- Faktor-Faktor Utama Harga Emas Naik & Turun
- Jangan Bazir Emosi Pada Benda Di Luar Kawalan
- Apa Sebenarnya Yang Kita Boleh Kawal?
- Contoh Mindset Penabung Emas
- Emas Penyimpan Nilai, Bukan Pelaburan Cepat Kaya
- Bila Harga Emas Jatuh, Itu Peluang
- Strategi Konsisten Simpan Emas
- Ketika Dunia Bergolak, Emas Tetap Stabil
- Kesimpulan: Fokus Pada Apa Yang Kita Boleh Kawal
Ramai yang mula panik bila tengok harga emas naik.
“Eh, patutnya tunggu harga jatuh dulu baru beli.”
“Sekarang mahal sangat, rugi kalau beli.”
Sebenarnya, reaksi ini sangat biasa sebab kita terbiasa lihat emas seperti barang dagangan, bukan sebagai simpanan nilai. Klau kita faham betul-betul apa yang menggerakkan harga emas, dan apa yang sebenarnya dalam kawalan kita, kita akan lebih tenang dan fokus untuk menabung secara konsisten, bukan menunggu-nunggu masa yang sesuai.
Faktor-Faktor Utama Harga Emas Naik & Turun
Ada lima faktor utama yang mempengaruhi harga emas dunia, dan semuanya berada di luar kawalan kita.
#1 Nilai Dolar AS (USD)
Bila nilai dolar Amerika Syarikat jatuh, harga emas biasanya naik. Ini kerana emas diukur dalam USD. Bila nilai dolar lemah, pelabur seluruh dunia beralih kepada emas sebagai perlindungan nilai. Bila USD jatuh, harga emas naik.
#2 Kadar Faedah Bank Pusat (Interest Rate)
Bila kadar faedah turun, pelabur cenderung membeli emas kerana pulangan simpanan tunai semakin rendah. Emas tidak memberi faedah, tetapi nilai asetnya kekal dan meningkat dalam jangka panjang. Faedah turun, orang beli emas lebih banyak.
#3 Inflasi (Kenaikan Harga Barang)
Inflasi menjadikan kuasa beli wang semakin lemah. Bila harga barang naik, ramai “lari” kepada emas sebab tahu emas mengekalkan nilai walaupun duit semakin susut nilainya. Bila harga barang naik, orang simpan emas.
#4 Ekonomi & Politik Dunia
Krisis ekonomi, peperangan, atau ketidaktentuan global membuat pelabur cari tempat berlindung yang selamat (safe haven). Sejak berabad lamanya, emas menjadi pilihan utama kerana nilainya tidak boleh dimanipulasi seperti mata wang kertas. Bila berlakunya krisis dunia, pelabur memilih emas.
#5 Permintaan & Penawaran (Demand & Supply)
Bila permintaan meningkat sama ada oleh bank pusat dunia atau orang ramai, harga emas akan naik. Emas bukan barang yang boleh dicetak sesuka hati, jadi bekalan yang terhad dengan permintaan tinggi akan menaikkan harga. Permintaan naik, harga emas pun naik.
Jangan Bazir Emosi Pada Benda Di Luar Kawalan
Semua faktor di atas iaitu nilai dolar, kadar faedah, inflasi, politik, permintaan global, semuanya adalah di luar kawalan kita.
Guru emas Ainin selalu pesan:
“Jangan bazir emosi terhadap perkara yang kita tak boleh kawal.”
Tapi ramai yang masih kecewa setiap kali tengok harga emas naik. Ada yang menyesal tak beli tahun lepas, ada yang menunggu harga turun sejak berbulan-bulan tapi akhirnya tak juga mula menabung.
Kalau kita asyik menunggu harga turun, kita sebenarnya menangguhkan tindakan yang boleh memberi kita keuntungan. Realitinya, dalam jangka panjang, harga emas memang sentiasa naik. Bukan sebab spekulasi, tapi sebab nilai wang yang sentiasa jatuh.
Apa Sebenarnya Yang Kita Boleh Kawal?
Jawapan paling mudah,
jumlah tabungan emas kita.
Itu sahaja yang benar-benar dalam kawalan kita.
Kita tak boleh kawal harga emas. Tapi kita boleh kawal berapa gram emas yang kita tambah setiap bulan.
Penting untuk kita ada matlamat dan target yang jelas dalam simpanan emas.
Bila kita ada target yang jelas, kita akan fokus pada pertambahan gram, bukan pada harga semasa.
Contoh Mindset Penabung Emas
Katakan kita target untuk ada 100 gram emas dalam masa 5 tahun.
Tak kisahlah harga pada masa tersebut ialah RM350/g atau RM450/g, yang penting kita konsisten tambah gram setiap bulan.
Bulan pertama, beli 1g.
Bulan kedua, tambah lagi 2g.
Bulan ketiga, walaupun harga naik, kita tetap beli ikut bajet.
Akhirnya, bila cukup masa, tabungan kita akan jadi kukuh. Kita akan bersyukur kerana kita tidak menunggu “harga terbaik” untuk mula.
Emas Penyimpan Nilai, Bukan Pelaburan Cepat Kaya
Ramai salah faham, ingat emas ni macam saham, beli rendah, jual apabila harga tinggi.
Walaupun ianya nampak serupa, tapi ianya tak sama.
Fungsi utama emas sebenarnya ialah menyimpan nilai kekayaan supaya tidak terhakis oleh inflasi.
Artikel berkaitan:
Bila Harga Emas Jatuh, Itu Peluang
Bila kita ada ilmu emas yang betul, harga emas naik kita happy, harga emas turun pun kita happy.
Harga emas naik bermaksud nilai simpanan kita telah bertambah.
Harga emas turun bermaksud kita boleh tambah simpanan kita dengan harga diskaun, dengan lebih banyak!
Kita tidak perlu tertunggu-tunggu harga emas jatuh untuk beli emas.
Orang yang hanya ikut-ikut orang, harga emas naik pun risau, harga emas turun pun risau juga. Terus, tidak mula-mula dan tidak tambah-tambah.
Jadi jangan takut dengan turun naik harga emas.
Sebab itu, jadikan emas ini hanya sebagai alat untuk kita capat matlamat kita. Dana persaraan, dana kahwin, dana rumah, dana umrah, dana haji, dana kecemasan atau apa-apa impian kita.
Capai matlamat, kita jual dan manfaatkan. Jadi, kita tidak terlalu fokus dan beremosi pada naik turun harga emas. Kita tahu, harga emas pasti naik dalam jangka masa panjang. Tahun ini sahaja iaitu tahun 2025, Januari sehingga Oktober, kenaikan emas ialah lebih 45%! Maksudnya, orang yang bermula pada Januari 2025 pun sudah mengaut keuntungan.
Strategi Konsisten Simpan Emas
Pesan mentor,
fokus pertambahan gram, kita pasti akan menang.
#1 Tetapkan bajet tetap bulanan.
Contoh: RM300 sebulan untuk emas. Tak kisahlah berapa mahal atau tinggi harga semasa, kita tetap beli. Manfaatkan akaun simpanan emas GAP. Platform GAP memudahkan kita menabung emas sedikit demi sedikit, serendah RM100.
Artikel berkaitan:
- Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
- 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
- 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
- Apa itu GAP
#2 Fokus tambah gram, bukan nilai RM.
Setiap bulan, kita fokus pada pertambahan gram emas kita, pada jumlah tabungan emas kita. Bukan berapa harga emas semasa. Kita boleh ambil tahu tapi tak perlu beremosi dengan naik turun harga emas.
#3 Simpan untuk tujuan jelas.
Contoh: dana kecemasan, haji dan umrah, pendidikan anak, atau persaraan. Bila ada matlamat, motivasi untuk kita konsisten akan jadi lebih kuat.
Ketika Dunia Bergolak, Emas Tetap Stabil
Ketika geopolitik dunia sedang tegang, emas kekal utuh.
Bukan saja individu, malah bank pusat dunia pun borong emas sebagai aset rizab. Emas tidak bergantung kepada janji kerajaan, tidak boleh dicetak semula, dan nilainya diiktiraf di seluruh dunia.
Kesimpulan: Fokus Pada Apa Yang Kita Boleh Kawal
Harga emas naik atau turun, itu perkara biasa.
In fact, harga emas berubah setiap saat!
Perkara yang luar biasa ialah bila kita tetap konsisten menabung walau apa pun harga emas. Bila kita tidak beremosi dengan naik turun harga emas.
Kerana jika kita mahu tunggu harga turun sekalipun, how’s low is low so that kita baru mahu bermula, sedangkan orang lain sudah pun ada tabungan yang banyak! Membazir masa dan emosi!
Kita menang bukan kerana kita dapat beli dengan harga yang murah, tapi kita menang apabila kita dapat menabung lebih banyak dan gram kita bertambah.
Kerana dalam jangka panjang, yang menentukan hasil bukanlah masa kita beli, tapi disiplin kita menyimpan.
Jangan bazirkan emosi pada perkara di luar kawalan.
Fokus pada tindakan yang kecil tapi konsisten. Itulah rahsia bagaimana kita akan menang.
Akhir sekali, ingat pesan bijak pandai:
“Orang miskin simpan duit, orang kaya simpan emas.”
Ainin
18 Rabiulakhir 1447H
10 Oktober 2025
