Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Gold Accumulation Program Public Gold Dari Kaca Mata Syariah

Posted on November 14, 2020 by theaininsofia
Sijil Patuh Syariah Public Gold oleh Shariah Amanie Advisors

Perkongsian dari Ustaz Khairul Anuar Basri , salah seorang watak utama dalam misi Public Gold mendapat sijil patuh shariah.

GAP DARI KACAMATA SYARIAH

Gold Accumulation Program atau GAP adalah salah satu kaedah belian emas di Public Gold. Ia kaedah yang paling mudah dan murah untuk semua orang memiliki dan mengumpul emas dengan modal mampu bayar serendah RM100.

Kaedah yang digunakan ialah :

  1. Pembeli memindahkan sejumlah wang ke akaun Public Gold sebagai hamisy jiddiyyah (deposit sekuriti).
  2. Public Gold akan merekodkan jumlah wang dan gram yang setimpal dalam akaun pembeli (ketika ini akad jual beli berlaku).
  3. Pembeli mempunyai pilihan samada untuk mengeluarkan emasnya atau membiarkan sahaja di dalam akaun yang akan dijaga oleh Public Gold tanpa upah.

GAP telah pun mendapat Sijil Patuh Syariah dari Penasihat Syariah yang dilantik iaitu Amanie Advisor.

Ini bermakna, GAP boleh dimanfaatkan oleh semua samada belian mengikut gram atau mengikut RM.

Mungkin ada di antara kita yang mahukan penjelasan yang lebih tentang patuh Syariah GAP. Maka di sini saya jelaskan beberapa perkara.

1️⃣ Pembelian GAP secara asasnya memang tidak mempunyai masalah dari sudut Syariah sebelum ini. Jadi, tidak timbul isu hanya GAP sekarang yang patuh Syariah, GAP dahulu tidak patuh Syariah. Sijil yang dikeluarkan ini, mengesahkan bahawa GAP memang patuh Syariah dari dahulu hingga sekarang.

2️⃣ GAP boleh dibeli samada dalam gram yang lengkap atau gram yang tidak lengkap. Sebagai contoh, jika harga segram hari ini ialah RM189, ia boleh dibeli dengan nilai RM189 dan juga RM100.

3️⃣ Jika dibayar RM189, maka gram yang akan dicatatkan ialah 1 gram. Jika dibayar RM100, maka gram yang dicatatkan ialah 0.5291 gram.

4️⃣ Timbul beberapa persoalan – antaranya – seperti; bolehkah dibeli dengan RM sedangkan gramnya tidak genap? Bolehkah dikeluarkan 0.5291 gram?

5️⃣ Belian GAP sebenarnya; kita membeli gram emas yang dimiliki oleh Public Gold dalam simpanannya. Ini bermakna, selagi pembeli tidak mengeluarkan emasnya dalam bentuk gold bar atau dinar, maka secara kasarnya, semua pembeli berkongsi emas yang disimpan oleh Public Gold secara bersama-sama.

6️⃣ Sistem yang dimiliki oleh Public Gold (Oracle) adalah sistem yang terbaik, yang dapat merekod dengan jelas jumlah gram yang dimiliki oleh pembeli dalam 4 titik perpuluhan.

7️⃣ Persoalan samada emas yang dimiliki oleh Public Gold itu sama dengan jumlah wang yang masuk atau tidak, biarlah juru audit dalaman dan luaran yang mengesahkannya. Ini kerana, GAP memang diaudit oleh juru audit luaran.

8️⃣ Tidak cukup dengan itu, Amanie Advisor juga telah melakukan pemeriksaan ke tempat-tempat simpanan emas milik Public Gold sebelum mengeluarkan Sijil Patuh Syariah.

9️⃣ Apabila belian GAP adalah sebenarnya; semua pembeli berkongsi bahagian emas masing-masing dalam emas yang disimpan oleh Public Gold, maka Public Gold boleh menyerahkan emas yang sama berat milik pembeli dalam apa bentuk yang pembeli kehendaki samada gold bar atau dinar.

🔟 Gold bar terkecil yang boleh dikeluarkan dari GAP ialah 1 gram. Jadi, pembeli boleh mengeluarkan gold bar miliknya apabila cukup 1 gram.

1️⃣1️⃣Jika pembeli ingin mengeluarkan dalam gram yang lebih kecil, itu tidak mungkin kerana syarat asas pengeluaran GAP ialah 1 gram. Jika pembeli bertegas, penyelesaian boleh dilakukan dalam bentuk RM.

1️⃣2️⃣ Berkenaan dengan syarat pengaktifan akaun yang memerlukan pembeli memiliki sekurang-kurangnya 1 gram dalam akaun GAP pada setiap masa, ia dibenarkan oleh Syariah. Tiada halangan juga untuk mengeluarkan kesemua sekali tetapi GAP akan dikira sebagai telah ditutup.

Harapan saya, dengan sedikit penerangan ini akan menambahkan ilmu dan pemahaman kita tentang GAP. Seterusnya kita boleh membeli emas menggunakan GAP dengan yakin dan tanpa was-was 🙂

Nampak macam remeh je pensijilan syariah ini. Tapi bagi saya, ini ialah titik tolak masyarakat Malaysia (terutamanya orang Islam) untuk mula menyimpan jongkong dan dinar dengan peace of mind.

Semoga bermanfaat

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: Emas Public Gold

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
  • Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
  • Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
  • Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
  • Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d