Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu
keranu berjaya simpan emas

Kerani, tapi berjaya simpan 14gram emas!

Posted on January 25, 2025January 26, 2025 by theaininsofia
Kerani berjaya simpan 14gram emas. Bukan soal gaji tapi tabiat!
[Open][Close]
  • Kerani, tapi berjaya simpan 14gram emas!
  • Simpanan Bukan tentang Gaji.
  • Tabiat Menabung Lebih Penting Daripada Angka Gaji
  • Kenapa?
  • Besar periuk, besarlah keraknya. Besar gaji, besar kemahuan.
  • Simpan emas bukan hanya untuk orang kaya
  • Bina tabiat macam orang kaya.
  • Simpan emas dengan bajet kecil

Kerani, tapi berjaya simpan 14gram emas!

Tempoh hari, Ainin terima feedback daripada salah seorang penyimpan emas Ainin. Katanya dia dah berjaya adakan simpanan lebih 14gram emas! Nilainya adalah hampir mencecah RM 6,000 mengikut harga hari ini ( RM 426/g, 25 Januari 2025).

Kongsi dia juga, dia cuba untuk konsisten walaupun dengan minimum bajet RM100 melalui kemudahan platform akaun emas GAP.

Artikel berkaitan:

  • Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
  • 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
  • 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
  • Apa itu GAP

Lebih mengejutkan, dia bekerja sebagai kerani!

Inilah kebahagiaan Ainin, sungguh! Inilah salah satu pendorong dan sebab untuk Ainin terus komited dalam bidang ini.

Simpanan Bukan tentang Gaji.

Sebenarnya, simpanan ini bukanlah tentang gaji besar ataupun gaji kecil.

Tapi simpanan ini adalah tentang tabiat.

Gaji kecil pun boleh menyimpan, jika ada tabiat menyimpan.

Pengalaman Ainin sendiri, Ainin berjaya simpan 100gram emas walaupun Ainin masih bergelar seorang pelajar, belum ada gaji.

Tabiat Menabung Lebih Penting Daripada Angka Gaji

Ramai orang selalu mengaitkan kemampuan menyimpan dengan jumlah pendapatan.

“Saya tak dapat simpan emas, gaji tak cukup”

“saya nak menyimpan emas kalau gaji saya naik”

“saya akan simpan emas kalau saya ada duit lebih”

Kalau ikut logik, semakin besar gaji, semakin mudah untuk menabung.

Tetapi realiti di sebaliknya mengejutkan kita. Ada individu yang bergaji kecil tetapi mampu menyimpan dengan konsisten setiap bulan, malah lebih banyak daripada mereka yang bergaji besar.

Lebih teruk, ada yang bergaji RM10K tapi berbelanja RM11K. Negatif RM 1000!

Sebaliknya, ada yang bergaji RM1000 tapi dapat menyimpan RM500. Positif RM500.

Kenapa?

Ia sebenarnya berkait rapat dengan tabiat kewangan seseorang, bukannya angka pada slip gaji. Orang yang berjaya menyimpan adalah mereka yang menjadikan tabiat menabung sebagai keutamaan, bukannya menunggu duit “lebih” selepas berbelanja. Mereka sedar bahawa menyimpan bukanlah satu pilihan tetapi satu keperluan.

Pesan mentor iaitu penulis buku Wang Emas Tuan Mohd Zulkifli Shafie,

“Apa yang kita simpan mengkayakan kita, apa yang kita belanja mengkayakan orang lain”.

Besar periuk, besarlah keraknya. Besar gaji, besar kemahuan.

Sebaliknya, mereka yang bergaji besar mungkin terperangkap dengan gaya hidup mewah. Pendapatan besar sering membawa kepada keinginan untuk berbelanja lebih—kereta baru, rumah lebih besar, atau percutian luar negara. Tanpa disedari, mereka hidup “paycheck to paycheck,” meskipun pendapatan mereka kelihatan mengagumkan di atas kertas.

Jadi, apa yang membezakan kedua-dua golongan ini?

Jawapannya ialah disiplin dan tabiat kewangan.

Tabiat menabung ini boleh dimulakan dengan langkah kecil. Contohnya, jika gaji kita RM1,500, asingkan RM100 untuk disimpan dalam bentuk emas. Walaupun nampak kecil, nilai itu akan berkembang jika kita lakukan secara berterusan. Lama-kelamaan, ia menjadi satu tabiat yang tidak membebankan tetapi menguntungkan.

Simpan emas bukan hanya untuk orang kaya

Apabila kita bercakap tentang simpanan emas, ramai yang beranggapan ia adalah sesuatu yang hanya mampu dilakukan oleh orang kaya, perlukan bajet yang besar untuk simpan emas.

Hakikatnya, emas adalah simpanan yang sangat mampu milik, fleksibel dan sesuai untuk semua lapisan masyarakat, asalkan kita sanggup untuk mula dan berdisiplin.

Memikirkan nilai duit yang semakin susut nilai setiap tahun, sebenarnya setiap orang sepatutnya simpan emas. Emas berfungsi sebagai penyimpan nilai. Bila kita simpan emas, secara tak langsung kita telah “mengunci” nilai duit kita daripada terhakis oleh inflasi.

Contohnya, jika hari ini kita membeli emas bernilai RM200, 10 tahun kemudian nilai itu akan berkembang selari dengan kenaikan harga emas di pasaran.

Sebaliknya, jika RM200 itu disimpan dalam bentuk tunai, ia mungkin hanya cukup untuk membeli separuh daripada barang yang sama hari ini akibat inflasi.

Maksudnya, jika kita simpan sebahagian besar simpanan kita dalam bentuk duit, nilainya merosot setiap tahun! Kuasa belinya sentiasa jatuh kerana ia sentiasa dicetak sesuka hati!

Bina tabiat macam orang kaya.

Selain itu, simpan emas juga bukan hanya tentang melindungi nilai. Ia juga tentang membina tabiat kewangan yang baik.

Sebenarnya orang kaya ada tabiat dan sifatnya.

Antaranya ialah tabiat prioritikan aset berbanding liabiliti. Kumpul harta, bukan bakal sampah!

Aset ialah perkara yang mendatangkan lebih banyak duit.

Liabiliti ialah bakal sampah! Nilainya merosot setiap tahun.

Apabila kita konsisten menambah simpanan emas setiap bulan, ia melatih kita untuk lebih berdisiplin dalam mengurus kewangan. Tabiat ini bukan sahaja membantu kita menyimpan dan adakan simpanan aset yang boleh digunakan pada waktu kecemasan. Tabiat kumpul harta.

Simpan emas dengan bajet kecil

Yang menariknya, simpanan emas tidak memerlukan modal yang besar untuk bermula. Dengan kemudahan yang disediakan oleh Public Gold iaitu platform akaun emas GAP, kita boleh bermula dengan bajet minimum serendah RM100.

Artikel berkaitan:

  • Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
  • 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
  • 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
  • Apa itu GAP

Langkah kecil inilah yang membawa kita kepada satu perubahan besar, asalkan kita konsisten. Ini kerana ia membina tabiat. Sepertimana perkongsian di atas, walaupun penyimpan emas Ainin seorang kerani, dia berjaya adakan 14gram emas dengan menabung emas sedikit demi sedikit.

Kesimpulannya, menyimpan emas bukan sekadar soal besarnya gaji atau ada duit lebih harta. Ianya tentang tabiat, prioriti dan keperluan.

Jadi, mulakanlah sekarang, walau sekecil mana pun langkah pertama itu.

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, Cerita Emas, Manfaat Emas, SIMPAN EMAS, TESTIMONI PENYIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • G100 Academy: Bina Content
  • Testimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan Emas
  • Memimpin Weekly Group Coaching Team Mentor
  • Seminar Membina Satu Juta Pertama Sandakan, Sabah Disember 2025
  • ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    © 2026 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d