100 Academy: Bina Content
  • Testimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan Emas
  • Memimpin Weekly Group Coaching Team Mentor
  • Seminar Membina Satu Juta Pertama Sandakan, Sabah Disember 2025
  • ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    © 2026 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d