Best sangat sharing FB Live Tuan Syukur tadi haritu
Tips Pelabur Emas Berjaya dari Tuan Syukor
- Sentiasa Tambah Ilmu @ Educate Yourself
Kita mungkin tahu pasal emas dari TV, dari kawan atau dari keluarga.
Fasa pertama sebelum kita memulakan belian emas ialah fasa cari ilmu (kumpul maklumat).
Elakkan tersalah beli emas. Sebab tu kena cari ilmu.
- Terus Bermula Walau Kecil
Bila sudah ada sedikit ilmu dan kefahaman tentang emas. Fasa kedua pula ialah terus bermula.
Modal yang kecil pun takpa. Sekarang sangat mudah. RM100 pun dah boleh beli products Public Gold.
- Konsisten Menyimpan Emas
Ini sangat penting. Jika kita beli emas (terutama dengan modal besar), dan mengharap harga emas terus naik.
Itu namanya kita berjudi dengan harga emas.
Kita tidak tahu harga emas esok naik atau turun. Tapi kita mengaharap magic berlaku! Itu tak logik.
Tak sama bila kita konsisten.
Orang faham pasal emas akan konsisten beli emas. Walau harga naik, atau harga turun. Mereka tetap simpan emas. Mereka tahu WHY. Dorang tak ikut ikut orang, tak ikut ikut trend.
Ini kerana mereka ada ilmu tentang emas. Bukan sekadar mengharapkan dengan harga emas sentiasa naik.
Semoga bermanfaat.