Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Pengalaman Rutin Berpantang Sendiri dengan Anak Kedua

theaininsofia, November 29, 2022November 29, 2022

Alhamdullillah untuk kurniaan anak yang kedua kepada keluarga kecil kami pada 31 Oktober 2022. Alhamdullilah untuk segala proses yang dipermudahkan walaupun kali ini Ainin dan suami buat keputusan untuk berpantang sendiri atas sebab kesihatan ibu bapa dan anak sulung yang semakin aktif.

Bersyukur juga berpeluang berpantang sebelum ini dengan ibu di kampung. Jadi, tidaklah kekok untuk berpantang sendiri buat kali kedua.

Persiapan Sebelum

Sebelum bersalin, Ainin persiapkan barang-barang bayi dan untuk Ainin sendiri. Ainin kongsikan summary perbelanjaan di artikel Pengalaman Berjimat Belanja Kelahiran Anak Kedua

Bersalin di KPJ Kuantan

Kami mengambil keputusan untuk bersalin anak kedua kami di KPJ Kuantan bersama Dr Aziana kerana faktor jarak yang lebih dekat daripada Kuala Terengganu dan faktor keselesaan dengan doktor. Sebelum ini, kami sudah pernah berurusan dengan Dr Aziana. Kos bersalin ditanggung oleh GL syarikat suami.

Alhamdullilah, semuanya dipermudahkan. Terima kasih Dr Aziana, Dr Nabilah dan jururawat yang menjaga Ainin sepanjang tempoh Ainin berada di sana.

Upah Confinement Lady (CL)

Oleh kerana kami tak dapat menjangka bagaimana kami akan menempuh tempoh berpantang sendiri dan kami juga mengupah CL semasa pantang anak pertama, kami juga mengambil keputusan untuk mengupah CL untuk pantang anak kedua ini. Kos yang kami keluarkan untuk 14 hari ialah RM 2500 selepas diskaun.

Walaubagaimanapun, servis CL sangat subjektif. Dan kami merasakan servis yang kami terima tidak berbaloi dengan jumlah yang dibayar. Ini kerana kebanyakan kerja banyak dibuat oleh suami dan ditambah faktor disiplin CL yang tidak menentu.

Jika kami diberi peluang semula, mungkin kami akan mengupah CL hanya untuk 7 hari for the sake of massage and tungku only.

Rutin

Antara rutin semasa berpantang ialah:

  • Mandi Herba
  • Sapuan Minyak Panas
  • Berurut
  • Bertungku
  • Berstokin
  • Berbengkung
  • Sauna

Tugas Suami

Terima kasih suami banyak membantu. Tugas suami termasuklah:

  • mandikan bayi
  • masak dan sediakan makanan pantang (air fryer ikan selar dan sup sayur)
  • basuh dan keringkan pakaian (laundry)
  • jaga anak pertama

Peranan suami sangat memberi impak apabila berpantang sendiri. Sangat bersyukur atas kurniaan ini.

Anak Pertama

Taska

Ada ibu yang mampu menjaga dua orang anak sekaligus, malah lebih ketika dalam pantang mahupun tidak. Tetapi kami pilih untuk menghantar anak pertama ke taska untuk asuhan. Kos bulanan ialah RM 430, yang akan bertambah kepada RM 550.

Kami menghantarnya dua minggu awal sebelum Ainin bersalin. Memang pada mulanya, dia tidak suka tetapi dapat menyesuaikan diri perlahan-lahan.

Selain faktor pertolongan asuhan, kami mengambil keputusan untuk menghantarnya ke taska adalah atas faktor sosial. Banyak kemahiran yang akan dipelajari dan aktiviti bersama-sama.

Kami berharap pelaburan ini berbaloi.

Kesimpulan

Alhamdulillah Ainin seronok berpantang sendiri kali ini. Berpantang sendiri is possible. Banyakkan survey dan membaca pengalaman orang lain supaya kita lebih bersedia. Kongsi Ustazah Fatimah Syarha, “besarkan kesyukuran”. Apabila terfikirkan hal-hal keburukan, lazimi lafaz ta’wuz (auzubillah).

Antara faktor yang sangat memainkan peranan penting ketika berpantang sendiri ialah:

  • gajet dapur (contohnya periuk nasi elektrik, air fryer, pressure cooker atau thermomix).
  • peranan suami
  • makanan dan lauk frozen
  • makanan ready to eat (seperti air kotak, serunding, biskut, cornflakes)
  • posisi barang-barang di sekeliling kita untuk memudahkan pergerakan kita.

InshaaAllah Allah mudahkan. Selalu, pertolongan Allah sentiasa mendahului fikiran kita.

Artikel berkaitan

  • 5 Tempat Simpanan Anak dan 5 Kelebihan Akaun Emas Anak
  • Anak kecil Seronok Simpan Emas
  • Surirumah perlu ke pam susu?
  • Emas untuk Bayi; Akaun Emas Junior

Ainin, bantu saya mula simpan emas

Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading…
AKAUN EMAS UNTUK ANAK KEHIDUPAN KEIBUBAPAAN Personal notes

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • Ada duit, tambah ilmu dan skill.Ada duit, tambah ilmu dan skill.
  • Jadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmuJadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmu
  • Jujur dalam bisnes walaupun rugiJujur dalam bisnes walaupun rugi

Recent Posts

  • Ada duit, tambah ilmu dan skill.
  • Jadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmu
  • Jujur dalam bisnes walaupun rugi
  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d