Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?

theaininsofia, June 1, 2025June 1, 2025
5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
[Open][Close]
  • 5g Gold Bar atau 1 Dinar – Mana Lagi Untung
    • #1 Harga Per Gram: Sama Sahaja
    • #2 Bentuk
  • Jadi, Mana Lebih Untung?
  • Kalau Bajet Tak Cukup?
  • Alternatif Untuk Bajet Kecil – Akaun Emas GAP
  • Konsisten Menabung
  • Kenapa Simpan Emas Fizikal Penting?
  • Kesimpulan – Jadi, Mana Satu Nak Pilih?

5g Gold Bar atau 1 Dinar – Mana Lagi Untung

“Saya nak beli emas fizikal, tapi mana lebih untung—5 gram gold bar atau 1 dinar?”

Soalan ini soalan yang sangat famous, iaitu apa beza goldbar dan dinar, cumanya ia spesifik kepada 5gram goldbar dan 1 dinar.

Jawapan ringkas: Kedua-duanya sama dari sudut keuntungan. Cuma terdapat perbezaan dari segi:

#1 Harga Per Gram: Sama Sahaja

Perkara pertama yang kita kena tahu, harga per gram untuk 5g gold bar dan 1 dinar sebenarnya sama. Harga emas yang dijual oleh syarikat seperti Public Gold dikira berdasarkan harga semasa pasaran dunia, ditambah kos premium dan caj penghantaran.

Jadi, kalau kita kira harga setiap gram dalam 5g gold bar dan 1 dinar, ianya adalah sama.

Cuma,

Bezanya adalah pertama, dari segi berat:

5g gold bar = 5.00 gram
1 dinar = 4.25 gram

5gram goldbar lebih berat daripada berat 1 dinar.

#2 Bentuk

Kedua, bezanya adalah dari segi bentuk.

Bentuk 5gram goldbar ialah petak manakala bentuk 1 dinar ialah bulat.

goldbar = jongkong emas = petak.
dinar = syiling emas = bulat.

Jadi, Mana Lebih Untung?

Secara asasnya, lebih banyak gram emas yang kita pegang, lebih banyak nilai yang kita simpan.

Kalau dua orang simpan emas, seorang simpan 5 gram, seorang lagi 4.25 gram — siapa lebih untung? Tentulah yang simpan 5 gram. Dengan syarat, mereka jual pada masa dan harga yang sama.

Contohnya:

Hari ni harga 1 gram emas RM500 5g gold bar = RM2,500 manakala 1 dinar = RM2,125 (lebih kurang)

Kalau esok harga naik jadi RM550/g, dua-dua akan untung berdasarkan gram yang mereka miliki.

Maknanya, 5g gold bar untung lebih sebab gramnya lebih besar berbanding 1 dinar. Bukan sebab bentuk petak vs bulat. Yang berbeza hanyalah berat dan nilai. Harga per gram tetap sama.

Kalau Bajet Tak Cukup?

Ada yang bajetnya bawah RM2,500. Jadi tak mampu nak beli 5gram sekaligus.

Kalau bajet kita sekitar RM2,000 – RM2,100, kita boleh pilih 1 dinar. Tak perlu tunggu cukup RM2,500 baru nak beli. Yang penting, kita mulakan simpanan.

Lebih baik kita mulakan dengan 1 dinar sekarang, daripada tunggu 6 bulan lagi baru mampu beli 5g — sedangkan harga emas mungkin dah naik masa tu.

Alternatif Untuk Bajet Kecil – Akaun Emas GAP

Kalau bajet kita betul-betul kecil, contoh RM100 atau RM300 sebulan, kita boleh guna Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program). Akaun GAP bagi kita peluang simpan emas sikit-sikit dalam bentuk gram mengikut bajet kita.

Bila dah cukup 1 dinar (4.25g) atau 5g, kita sudah boleh keluarkan secara fizikal.

Jika akaun emas GAP kita sudah cukup 5gram, kita ada pilihan untuk keluarkan 5gram atau 4.25gram (1 dinar).

Jika akaun emas GAP kita sudah cukup 4.5gram contohnya, kita ada pilihan untuk keluarkan 4.25gram (1 dinar).

Untuk emas bawah 21.25 gram,klik sahaja withdraw untuk arahkan sistem pos ke alamat kita dengan berinsurans. Apa-apa jadi, Public Gold ganti.

Konsisten Menabung

Jadi, kita boleh terus konsisten menabung. Bila cukup gram, kita boleh pilih mana-mana item emas mengikut tabungan kita.

Konsep menabung selari dengan prinsip kewangan Islam dalam Surah Yusuf ayat 47:

“Maka apa yang kamu tanam itu, biarkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit untuk kamu makan.”

(Surah Yusuf, 12:47)

Ayat ni sangat mendalam. Allah mengajar kita untuk menyimpan sebahagian besar daripada hasil (pendapatan) kita untuk masa depan, dan gunakan sedikit sahaja untuk keperluan harian. Emas adalah salah satu cara terbaik untuk kita menabung.

Kenapa Simpan Emas Fizikal Penting?

Dalam dunia hari ini, nilai duit makin lama makin jatuh. Inflasi berlaku setiap tahun. Barang naik harga, tapi nilai simpanan kita dalam bank tak naik.

Sebab tu ramai dah mula alih simpanan kepada emas — aset fizikal yang terbukti mengekalkan nilai sejak beribu tahun.

Kesimpulan – Jadi, Mana Satu Nak Pilih?

Kalau bajet besar: Ambil 5g gold bar – lebih banyak gram, lebih tinggi nilai.

Kalau bajet sederhana: Ambil 1 dinar – lebih ringan

Kalau bajet lebih kecil: Mulakan dengan Akaun GAP – konsisten menabung, kumpul sampai cukup gram dengan mana-mana item emas.

Yang paling penting — mula simpan sekarang, bukan tunggu nanti.

Kadang-kadang kita tunggu duit “lebih” yang tak pernah muncul. Tapi kalau kita disiplin simpan RM100 sebulan, dalam setahun sudah ada setengah dinar atau 2gram++.

Tuan puan, jangan tunggu harga emas naik baru nak beli. Masa terbaik bermula simpan emas ialah “sekarang” dan bila kita ada duit.

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas dan perak. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
ARTIKEL EMAS Emas Public Gold SIMPAN EMAS Tips Emas Terbaik Tips Mula Simpan Emas 1 dinar5gram vs 1 dinarakaun emas GAPtips emas terbaik

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d