Hari Terakhir Tadika 5 Tahun
It’s been an emotional day today. My baby has grown up. It’s feel just yesterday he was my tiny baby. Alhamdullillah, hari ini ialah hari terakhir, hari celebration untuk anak-anak tadika.
Anakanda performed persembahan bertemakan Palestin bersama rakan sekelasnya tadi. Tak sedar, air mata menitis.
The precious moment when his smile appeared when he searched me among the crowd.
Income Seorang Surirumah, Yuran Tadika Little Caliph.
Alhamdullilah juga, Ainin sangat bersyukur dapat menghantar anakanda ke tadika Little Caliph pada tahun ini dengan income seorang surirumah daripada bisnes Public Gold. Bermula daripada yuran tahunan sehinggalah yuran bulanan.
Buat pengetahuan, yuran setiap cawangan adalah berbeza.
Di sini, yuran tahunannya bermula sekitar RM 2K+, yuran bulanannya adalah sekitar RM 400-RM 500 untuk separuh hari.
Untuk setahun ini, Ainin sangat berpuas hati untuk environment, rakan-rakan dan guru-gurunya. Little Caliph menekankan pendidikan islamik dengan medium bahasa Inggeris.
Anakanda juga sudah pandai membaca, mengira, mengaji dan solat. Alhamdullilah syukur pujian untuk Allah.
Menabung vs Pendidikan Anak
Kadang-kadang, ibubapa mesti terasa sayang dengan duit. Tapi Ainin ingat satu perkara,
“grow or it will flow”
Duit ini, jika kita tidak kembangkannya, ia akan mengalir. Sifat duit adalah tetap mengalir. Currency.
Untuk pendidikan anak, Ainin anggapkan ia adalah pelaburan masa hadapan. Tabungan masa hadapan. Ianya tidak hilang, ianya datang kembali dalam bentuk pendidikan anak-anak serta akhlak anak yang baik.
Walaupun Ainin seorang yang sangat utamakan tabungan dan simpanan, tetapi pendidikan anak juga sama penting.
Duit adalah alat untuk capai matlamat.
Abu Hurairah r.a. melaporkan, Rasulullah s.a.w. bersabda,
“Jika mati seorang anak Adam, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariah, ilmu bermanfaat, dan anak soleh yang mendoakannya” (HR Muslim, no. 1631) [Riyadhus Solihin no. 1383]
Surirumah dalam Public Gold
Untuk ini, terima kasih Allah untuk rezeki.
Seorang surirumah, yang bekerja dari rumah, mampu untuk menghantar anakanda ke tadika pilihan hati, dengan income bulanan daripada Public Gold.
Terima kasih Public Gold sebagai kerjaya Ainin.
Dalam team G100, sudah ramai surirumah berjaya dengan bisnes ini. Syaratnya adalah simpan emas dengan jumlah tertentu dan hadir training yang disediakan.
Buat surirumah yang inginkan kerjaya sambil menjaga anak-anak, tuan-puan boleh mengambil kira untuk simpan emas sambil jana pendapatan. Ikut roadmap yang ditetapkan oleh G100, kita berpeluang untuk memperolehi 4 hingga 5 angka pendapatan setiap bulan. Boleh sahaja hubungi Ainin untuk Ainin terangkan lebih lanjut.
Ainin
Terengganu
20 Disember 2025



