Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Saya Student; Mana Lebih Baik Simpan Emas dengan EPP atau Akaun GAP?

theaininsofia, September 12, 2024September 12, 2024
Saya Student; Mana Lebih Baik antara EPP atau Akaun GAP?
[Open][Close]
  • Pelajar tapi Mahu Simpan Emas
  • 3 Cara Beli Emas dengan Public Gold
  • EPP
    • Komitmen Bulanan
  • Akaun Emas GAP
    • Tiada Komitmen Bulanan
    • GAP Autodebit
    • Tiada Caj Simpanan
  • Mengapa GAP Lebih Sesuai untuk Pelajar?
    • 1. Tiada Komitmen Bulanan
    • 2. Simpanan Serendah RM100
    • 3. Akses Mudah dan Pengurusan Digital
    • 4. Fleksibiliti Dalam Pengeluaran
  • Kesimpulan: Pilih GAP untuk Fleksibiliti Maksimum

Pelajar tapi Mahu Simpan Emas

Tempoh hari, ada pelajar hubungi Ainin untuk simpan emas. Katanya, dia tidak dapat memilih antara cara EPP atau GAP.

Pertama sekali, Ainin ucapkan tahniah kepada dia kerana walaupun belum bergaji tetap, dia sudah pun ada kesedaran dan minat tentang simpanan emas.

Seperti yang Ainin kongsikan sebelum ini, ada 3 cara beli emas dengan Public Gold.

Artikel berkaitan:

  • 3 cara belian emas dengan Public Gold

3 Cara Beli Emas dengan Public Gold

Mari kita lihat perbezaan antara kedua-dua kaedah ini dan apakah pilihan yang lebih baik untuk pelajar.

Apa Itu EPP dan GAP?

Seperti jadual di atas,

EPP

EPP atau Easy Payment Purchase adalah pelan bayaran bulanan yang ditawarkan oleh Public Gold untuk pembelian emas fizikal.

Komitmen Bulanan

Dengan EPP, kita boleh kumpul dana emas secara selama beberapa bulan, tanpa dikenakan faedah. Setiap bulan, kita perlu membuat bayaran tetap sehingga bayaran selesai. Selepas bayaran penuh, barulah kita akan menerima emas fizikal yang dibeli.

Ianya adalah komitmen bulanan yang perlu kita bayar setiap bulan. Jika kita gagal membayar, kita akan dikenakan penalti.

Kaedah ini sesuai untuk orang sukakan paksaan untuk adakan simpanan dan sesuai untuk lock harga ketika harga emas sedang dalam paras yang rendah.

Akaun Emas GAP

GAP atau Gold Accumulation Program pula membolehkan kita menyimpan emas secara sedikit demi sedikit.

Dengan GAP, kita boleh membeli emas dalam jumlah kecil, serendah RM100, dan emas tersebut akan disimpan dalam akaun emas GAP kita.

Tiada Komitmen Bulanan

Kita boleh terus menambah simpanan emas anda bila-bila masa, tanpa komitmen bulanan, dan boleh menebus emas fizikal apabila simpanan mencukupi.

GAP Autodebit

Tiada Caj Simpanan

Mengapa GAP Lebih Sesuai untuk Pelajar?

Jadi, Ainin cadangkan dia untuk simpan emas melalui akaun emas GAP.

Ini kerana, akaun emas GAP tidak memerlukan komitmen bulanan yang tetap, lebih fleksibel dan tidak membebankan sebagai seorang pelajar.

Di sinilah kelebihan Akaun GAP berbanding EPP.

1. Tiada Komitmen Bulanan

Salah satu sebab utama kenapa GAP lebih sesuai untuk pelajar ialah kerana ia tidak memerlukan komitmen bulanan.

Dengan EPP, kita perlu memastikan bayaran bulanan dibayar tepat pada masanya setiap bulan. Ini mungkin akan menambahkan beban kewangan kepada pelajar yang ada kos lain yang perlu diuruskan, seperti yuran pengajian, buku, dan perbelanjaan harian.

Sebaliknya, dengan GAP, kita boleh menyimpan emas pada bila-bila masa mengikut kemampuan kita. Jika bulan ini kita ada lebihan wang, kita boleh menambah simpanan emas. Jika bajet bulan hadapan kewangan agak ketat, kita boleh berhenti seketika tanpa perlu risau tentang sebarang bayaran bulanan.

2. Simpanan Serendah RM100

Dengan Akaun GAP, kita boleh memulakan simpanan emas dengan serendah RM100 sahaja. Ini memberi peluang kepada pelajar yang mempunyai bajet terhad untuk mula menyimpan emas walaupun dalam jumlah yang kecil.

Tidak seperti EPP yang memerlukan bayaran bulanan yang tetap, GAP membolehkan kita menyimpan secara fleksibel mengikut bajet kita.

Untuk pelajar umur 18 tahun ke bawah, ada lagi kelebihan mereka iaitu dapat menyimpan serendah RM50 untuk simpanan bulanan (GAP Autodebit).

3. Akses Mudah dan Pengurusan Digital

Akaun GAP juga menawarkan kemudahan simpanan emas secara percuma, disimpan oleh Public Gold. Ini bermakna kita tidak perlu menyimpan emas fizikal sendiri, yang mungkin menimbulkan kebimbangan tentang keselamatan dan tempat penyimpanan.

Dengan GAP, simpanan emas anda diurus oleh Public Gold, dan kita boleh menyemak baki akaun serta menambah simpanan melalui aplikasi atau laman web pada bila-bila masa. Untuk daftar, boleh hubungi Ainin.

WhatsApp Ainin

Sebagai pelajar, kemudahan ini sangat memudahkan kerana kita tidak perlu risau tentang logistik atau pengurusan fizikal emas. Semuanya boleh diurus di hujung jari, dan kita boleh keluarkan emas fizikal pada bila-bila masa sahaja.

4. Fleksibiliti Dalam Pengeluaran

Selain menyimpan dengan mudah, GAP juga membolehkan kita keluarkan emas fizikal apabila simpanan telah cukup. Kita boleh keluarkan emas serendah 0.5gram apabila kita telah mencapai jumlah tersebut dalam akaun. Ini memberi kita kebebasan untuk menambah simpanan pada kadar bajet kita sendiri dan menebus emas fizikal apabila kita bersedia.

Sebaliknya, jika kita memilih pilihan EPP, kita perlu menyelesaikan keseluruhan bayaran bulanan sebelum dapat emas fizikal, yang mungkin mengambil masa beberapa bulan. Dengan GAP, kita boleh menyimpan secara sedikit demi sedikit dan mengeluarkan emas apabila simpanan cukup, tanpa terikat dengan tempoh bayaran tertentu.

Kesimpulan: Pilih GAP untuk Fleksibiliti Maksimum

Bagi pelajar yang ingin memulakan simpanan emas, Akaun GAP adalah pilihan yang paling fleksibel dan sesuai.

Dengan GAP, kita tidak terikat dengan komitmen bulanan, boleh mula menyimpan serendah RM100 atau RM50 (18 tahun ke bawah) dan menikmati kemudahan penyimpanan secara percuma oleh Public Gold. Ini semua memudahkan urusan simpanan emas.

Lebih penting lagi, GAP membolehkan kita menyimpan mengikut kemampuan kita sendiri, tanpa komitmen bayaran bulanan seperti pilihan EPP.

Jadi, jika tuan puan adalah seorang pelajar yang ingin mula menabung emas, Akaun GAP Public Gold mungkin adalah pilihan yang paling ideal untuk anda.

Pelajar boleh mula menyimpan emas secara kecil-kecilan dan membina simpanan yang kukuh untuk masa depan, tanpa perlu risau tentang komitmen bulanan atau beban kewangan yang besar.

Mulakan simpanan emas anda hari ini dengan Akaun GAP, dan nikmati kelebihan simpanan emas yang lebih fleksibel dan mudah!

Artikel berkaitan:

  • Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
  • 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
  • 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
  • Apa itu GAP
WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
AKAUN EMAS GAP AKAUN EMAS UNTUK ANAK ARTIKEL EMAS CARA BELI EMAS PUBLIC GOLD PEMBELIAN EPP SIMPAN EMAS akaun emas GAPepppelajarstudent

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d