Majoriti pesara hidup cukup-cukup makan. Ada yang duit pencen atau KWSP habis selepas beberapa tahun. Lepas tu terpaksa bergantung pada anak-anak atau perlu bekerja semula, walaupun kudrat tak sekuat dulu.
Bakal Pesara, Simpan 1 Kilogram Emas Untuk Persaraan
Kita biasa dengar nasihat: “Sediakan payung sebelum hujan.” Tapi bila masuk bab persaraan, ramai yang masih belum ada ‘payung’ langsung.
Duit KWSP belum tentu cukup, kos hidup makin meningkat, dan risiko hidup lebih lama daripada simpanan sangat tinggi.
Kalau boleh kita nak ada satu simpanan yang betul-betul tahan lama, kalis inflasi, dan boleh jadi pelindung nilai jangka panjang. Sebab itulah sangat sangat disarankan untuk miliki 1 kilogram emas sebagai pelan persaraan.
Tak mewah, tapi tak miskin.
Kenapa Emas? Kenapa Bukan Pelaburan Lain
Setiap pelaburan dan simpanan ada kelebihan dan kekurangan masing-masing.
Dan tidak sedikit juga orang yang memandang emas hanya sekadar barang kemas.
#1 Emas Pelindung Nilai
Tapi sebenarnya, emas ialah adalah matawang sebenar sejak berkurun lamanya dan emas berfungsi sebagai pelindung nilai terbaik (hedge) terhadap kejatuhan nilai duit dan inflasi.
Nilainya kekal, harganya berkembang ikut masa, bukan susut macam nilai duit. Dalam erti kata lain, emas adalah duit yang tidak boleh dicetak sesuka hati oleh mana-mana kerajaan. Emas kalis inflasi.
#2 Nilai Emas Berdiri Sendiri, Kekayaan di Tangan Sendiri
Berbanding dengan simpanan dan pelaburan lain, semuanya masih terikat dengan sistem.
#3 Purata Kenaikan Emas ialah 10% Setiap Tahun
Bukan itu sahaja, dari sudut pulangan, purata kenaikan emas ialah 10% setiap tahun, lebih tinggi daripada pulangan dividen instrumen kewangan lain contohnya ASB, TH atau KWSP!
Contoh mudah: Tahun 2000, harga 1kg emas sekitar RM25,000. Hari ni, harganya dah lebih RM500,000!
Kebelakangan ini juga iaitu 3 bulan pertama tahun 2025, kenaikan emas ialah hampir 30% dalam masa yang singkat. Inikan pula jangka masa panjang.
Jadi, ikat duit atau sebahagian harta kita dalam bentuk emas untuk maksimumkan keuntungan dana persaraan kita.
#4 Kita boleh tukar sedikit demi sedikit bila perlu.
Apabila bersara, kita boleh jual emas sedikit demi sedikit mengikut keperluan. Bukan seperti tanah atau rumah, emas boleh dibeli sedikit demi sedikit, jual juga boleh sedikit demi sedikit.
Ia juga membuatkan simpanan emas kita lebih bertahan berbanding duit.
#5 Emas mudah dicairkan, bila-bila masa, di mana-mana.
Walaupun harganya sama, emas 1kg lebih mudah dijual berbanding dengan menjual sebuah rumah. Inikan pula untuk jual jumlah emas yang kurang daripada 1kg iaitu item-item emas yang kecil.
Sebab itulah, dana persaraan sesuai disimpan dalam bentuk emas.
Strategi Target 1kg Emas
Satu kilogram = 1,000 gram.
Kalau konsisten beli 1 gram setiap minggu, kita perlukan sekitar 20 tahun untuk cukupkan 1kg.
Kalau beli 5 gram sebulan, dalam masa 16-17 tahun pun dah cukup.
Jika kita simpan 10gram setiap bulan selama 120 bulan, kita akan miliki 1kg selepas 10 tahun. Harga emas bergantung kepada harga semasa.
Kita tidak perlu terus beli sekaligus 1kg. Tapi mula dengan 1gram yang pertama dulu melalui kaedah Gold Accumulation Programme.
Tetapkan matlamat – 1kg, bukan seminggu atau sebulan. Tapi dalam masa 10–20 tahun.
Beli secara konsisten – tak kisah berapa pun. Yang penting istiqamah.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Yang penting kita ada target dan perancangan. Kita tahu berapa kita nak capai, dan kita bergerak ke arah itu secara konsisten.
Kita juga boleh keluarkan emas secara fizikal. Antara pilihannya ialah:
10gram x 100 keping, 20gram x 50 keping 100gram x 10 keping
Untuk dana persaraan, item-item yang lebih kecil juga sesuai. Ini kerana kita boleh tukar sedikit demi sedikit bila perlu.
Kita kumpul sedikit demi sedikit. Perlahan tak apa, asal konsisten.
Jangan Tunggu Bersara Baru Nak Mula
Satu hari nanti kita semua akan bersara. Sama ada kita bersedia atau tidak, masa tetap berjalan. Jadi jika kita masih ada 10–20 tahun sebelum bersara, gunakan masa yang tersisa ini untuk bina tabungan emas kita perlahan-lahan.
Semakin kita bertangguh, semakin rugi kerana harga emas semakin lama semakin mahal. Masa kita pula semakin singkat.
Jadi, rancang persaraan kita dari sekarang.
Simpan emas. 1g demi 1g.
Bila tiba masa bersara nanti, kita bukan saja bebas dari hutang dan tekanan kewangan, tapi juga bebas memilih gaya hidup yang kita suka.
Emas bukan untuk kaya, tapi untuk hidup lebih tenang dan bermaruah di hari tua.
Ingat, miskin di usia muda itu pengalaman… tapi miskin di usia tua, itu penjara.
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)