Ramai Tiada Simpanan
“20 tahun kerja, simpanan apa pun tiada”.
Ini pengakuan daripada individu yang hubungi Ainin. Katanya berminat dengan simpanan emas, sebab selama bekerja, dia langsung tidak dapat adakan simpanan.
Terkejut?
Tetapi sebenarnya ini fakta!
Kajian daripada Bank Negara, tiga daripada empat orang, susah untuk ada dana kecemasan walaupun RM1000
Shamsuddin Kadir, Buku Cashflow untuk Keluarga
Jadi, berapa persen sajalah rakyat Malaysia yang ada dana kecemasan, sekurang-kurangnya RM1000?
Perkara ini sangat membimbangkan, ya. Bukan dari sudut nombor ini, tetapi juga dari sudut psikologi,
Jikalau ada hal-hal kecemasan atau apa-apa terjadi kepada individu yang tidak ada simpanan tersebut, bagaimana mereka mahu survive dan makan sehari ke sehari? Mungkin kalau melibatkan individu, kuranglah sikit beban yang ditanggung.
Tapi bagaimana pula kalau ianya satu keluarga? Bagaimana kalau terjadinya musibah seperti PKP pada tahun 2020? Ramai yang diberhentikan kerja secara mengejut. Hutang dan komitmen bulanan pula banyak melebihi kemampuan.
Tidak hairan sampai ada yang memilih untuk bunuh diri disebabkan tekanan yang dihadapi.
Cara Berjaya Ada Simpanan Sekurang-kurangnya RM1000
Kongsi mentor Tuan Zulkifli Shafie,
Nak selesai hutang,
tiada magik melainkan dengan bayar hutang tersebut. Dengan duit sendiri.
Ramai orang mahukan magik dan mengharapkan ada pakar yang mengajar ada teknik rahsia untuk selesaikan hutang tanpa gunakan duit sendiri.
Sama juga dengan simpanan.
Tiada magik untuk adakan simpanan sendiri melainkan paksa diri dan bina tabiat menyimpan duit.
Simpan 1 dinar
Di sinilah sebenarnya emas memainkan peranan.
Suka saya kongsikan
Kalau kita ada 1 dinar ni, kita sebenarnya ada simpanan sekitar RM1300 dengan kita.
Kalau kita ada RM1300 ni dalam bank ke, cash dekat tangan ke, mesti otak kita dah fikir macam macam kan nak beli apa, nak belanja apa. Tiba-tiba je ada benda nak beli.
Tapi,
bila kita simpan emas macam ni, tak rasa nak belanja pun tapi rasa nak tambah dan tambah lagi !
Kalau tuan puan ada masalah tak boleh simpan duit, tuan puan boleh cuba simpan 1 dinar ni.
Kesan Emosi Emas
Duit sifatnya untuk dibelanjakan.
Emas sifatnya untuk disimpan.
Sedangkan emas juga adalah duit. Kita sudah memindahkan nilai duit kita ke bentuk yang lebih kukuh. Nombor sudah dihilangkan dan diganti dengan gram emas.
Jadi, emosi kita auto-stabil tanpa nombor-nombor tersebut.
Jika tidak, kita akan terganggu dengan nombor yang banyak, terus kita berasa kita berduit.
Berduit itu mulia tapi rasa berduit itu bahaya!
Cara Menabung 1 Dinar Public Gold
Saya mana ada RM1000 untuk simpan 1 dinar. Kan dah ada fakta bank negara tadi, ramai yang tiada RM1000 walaupun untuk kecemasan? Inikan pula nak simpan emas?
Sebab itulah tuan puan kena simpan emas 1 dinar ini supaya tuan puan ada simpanan.
Untuk mula menabung 1 dinar.
Pertama sekali,
- . Boleh mula serendah RM100 (Sekitar 0.3gram emas)
- Menabung emas sehingga 6gram di akaun emas GAP
- Keluarkan 1 dinar iaitu 4.25gram
Baki tu bolehlah tuan puan tambah tabungan emas lagi.
Untuk bimbingan, Tuan Puan bolehlah hubungi Ainin untuk mula ada simpanan sekurang-kurangnya RM 1000.
Sedar-sedar, hujung tahun bukan 1 dinar yang berjaya disimpan, malah 12 gram atau mungkin juga 12 dinar!
Simpanan ini bukan sahaja akan meningkat harganya dalam jangka masa panjang dek kerana kemerosotan harga ringgit dan inflasi, tetapi juga merawat boros.
Ainin Sofia
12 Oktober 2023
Shah Alam