Video
5 dinar atau 20gram, nak pilih yang mana?
Nak 5 dinar atau 20 gram?
Apa perbezaan kedua-dua item ini? Apa asas emas yang perlu kita tahu untuk memilih antara kedua-dua item ini? Yang mana lebih untung?
Sebenarnya,
Kedua-duanya adalah simpanan emas fizikal yang baik, tetapi bezanya terletak pada bentuk, berat dan harganya.
5 Dinar:
5 dinar ini ialah syiling emas yang berbentuk bulat. Ketulenan 999.
5 dinar bersamaan dengan 21.25 gram emas. Beratnya lebih berat daripada emas goldbar 20gram. Jadi, pastinya harganya lebih tinggi.
Dinar lebih dikenali dalam kalangan umat Islam sebagai instrumen simpanan dan pembayaran yang berasaskan nilai sejarah dan keagamaan. Dinar sering dianggap sebagai cara simpanan yang lebih klasik dan mempunyai nilai tersendiri dalam budaya Islam. Jika kita cenderung kepada simbolik dan tradisi, 5 dinar mungkin pilihan yang tepat.
5 dinar juga sinonim sebagai dana umrah. Ada 5 dinar, dah ada dana siap untuk kerjakan ibadah umrah.
20 Gram:
20 gram emas pula ialah jongkong emas yang berbentuk petak. Ketulenan 999.
Bentuknya pula lebih tebal berbanding 5 dinar.
Kesimpulan
5 dinar | 20gram | |
Ketulenan | 999 | 999 |
Bentuk | bulat | petak |
Rupa | lebih besar | lebih tebal |
Berat | 21.25gram (perpuluhan) | 20gram (tepat) |
Harga | Harga sekitar RM8000 (Ogos 2024) | Harga sekitar RM 7600 (Ogos 2024) |
Dari sudut pelaburan, kedua-dua item adalah sama sahaja kerana kedua-duanya berketulenan 999. Jadi, kita boleh pilih berdasarkan bentuk dan bajet kita sahaja.
Jangan risau, kita boleh miliki kedua-dua item ini dengan bajet kecil serendah RM100 melalui akaun emas GAP. Jika kita tidak dapat pilih, menabung gram emas dahulu. Apabila gram emas mencecah 21.25gram, kita ada pilihan untuk keluarkan emas 5 dinar(21.25gram) atau 20gram. Daftar akaun emas GAP.
Artikel berkaitan:
- Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
- 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
- 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
Ainin sendiri, ada kedua-dua 5 dinar dan 20gram.
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian harri. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)