Video: Betulkah dapat tunaikan haji & umrah lebih cepat dengan simpanan emas?
Tunaikan Ibadah Umrah dengan Simpanan Emas
Alhamdulillah, Ainin baru sahaja balik dari tunaikan ibadah umrah bersama mentor dan team G100 seramai 24 orang.

Ainin sendiri telah memanfaatkan simpanan emas untuk sertai umrah dan ziarah kali ini. Ainin telah menjual emas sekitar 30gram untuk pakej umrah ini yang berharga RM 10K. Pakej ini sebenarnya adalah private umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan bukanlah dianjurkan oleh mana-mana syarikat.
Bersama kami ialah mentor kami sendiri iaitu penulis buku Wang Emas Tuan Zulkifli Shafie. Ainin telah mengambil peluang tersebut untuk menemubual mentor tentang manfaat emas untuk ibadah umrah dan haji.
Dulu Simpan Duit, Sekarang Simpan Emas
Ramai yang ada impian nak ke Tanah Suci, tapi mungkin ada yang belum mampu kerana harga pakej umrah dan haji semakin mahal setiap tahun. Kebanyakan orang masih menabung cara biasa, simpan duit dalam Tabung Haji atau akaun bank. Tak salah, tapi pernah tak terfikir kalau ada cara yang lebih cepat dan lebih berbaloi?
Jom kita ambil ibrah tentang pengalaman peribadi mentor Ainin, Tuan Zulkifli Shafie, yang sebelum ini pun menabung dalam Tabung Haji, tapi akhirnya fokus kepada emas selepas tahu tentang kelebihannya.
Kongsi mentor Tuan Zulkifli Shafie,
✅ Tahun 2018 – Mentor beli 100 gram emas dengan harga RM20,000
✅ Tahun 2025 – Harga 100 gram emas yang sama sudah naik ke RM40,000
Dalam masa 6 tahun, nilai emas 100gram telah meningkat 2 kali ganda.
Dengan emas 100gram yang sama, mentor tidak perlu tambah sebarang kos simpanan kerana harga jualannya sudah cukup untuk menampung kos haji T20.
Kos Haji & Umrah Naik Lebih Laju daripada Dividen
Sebelum ini, ramai orang menganggap cara terbaik untuk simpan duit umrah dan haji adalah dengan menabung melalui platform Tabung Haji.
Ia memang platform yang baik, sebab setiap tahun ada dividen. Tetapi, kenaikan kos haji dan umrah lebih laju daripada dividen yang diberikan.
Sedangkan,
Purata kenaikan harga emas dalam 20 tahun terakhir adalah sekitar 10% setahun, manakala dividen Tabung Haji hanya sekitar 5% setahun.
Tabung Haji vs ASB vs Emas
Pada tahun 2024, data agihan keuntungan adalah seperti berikut:

Kenaikan emas untuk tahun 2024 ialah hampir mencecah 23%!
Apa kesannya?
Bayangkan kalau dulu mentor simpan RM20,000 dalam Tabung Haji. Dengan kadar dividen sekitar 5% setahun, mungkin nilai baru naik jadi RM25,000 ke RM26,000. Sedangkan dengan emas, nilainya dah cukup untuk biayai haji pakej T20!
Kenapa Emas Lebih Baik?
#1 Nilai Tak Terhakis Inflasi
Duit kertas semakin lama semakin menyusut nilainya. Manakala, harga pakej umrah dan haji makin lama makin naik. Tapi emas? Nilainya naik seiring dengan inflasi dan kenaikan kos hidup. Jadi, seiring dengan harga pakej haji dan umrah yang meningkat, harga emas juga meningkat.
#2 Boleh Simpan Sikit-Sikit dengan Akaun Emas GAP
Simpan emas dalam bentuk GAP (Gold Accumulation Program) juga membolehkan kita kumpul emas sikit-sikit tanpa perlu keluarkan secara fizikal.
Target sehingga 5 dinar untuk pergi umrah,
Target sehingga 100 gram untuk pergi haji.
#3 Boleh Dicairkan Bila-Bila Masa
Simpanan emas mempunyai kecairan yang sangat tinggi. Bila dah cukup gram, boleh jual dan terus guna untuk bayar pakej umrah dan haji.
#4 Lebih Cepat Capai Matlamat
Kalau simpan duit, kita terpaksa berlawan dengan kenaikan harga. Kita perlu tambah simpanan jika tidak cukup.
Tapi dengan emas, nilai simpanan kita bertambah mengikut kadar pasaran. Kos haji dan umrah menurun dengan simpanan emas!
Jadi, Mana Lagi Cepat?
Kita semua tahu, harga pakej haji dan umrah makin naik setiap tahun. Kalau kita masih guna cara simpan duit biasa, kita perlu kerja lebih keras untuk kejar kenaikan kos. Tapi dengan emas, kita cuma perlu simpan dan biarkan nilainya naik seiring masa.
Jadi, kalau ada impian nak ke Tanah Suci lebih cepat, mulakan simpanan emas dari sekarang! Jangan tunggu harga makin naik baru nak mula. Tukar strategi—simpan emas, bukan duit!
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian harri. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

