Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Nak beli emas atau perak?

theaininsofia, January 27, 2026January 27, 2026
Nak beli emas atau perak?
[Open][Close]
  • #1 Spread
  • #2 Kestabilan (Volatility)
  • #3 Pajakan & Jualan Perak di Malaysia
    • Public Gold Terima Jualan Balik Perak
  • #4 Ratio 70:30
  • #5 Potensi Silver
  • #6 Currency Akhir Zaman
  • #7 Tahu Tujuan & Matlamat Simpanan
  • Public Gold, Syarikat Jual Beli Silver Terbaik Malaysia
    • Belian Terus
    • Akaun Silver Accumulation Programme (SAP)

Tahun lepas, yang menang bukanlah emas, tapi silver.

Data menunjukkan, kenaikan harga silver lebih tinggi daripada kenaikan harga emas. Rujuk data untuk 1 tahun (1 year).

kenaikan harga emas 2025
kenaikan harga emas 2025
kenaikan harga silver 2025
kenaikan harga silver 2025

Silver naik lebih laju dan lebih agresif berbanding emas.

Tapi kenapa Ainin sendiri jarang berkongsi tentang silver?

silver Public Gold
silver Public Gold

#1 Spread

Pertama, faktor spread.

Spread bukanlah susut nilai, tetapi perbezaan harga beli dan jual balik.

Spread emas lebih rendah berbanding silver. Maksudnya, perbezaan harga jual dan harga beli emas lebih rendah dan perbezaannya tidaklah jauh.

Ini menjadikan, emas lebih cepat untung dan lebih untung ketika jualan balik.

spread silver Public Gold
Kadar spread silver bar Public Gold. Lebih rendah kadar spread, maksudnya untung lebih cepat dan lebih banyak bila harga silver naik. Jadi, maka item terbaik untuk pelaburan silver tentunya silver bar 1 kilogram dan 5 kilogram.

#2 Kestabilan (Volatility)

Kedua, faktor kestabilan.

Emas lebih stabil berbanding silver. Manakala, silver lebih volatile berbanding emas.

Pergerakan harganya tidak sederhana. Ia bergerak secara ekstrem.

Apabila pasaran positif, ekonomi global pulih, atau permintaan industri meningkat, harga silver boleh melonjak dalam masa singkat. Kenaikannya pantas dan kadang-kadang mengejutkan. Inilah sebab utama mengapa ramai rasa teruja bila melihat carta silver.

Namun sifat yang sama juga menyebabkan silver menjadi sangat berisiko.

Apabila sentimen pasaran berubah, walaupun sedikit, silver boleh jatuh dengan drastik. Turunnya tidak menunggu kita bersedia. Ada masanya harga jatuh dalam tempoh yang sangat singkat sehingga pelabur yang masuk pada masa yang salah terpaksa menunggu bertahun-tahun hanya untuk kembali ke harga asal.

Harga pasaran silver boleh berubah dengan ekstrem kerana ia bukan sekadar logam berharga, tetapi juga logam industri. Permintaan terhadapnya sangat terikat dengan keadaan ekonomi global sektor teknologi dan perindustrian sentimen pasaran komoditi

Ini menjadikan silver lebih sesuai untuk mereka yang benar-benar faham pergerakan pasaran dan sanggup berdepan turun naik yang besar.

Maksudnya,

apabila harga pasaran naik, silver naik dengan sangat banyak,

apabila harga pasaran jatuh, silver jatuh dengan sangat banyak.

Silver tidak sesuai untuk orang yang mudah goyah.

Jika kita sebagai penyimpan emas dan perak yang kental hatinya dan jelas akan matlamat jangka panjang kita, kita boleh pertimbangkan untuk tambah silver dalam simpanan kita.

#3 Pajakan & Jualan Perak di Malaysia

Ketiga, faktor kecairan silver.

Di Malaysia, silver bukanlah aset yang mudah untuk dicairkan iaitu untuk tujuan dapatkan duit melalui cara pajakan atau jualan.

Tidak banyak syarikat yang benar-benar aktif dalam jual beli silver secara konsisten dan menerima silver untuk pajakan atau jualan.

Ini berbeza dengan emas, hampir semua kedai emas faham nilainya, terima untuk pajakan dan jualan balik emas.

Silver masih lagi sangat terhad dari sudut penerimaan pasaran.

Ini bermakna, walaupun kita memiliki silver bernilai tinggi di atas kertas, proses menukarkannya kepada tunai tidak semudah emas.

Public Gold Terima Jualan Balik Perak

Walaubagaimanapun, di Malaysia, Public Gold adalah salah satu syarikat yang menjual perak dan menerima pajakan atau jualan balik silver dari brand Public Gold ataupun bukan. (Daftar akaun untuk jual emas atau silver di branch).

Untuk pajakan, Public Gold hanya menerima silver bar manakala dirham tidak diterima.

Untuk jualan, Public Gold menerima dirham atau silver bar.

Pastikan tuan puan daftar dahulu dan boleh walk in ke mana-mana branch Public Gold untuk tujuan jual balik atau pajakan silver.

#4 Ratio 70:30

Jadi okay ke nak beli silver?

Untuk jangka panjang, okay sahaja. Ainin sendiri pun ada simpanan silver.

Tahun lepas, Ainin menabung sikit-sikit di akaun SAP. Pada waktu itu, 250gram berharga sekitar RM 1,000+, sekarang harganya sekitar RM 3,000+.

Pesan guru emas Ainin, penulis buku Wang Emas, Tuan Zulkifli Shafie,

Ratio simpanan yang dicadangkan ialah 70 emas: 30 silver. Jika tuan puan baru sahaja bermula dan tidak biasa dengan simpanan emas atau perak, Ainin cadangkan bermula dengan simpanan emas walaupun harga silver lebih murah. Ada baki, barulah simpan silver.

Ini kerana,

emas lebih stabil,

spread emas lebih rendah,

banyak kedai menerima pajakan atau jualan balik emas jika kita memerlukan duit di waktu-waktu kecemasan.

Bila dah ada simpanan emas, boleh berjinak-jinak dengan simpanan silver pula.

#5 Potensi Silver

Dari sudut potensi, sememangnya silver sangat berpotensi besar untuk untung besar, lebih daripada emas. Ini kerana, pada masa sekarang, silver masih undervalue.

Boleh rujuk artikel yang dikongsikan oleh guru Ainin tentang silver.

  • 5 tips fahami pelaburan silver

#6 Currency Akhir Zaman

Ultimately,

beyond daripada faktor keuntungan dan pelaburan, sebagai seorang muslim, kita sebenarnya juga disarankan untuk simpan silver atas sebab silver sebagai matawang akhir zaman.

Akan tiba satu zaman di mana tiada apa yang tinggal & boleh digunakan oleh umat manusia, maka simpanlah Dinar & Dirham.

(musnad imam ahmad ibn hanbal)

Maksudnya, kita beli dan simpan silver bukanlah untuk jual dalam masa terdekat, tetapi kita percaya, akhir zaman nanti, kita akan kembali gunakan silver sebagai duit.

Tak kisahlah spread tinggi, tak stabil atau lambat untung, kita tetap beli silver sebagai matawang akhir zaman.

Dan sebenarnya, prestasi silver tidaklah seteruk itu. Buktinya, tahun lepas, keuntungan silver bergerak agresif, lebih laju melepasi kenaikan harga emas.

#7 Tahu Tujuan & Matlamat Simpanan

Kesimpulannya,

dalam simpanan emas dan perak, kita perlu tahu tujuan dan matlamat simpanan kita.

Silver memang berpotensi berikan kita keuntungan yang besar. Cuma, ianya juga datang dengan risiko yang besar.

Dalam kewangan, yang paling penting bukan mengejar yang paling laju, tetapi memilih yang paling sesuai dengan tujuan hidup dan kemampuan kita.

Jika kita memang simpan silver sebagai aset jangka panjang atau matawang akhir zaman, kita simpan sahaja, pada bila-bila masa, tidak kisahlah berapa harga emas dan perak.

Ini kerana, dalam jangka masa panjang, harga emas dan perak confirm meningkat akibat inflasi. Selagi duit kertas dicetak, selagi kita gunakan duit kertas, selagi itulah harga emas dan perak akan meningkat.

Ada satu quote dari pakar ekonomi John Maynard Keynes,

“Gold is the money of kings, silver is the money of gentlemen, barter is the money of peasants, and debt is the money of slaves.”

Dengan harga emas yang lebih mahal, kita boleh ambil peluang untuk beli silver kerana harga silver lebih murah dan lebih mampu milik.

Public Gold, Syarikat Jual Beli Silver Terbaik Malaysia

Public Gold bukan sekadar platform untuk kita beli silver, tetapi juga adalah platform pajak dan beli balik silver.

Walaupun jika dibandingkan dengan emas, spread silver adalah tinggi, tetapi spread silver Public Gold masih adalah antara yang rendah jika dibandingkan dengan jenama lain.

Jika tuan puan berminat untuk beli dan simpan silver, boleh dapatkan silver dengan cara belian terus atau menabung sikit-sikit di akaun SAP.

Belian Terus

  1. Register sebagai customer Public Gold >> KLIK DI SINI
  2. Download Apps >> ANDROID | IOS
  3. Login Apps > Physical Outright Purchase > Silver > Add to Cart

Selepas selesao bayaran, Public Gold akan poskan silver tersebut terus kepada kita.

Limit satu parcel 1 kilogram silver. Kalau lebih, perlu buat appointment untuk ambil silver tu di branch Public Gold terdekat.

10 dirham keluaran Public Gold. Harga semasa boleh semak di www.publicgold.com.my . Harga disemak setiap 20 minit mengikut harga silver dunia.
Silver bar 100 gram keluaran Public Gold. Harga semasa boleh semak di www.publicgold.com.my . Harga disemak setiap 20 minit mengikut harga silver dunia.
Silver bar 250 gram keluaran Public Gold. Harga semasa boleh semak di www.publicgold.com.my . Harga disemak setiap 20 minit mengikut harga silver dunia.
Silver bar 500 gram keluaran Public Gold. Harga semasa boleh semak di www.publicgold.com.my . Harga disemak setiap 20 minit mengikut harga silver dunia.
Silver bar 1 kg keluaran Public Gold. Harga semasa boleh semak di www.publicgold.com.my . Harga disemak setiap 20 minit mengikut harga silver dunia.
Silver bar 5kg keluaran Public Gold. Harga semasa boleh semak di www.publicgold.com.my . Harga disemak setiap 20 minit mengikut harga silver dunia.

Akaun Silver Accumulation Programme (SAP)

Jika tiada bajet yang besar, kita boleh menabung di akaun SAP iaitu akaun Silver Accumulation Programme. Akaun SAP sama seperti akaun Gold Accumulation Programme (GAP).

akaun Silver Accumulation Programme
akaun Silver Accumulation Programme

Dengan akaun SAP, kita perolehi kemudahan simpan silver dengan minimum belian RM 100. Kita boleh keluarkan silver fizikal bila-bila masa sahaja apabila baki gram dalam akaun mencukupi. Minimum item yang boleh dikeluarkan ialah 100gram, diikuti dengan 250gram, 500gram, 1kg dan 5kg.

Mudah-mudahan perkongsian ini dapat membantu tuan-puan buat pilihan dalam simpanan emas dan perak.

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas dan perak. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

Ainin Sofia
Dealer Aktif Public Gold Kerteh
27 Januari 2026
8 Shaaban 1447H

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading…
ARTIKEL PERAK SIMPAN EMAS peraksilver

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • Ada duit, tambah ilmu dan skill.Ada duit, tambah ilmu dan skill.
  • Jadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmuJadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmu
  • Jujur dalam bisnes walaupun rugiJujur dalam bisnes walaupun rugi

Recent Posts

  • Ada duit, tambah ilmu dan skill.
  • Jadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmu
  • Jujur dalam bisnes walaupun rugi
  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d