Kongsi Pakar Kewangan Tuan Azizi Ali,
1. Apakah itu safe deposit box?
2. Jawapannya ialah safe deposit box adalah kotak metal yang kita gunakan untuk menyimpan dokumen dan barang-barang berharga. Selalunya safe deposit box berbentuk rectangle dan saiznya kecil, sedang dan besar.
3. Safe deposit box ini di sediakan di branch terpilih di bank terpilih dan juga oleh syarikat persendirian. PG adalah menyediakan servis safe deposit box tapi di Penang sahaja.
4. Sewa kotak nya sekitar RM100 ke RM400 setahun, bergantung kepada saiz kotak dan insurans yang kita ambil.
5. Untuk mengetahui jika ada syarikat yang menyediakan servis safe deposit box di tempat anda, sila buat search di internet lah.
6. Apakah kegunaan safe deposit box pula? Seperti yang saya sebut tadi, selalunya kita gunakan safe deposit box untuk menyimpan dokumen dan barang-barang berharga. Contoh dokumen adalah geran tanah, geran kereta dan wasiat. Contoh barang-barang berharga pula ialah barang kemas seperti cincin, gelang, rantai dan emas pelaburan seperti dinar dan goldbar. Malah, ada juga orang yang menyimpan cash di safe deposit box mereka. Jadi kandungannya bergantung kepada anda. Anda boleh simpan apa sahaja yang anda nak simpan di sana.
7. Semoga penjelasan ini membantu anda menjadi pelabur yang lebih berjaya.