Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna

theaininsofia, May 30, 2025May 30, 2025
G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
[Open][Close]
  • Siaran G100 Talkshow:
  • Emas sebagai Hadiah yang Istimewa
  • Kenapa Emas?
    • Fitrah manusia sukakan emas
    • Harga emas semakin mahal
  • Hadiah Yang Jadi Aset
  • Hadiahkan Emas Bergram Kecil Pun Bermakna
  • Tapi Macam Mana Kalau Bajet Kecil dan Tak Tahu Cara?
    • Hadiahkan Barang Kemas
  • Bonus
  • Tips Untuk Yang Baru Nak Mula
  • Kesimpulan:

Alhamdullilah Ainin selesai berkongsi di pentas G100 Talkshow, terima kasih atas ruang dan peluang.

Punyai pengalaman menghadiahkan emas kepada yang tersayang, Ainin diamanahkan tajuk perkongsian iaitu emas sebagai hadiah yang istimewa dan bermakna.

Siaran G100 Talkshow:

Boleh tonton di sini:

Emas sebagai Hadiah yang Istimewa

Kadang-kadang kita buntu nak cari hadiah yang betul-betul bermakna untuk orang tersayang

Bagi baju, takut tak kena saiz. Bagi duit, cepat habis. Bunga dan coklat? Sedap mata memandang dan lidah merasa, tapi sekejap saja. Semuanya ada tarikh luput.

Jadi, Ainin ambil keputusan untuk hadiahkan emas.

Ainin hadiahkan emas kepada suami dan ibu sempena hari ulangtahun kelahiran mereka.

Juga kepada sahabat ketika menyambut bayi, ahli keluarga baru. Juga kepada junior sebagai hadiah kahwin. Juga kepada guru kepada anak Ainin.

Kenapa Emas?

Fitrah manusia sukakan emas

Sebab emas itu pemberian yang universal.

Kalau emas perhiasan, mungkin terhad kepada kaum hawa sahaja. Tetapi kalau gold bar atau dinar, lelaki pun boleh terima sebagai hadiah.

Mengikut pengalaman peribadi pun, suami gembira sungguh terima emas sebagai hadiah.

Dalam al-Quran pun Allah dah sebut:

“Dijadikan indah kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-anak; harta benda yang banyak, dari emas dan perak…”— Surah Ali-Imran, ayat 14

Secara fitrahnya, semua orang sukakan emas. Ia lambang kekayaan dan kemuliaan.

Harga emas semakin mahal

Selain itu, emas ini bukan sekadar cantik.

Harga emas naik dari tahun ke tahun. Hari ini kita hadiahkan 1 gram emas yang harganya RM500, mungkin 10 tahun akan datang harganya akan mencecah RM1000 atau lebih!

Cuba kita bandingkan dengan hadiah lain.

Hadiah lain, makin lama, makin susut nilai. Tapi emas makin lama, makin tinggi harganyanya.

Hadiah Yang Jadi Aset

Ainin sangat berpegang pada prinsip ini:

Bila kita berbelanja, utamakan beli aset, bukan liabiliti.

Ainin beri contoh, walaupun ini bukan perbandingan yang sepadan iaitu apple to apple, tetapi ini adalah dari sudut perbandingan nilai.

Contoh kita hadiahkan kereta rahmah? Harga sekitar RM50,000. Tapi bila nak jual semula, harga susut dengan banyak.

Pada waktu ini, dengan harga RM 50K yang sama, ialah nilai 100gram emas. Jadi cuba bayangkan kita hadiahkan 100 gram emas.

Harganya sekitar RM50,000. Tahun depan? Boleh jadi dah RM55,000. Jika 10 tahun lagi, mungkin harganya RM 100,000. Harganya semakin naik! Mengikut sejarah, purata kenaikan emas ialah 10% setiap tahun.

Bagaimana pula dengan hadiah beg tangan mahal? Contoh, jika kita beli dengan harga RM1,000, tapi bila kita kalau nak jual semula, mungkin harga tak sampai separuh pun, belum pasti lagi ada orang sanggup beli.

Itu beza antara hadiah aset dan hadiah liabiliti.

Walaubagaimanapun, emas 100gram itu adalah contoh yang exceptional sebab tak semua orang mampu. Tapi, hal yang sama juga untuk emas bergram kecil.

Hadiahkan Emas Bergram Kecil Pun Bermakna

Tak mampu bagi banyak? Tak mengapa.

Public Gold sediakan emas 0.5 gram, 1 gram, dan macam-macam reka bentuk, mengikut tema. Ada yang designnya sesuai untuk majlis kahwin, hari jadi, kelahiran anak, konvokesyen dan macam-macam lagi.

Yang penting, ianya emas yang sah laku dan ada nilai.

Elakkan beli emas yang terlalu kecil seperti 0.01g (babygram) yang tak boleh dijual balik dan hanya cantik pada mata. Ramai tertipu sebab nampak murah, tapi akhirnya rugi.

Tapi Macam Mana Kalau Bajet Kecil dan Tak Tahu Cara?

Ainin adalah seorang suri rumah. Tak ada kerja pejabat, tak ada gaji tetap. Tapi alhamdulillah saya urus kewangan sendiri dan jana pendapatan dari rumah. Dan dalam masa yang sama, saya simpan emas secara konsisten, termasuk untuk dijadikan hadiah.

Sebab apa boleh?

Sebab Ainin manfaatkan Akaun Emas GAP (Gold Accumulation Program) dari Public Gold.

Artikel berkaitan:

  • Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
  • 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
  • 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
  • Apa itu GAP

Jika dah ada RM100, kita dah boleh mula simpan emas. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Bila sampai hari istimewa orang tersayang, tak berat untuk Ainin keluarkan 0.5g, atau 1g untuk dijadikan hadiah. Kita rancang awal.

Cara ini tidak membebankan sebab kita tidak keluarkan duit sekaligus. Kita menabung dulu dan hanya keluarkan dari akaun. Walaupun memang kita sayang emas yang ditabung, kegembiraan orang yang tersayang lebih bermakna.

Bila ada akaun emas GAP ini, hadiahkan emas pun jadi mudah.

Hadiahkan Barang Kemas

Untuk kaum suami yang ingin hadiahkan barang kemas untuk isteri pun boleh menabung di akaun emas GAP. Istimewanya, kita boleh keluarkan atau fizikalkan barang kemas 999!

Ada cincin, gelang, rantai dan sebagainya.

Contoh, suami ingin hadiahkan cincin 999 yang beratnya 2gram. Suami boleh menabung serendah RM 100 iaitu sekitar 0.2gram selama 10 bulan. Cukup 10 bulan, boleh keluarkan cincin emas 999 dari akaun emas GAP.

Nak dapatkan bimbingan, boleh terus contact Ainin untuk Ainin bantu.

WhatsApp Ainin

Bonus

Dalam perkongsian ini, Ainin tertarik pada satu komen,

“Saya dan adik saya pun praktikkan benda yang sama, top-up GAP anak buah sebagai hadiah ulang tahun. Sekarang dah senang, isi PG code mereka terus, tak perlu login akaun mereka pun“

Cara ini lebih mudah, tak perlu keluarkan emas dari akaun pun! Cuma dengan syarat, penerima hadiah perlu didaftarkan terlebih dahulu. Selepas didaftarkan, kita boleh hadiahkan/ topup terus emas dari akaun kita kepada akaun mereka.

Menarik kan?

Ainin teringat ada rakan dealer yang praktikkan cara ini juga ketika majlis kahwin dan juga suami yang hadiahkan emas kepada isteri. Sangat memudahkan!

Tips Untuk Yang Baru Nak Mula

Boleh mulakan dengan bajet kecil dahulu. Ada RM100 dah boleh mula. Konsisten tambah setiap bulan. Bila sampai hari istimewa orang yang tersayang, kita boleh keluarkan dan hadiahkan.

Tak perlu tunggu kaya untuk kita hadiahkan emas. Dengan akaun emas GAP, ianya possible.

Kalau tak tahu nak mula, hubungi dealer aktif yang boleh bimbing.

Kesimpulan:

Hadiah emas bukan sekadar cantik tetapi ianya boleh jadi aset. Tak kira besar atau kecil, asal ianya emas, ia akan tetap bermakna. Dalam masa yang sama, beli emas yang betul dan elakkan emas yang terlalu kecil seperti babygram.

“Dan mereka yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan untuk keteguhan jiwa mereka, mereka akan diberi balasan yang besar.” — Surah Al-Baqarah, ayat 265

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas dan perak. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
ARTIKEL EMAS Barang Kemas Emas Public Gold Hadiah Manfaat Emas SIMPAN EMAS akaun emas GAPG100 Talkshowhadiahspeaker

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d