Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Pentingkah Emas Selepas Meninggal Dunia? Ini 4 Sebab Kenapa Pesara Wajib Simpan Emas

theaininsofia, November 15, 2024November 15, 2024
Pentingkah emas selepas meninggal dunia?
[Open][Close]
  • “Harta bukan boleh bawa masuk kubur”
  • Pentingkah Emas sedangkan harta lain sudah banyak?
    • Kecairan aset lain
  • Apa kata Perancang Harta Pusaka?
  • Kenapa Emas Tetap Penting Selepas Meninggal: Cara Bijak Urus Harta Pusaka Tanpa Dibekukan
    • #1 Emas Mudah disimpan dan diuruskan
    • #2 Emas Mudah diagihkan
    • #3 Emas Sebagai Aset kecemasan bagi Waris, Akses Terus
    • #4 Nilai Emas Kekal Stabil dan Kalis Inflasi
  • Kesimpulan: Bijak Merancang Warisan dengan Emas

“Harta bukan boleh bawa masuk kubur”

Tidak sedikit yang berpendapat sedemikian.

Benar,

Harta memang tidak boleh dibawa masuk ke kubur, tetapi ia mampu meringankan beban orang-orang yang kita tinggalkan.

Walaupun kita tidak dapat menikmati harta tersebut lagi, legasi yang kita tinggalkan dapat membantu keluarga dan waris meneruskan kehidupan dengan lebih mudah.

Emas, misalnya, boleh menjadi salah satu bentuk harta yang membantu mereka yang ditinggalkan tanpa memerlukan proses pentadbiran yang panjang seperti aset lain.

Pentingkah Emas sedangkan harta lain sudah banyak?

Kecairan aset lain

Pentingkah emas selepas meninggal dunia? Adakah kita pernah terfikir walaupun kita memiliki aset seperti rumah dan duit yang banyak, namun semuanya mungkin menjadi “beku” selepas kita tiada?

Hakikatnya, apabila berlaku kematian, pengurusan harta pusaka memerlukan proses yang panjang dan kadangkala rumit. Aset seperti rumah, tanah, dan wang tunai di bank sering kali memerlukan dokumen lengkap, pentadbiran, serta persetujuan ahli waris sebelum dapat diurus atau diagihkan. Proses ini boleh menjadi lebih lambat jika tiada perancangan awal yang jelas. Inilah antara sebab kenapa emas memainkan peranan penting dalam perancangan harta pusaka.

Apa kata Perancang Harta Pusaka?

Dengarkan perkongsian daripada Tuan Fahmi Adnan, seorang perancang harta pusaka, yang akan berkongsi bagaimana emas menjadi pilihan yang efisien dalam pengurusan pusaka.

Kenapa Emas Tetap Penting Selepas Meninggal: Cara Bijak Urus Harta Pusaka Tanpa Dibekukan

Kita semua tahu, bila cakap pasal harta pusaka, ramai yang terfikir rumah, tanah, atau duit tunai yang diwariskan untuk generasi seterusnya. Tapi, pernah tak kita fikir tentang emas? Ramai tak sedar yang emas sebenarnya salah satu aset paling berguna dalam pentadbiran harta pusaka, terutama bila harta lain mungkin ‘beku’ sementara menunggu proses mahkamah.

Jom kita tengok kenapa emas jadi pilihan yang penting dalam pengurusan harta pusaka, walaupun selepas pemiliknya sudah tiada.

#1 Emas Mudah disimpan dan diuruskan

Emas bukan sahaja mudah disimpan dan diuruskan, malah proses pembahagiannya lebih fleksibel dan cepat berbanding aset lain. Dengan emas, kita boleh menyediakan satu bentuk harta yang mudah dicairkan dan diagihkan mengikut kehendak faraid tanpa perlu menunggu proses yang rumit.

#2 Emas Mudah diagihkan

Menurut Tuan Fahmi Adnan, perancang harta pusaka, emas adalah aset yang praktikal untuk diwariskan. Ia tidak terikat dengan banyak prosedur dan mudah dicairkan.

Bila seseorang meninggal, harta seperti rumah atau akaun bank biasanya akan dibekukan sementara waktu. Proses untuk cairkan harta ini boleh makan masa lama, terutama jika perlu melalui prosedur mahkamah. Tapi dengan emas fizikal, proses ni jauh lebih mudah. Kalau simpanan emas tu ada di peti simpanan rumah atau telah dibahagikan, ahli keluarga boleh ambil terus tanpa perlu tunggu.

Dengan perancangan yang betul, emas boleh diagihkan segera mengikut faraid, membantu ahli keluarga menguruskan perbelanjaan harian, melunaskan hutang atau perbelanjaan lain yang perlu. Jadi, meskipun harta tidak boleh dibawa ke kubur, ia tetap boleh menjadi “peninggalan bernilai” yang berkesan bagi keluarga yang kita tinggalkan.

#3 Emas Sebagai Aset kecemasan bagi Waris, Akses Terus

Emas juga boleh menjadi aset kecemasan bagi waris kita, memudahkan mereka menguruskan perbelanjaan awal selepas ketiadaan kita tanpa menunggu harta pusaka lain yang mungkin mengambil masa bertahun-tahun untuk diselesaikan.

Emas boleh digunakan segera untuk keperluan mendesak waris, seperti bayar hutang, yuran pengajian, atau belanja harian keluarga. Kalau harta pusaka lain masih ‘beku’ dalam proses, emas memberikan solusi jangka pendek yang sangat berguna.

#4 Nilai Emas Kekal Stabil dan Kalis Inflasi

Emas adalah aset yang tak terkesan dengan kadar faedah atau turun naik ekonomi seperti simpanan bank atau hartanah. Kalau tinggalkan duit tunai, ia boleh susut nilainya, terutama jika kadar faedah bank rendah. Dengan emas, nilainya lebih kukuh dan tak terkesan langsung oleh perubahan ekonomi yang kadang-kadang tak menentu.

Dalam keadaan ekonomi tak menentu atau inflasi tinggi, nilai emas biasanya kekal atau malah meningkat. Jadi, emas yang diwariskan bukan saja tak hilang nilai, tapi mungkin bertambah lagi. Ini sesuai untuk waris yang nak simpan harta dalam bentuk yang tak mudah terjejas.

Kesimpulan: Bijak Merancang Warisan dengan Emas

Mewariskan emas adalah salah satu cara untuk memastikan warisan kita sampai kepada yang tersayang tanpa komplikasi yang berat.

Emas bukan saja bernilai tinggi, tapi juga praktikal sebagai alat untuk pengurusan harta pusaka. Jadi, selain dari rumah, tanah, atau duit tunai, fikirkan emas sebagai cara bijak untuk merancang warisan.

Dengan emas, kita dapat pastikan ahli keluarga kita dapat teruskan kehidupan dengan tenang tanpa perlu lalui kesukaran urusan harta pusaka yang panjang.

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas dan perak. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

Ainin Sofia
Dealer aktif Public Gold di bawah mentorship Tuan Zulkifli Shafie
15 November

WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
ARTIKEL EMAS Manfaat Emas Persaraan SIMPAN EMAS harta pusakameninggalpersaraanpesara

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • Jujur dalam bisnes walaupun rugiJujur dalam bisnes walaupun rugi
  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes

Recent Posts

  • Jujur dalam bisnes walaupun rugi
  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d