Video
Jawapan
Tukar lima keping 1 dinar kepada sekeping 5 dinar secara langsung adalah tidak boleh kerana ia melibatkan isu-isu penting seperti perbezaan fizikal, syariah, dan spread harga jual beli emas.
1. Isu Syariah
Dalam Islam, transaksi melibatkan emas dianggap sebagai urus niaga yang termasuk dalam kategori ribawi, yang memerlukan syarat-syarat ketat untuk memastikan ia mematuhi syariah.
Pertukaran emas mesti berlaku secara taqabud (serahan tangan ke tangan) dan serah serta-merta. Menukar lima keping 1 dinar kepada sekeping 5 dinar secara fizikal tidak boleh dilakukan tanpa melibatkan jual beli, kerana kedua-duanya adalah unit emas yang berbeza.
Oleh itu, jika kita ingin menukar emas ini, kita perlu menjual lima keping 1 dinar dan membeli satu keping 5 dinar.
Ini mesti dilakukan secara adil dan tanpa sebarang penangguhan untuk mematuhi syariah.
Selain itu, emas sebagai mata wang dan komoditi mestilah ditukar dengan jumlah yang sama jika jenis emas yang digunakan adalah sama (emas untuk emas).
Dalam hal ini, kerana pertukaran melibatkan syiling emas yang berbeza berat, ia memerlukan proses jual beli, bukan sekadar tukaran langsung.
2. Isu Spread
Spread merujuk kepada perbezaan antara harga jualan dan harga belian emas.
Apabila kita menjual lima keping 1 dinar, kita akan menjualnya pada harga belian (buyback price, PGBuy) yang ditawarkan oleh syarikat atau penjual emas.
Selepas itu, jika kita beli satu keping 5 dinar, kita perlu membayar pada harga jualan (selling price, PGSell) yang lebih tinggi.
Sebagai contoh, jika harga belian untuk lima keping 1 dinar adalah lebih rendah daripada harga jualan sekeping 5 dinar, kita akan mengalami sedikit kerugian kerana spread ini.
Jika tukar secara direct pula (yang mana tidak boleh), Public Gold pula akan mengalami kerugian.
Inilah sebab mengapa penting untuk mempertimbangkan kos tambahan ini dalam sebarang proses jual beli emas, terutama jika tujuan kita adalah untuk menyimpan emas sebagai pelaburan.
Kesimpulan:
Secara keseluruhan,
menukar 5 keping 1 dinar kepada sekeping 5 dinar bukanlah proses tukaran langsung kerana ia melibatkan urusan jual beli emas.
Kita perlu ambil kira isu syariah untuk memastikan transaksi mematuhi prinsip Islam, dan juga spread iaitu harga antara jualan dan belian yang boleh mempengaruhi nilai emas kita.
Sebab itulah pentingnya ilmu emas dan introducer supaya dapat bantu kita dalam urusan seperti ini.
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian harri. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)