Video
Emas kan Confirm Untung?
“Emas kan confirm untung,” kata ramai orang.
Sehinggakan, ada yang mula terfikir,
Lebih baik buat loan untuk beli emas! Bila dapat untung, bayar je loan tu balik.
Kedengarannya seperti idea yang bijak, tapi sebenarnya ini adalah kesilapan besar yang sering dilakukan oleh pelabur emas yang kurang berpengalaman.
Prinsip Utama Melabur Emas
Jangan Guna Duit Pinjaman
Tuan Azizi Ali, mentor dan pakar kewangan Malaysia yang dihormati, pernah berpesan bahawa salah satu prinsip utama dalam melabur ialah: jangan guna duit pinjaman. Begitu juga dalam pelaburan atau simpanan emas
Kalau nak beli emas, hanya gunakan duit lebihan yang tidak mengganggu bajet kehidupan kita.
Kenapa?
Jom kita tengok tiga sebab utama.
#1 Emas Adalah Simpanan Jangka Panjang
Istimewanya emas adalah kerana dengan kestabilannya dalam jangka masa panjang. Namun, emas juga mengalami naik turun harga dalam tempoh pendek. Tambahan pula, emas ada spread, iaitu perbezaan antara harga beli dan harga jual.
Kalau kita beli emas guna duit pinjaman, kita mungkin terpaksa menjual emas lebih awal daripada yang dirancang untuk membayar balik hutang. Masalahnya, kalau harga emas belum naik cukup tinggi, kita boleh rugi besar sebab perlu tanggung kos spread dan masih belum mencapai keuntungan sebenar.
#2 Pinjaman Datang Bersama Beban Faedah (Interest)
Selain itu, pinjaman bukanlah duit percuma.
Setiap sen yang kita pinjam perlu dibayar semula bersama faedah. Walaupun harga emas naik, keuntungan tersebut mungkin tidak cukup untuk menampung kos faedah pinjaman. Akhirnya, kita mungkin hanya menambah beban kewangan, bukannya mencipta kekayaan.
Sebagai contoh, kalau kita buat pinjaman dengan faedah 5% setahun, tapi harga emas hanya naik 3% dalam tempoh sama, kita sebenarnya berada dalam kerugian.
#3 Tekanan Emosi dan Keputusan Tergesa-Gesa
Duit pinjaman biasanya datang dengan tekanan untuk membayar balik dalam tempoh tertentu. Bila harga emas turun sekejap, kita mungkin panik kerana rasa tertekan untuk memastikan pinjaman dibayar tepat pada waktunya.
Tekanan ini sering menyebabkan kita membuat keputusan yang salah, seperti menjual emas ketika harga rendah hanya untuk mendapatkan tunai dengan cepat. Akhirnya, kita kehilangan peluang keuntungan yang lebih besar dalam jangka masa panjang.
Jadi, apakah solusi terbaik?
Guna Duit Lebihan
Jika kita nak mula menyimpan emas, gunakan duit lebihan. Duit ini boleh datang dari gaji bulanan, keuntungan bisnes, atau bonus tahunan. Yang penting, pastikan ia adalah bahagian duit yang tidak mengganggu keperluan harian atau komitmen lain.
Gunakan duit yang kita tak gunakan dalam setahun dua ini. Gunakan duit yang kita target untuk jangka masa panjang seperti dana persaraan, dana umrah atau haji, dana pendidikan anak-anak, dana kahwin, dana deposit rumah dan sebagainya.
Tenang, bukan Beban.
Simpanan emas adalah untuk ketenangan, bukan untuk menambah beban.
Dengan menggunakan duit lebihan, kita boleh menyimpan emas tanpa rasa tertekan, dan biarkan emas itu berkembang dengan tenang mengikut masa.
Kesimpulan: Jangan Gelojoh
Walaupun emas adalah pelaburan yang kukuh dan stabil, ia tetap memerlukan strategi yang betul.
Guna duit pinjaman untuk beli emas bukanlah langkah bijak. Sebaliknya, pastikan setiap gram emas yang kita simpan datang dari hasil usaha kita sendiri. Pelaburan emas adalah maraton, bukanlah pecutan.
Jadi, jika ada yang masih tertanya-tanya, okay ke kalau buat loan untuk kaut keuntungan dengan pelaburan emas?
jawapan ringkasnya adalah: Tak okay guna loan untuk beli emas.
- Dalam jangka masa pendek, harga emas turun naik
- Harga emas ada spread.
- loan datang bersama interest
- tekanan emosi
Biarlah simpanan emas kita bebas tekanan, stabil, dan berkembang dengan cara yang selamat.
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian harri. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

