Zaman sekarang, nak beli sepinggan nasi campur pun boleh cecah RM10. Itu belum masuk air sirap ais lagi. Bila harga barang naik, tapi gaji tetap statik, kita tak boleh terus hidup dengan gaya yang sama.
Itu isu kalau beli makanan di luar.
Tak masuk lagi isu beli barang dapur untuk masak sendiri. Jika tak bajet, masak sendiri boleh jadi lebih mahal daripada makan di luar.
“Macam mana nak berjimat, terutama bila masak sendiri?”
Soalan ni bukan isu kecil ya, sebab belanja dapur adalah antara kos hidup utama, lepas kos sewa dan kos komitmen tetap.
Kali ini kita kongsikan,
- Cara urus belanja dapur bila bajet ketat
- Macam mana nak masak dengan kos rendah tapi tetap sihat
- Kenapa masak sendiri lebih berbaloi dari makan luar
Realiti: Gaji Statik, Harga Barang Meningkat.
Bank Negara Malaysia laporkan inflasi makanan pada tahun-tahun kebelakangan ni meningkat lebih tinggi dari purata gaji. Harga makanan naik 17.5% sejak tahun 2020, manakala gaji pekerja sektor swasta hanya naik 7.9% dalam tempoh yang sama. Telur, ayam, sayur, semuanya naik. Ini bermakna harga makanan naik lebih laju berbanding peningkatan pendapatan, yang mungkin menyebabkan tekanan kewangan kepada isi rumah.
Kalau kita tak kawal belanja, duit gaji tu memang akan ‘lesap’ tanpa kita sedar. Kita penat bekerja dan langsung tak dapat buat simpanan.
Sedangkan, apa yang kita belanja itu kayakan orang lain. Apa yang kita simpan itu kayakan diri sendiri.
Masak Sendiri: Langkah Pertama untuk ‘Keluar Daripada Sistem’
Haha! Bombastik bunyinya.
Tapi, betul. Lebih-lebih lagi kalau kita boleh bercucuk tanam sendiri, hasilkan makanan sendiri dan ada kemahiran memasak walaupun simple sahaja.
Masak sendiri, ‘the true winner of all times’- ini ayat Ainin sendiri. Sebab apa? Jika kita makan di luar walaupun hidangan yang sama, kita perlu membayar caj service di luar.
Selain itu, kebaikannya adalah
- Kita kawal kos per hidangan.
- Masak 1 lauk boleh tahan sampai 2–3 kali makan.
- Nasi goreng dari sisa lauk pun boleh jadi ‘hidangan sedap’.
- Kita tahu apa kita makan.
- Kurang perasa, kurang minyak, lebih sihat.
- Jimat minyak, jimat masa.
- Tak perlu keluar setiap kali nak makan.
Tinggal duit hanya RM10?
Kita ambil satu contoh realiti ekstrem. Jika kita ada hanya RM10 untuk survive sehingga gaji, kita masih boleh beli barang dapur yang murah dan masak untuk beberapa kali. Jika beli di luar? Hanya satu hidangan.
Contoh senarai Belian:
- Telur ayam
- Kacang dhal
- Bawang
- Sayur kobis atau sawi atau ulam raja.
Dengan bahan ni, kita boleh masak:
- Nasi goreng telur
- Bubur nasi ikan bilis
- Kari dal
- Sup kobis
- Sambal telur
- Telur masak kicap
- Sayur tumis + nasi putih
Tips Berjimat Bila Masak
Berikut antara strategi yang kita boleh amalkan untuk berjimat ketika memasak.
1. Masak sekali, makan dua kali
- Contoh: Masak sambal telur pagi → tengahari panaskan semula
- Jimat gas & masa
2. Guna bahan yang versatile
- Telur: boleh goreng, rebus, sambal, cekodok
- Bilis: buat sambal, goreng rangup, perasa dalam bubur
3. Sayur tahan lama
- Kobis, lobak, bayam → tahan 5–7 hari
- Simpan dalam bekas kedap udara
4. Guna teknik “zero waste” dapur
- Lebihan nasi? Buat nasi goreng
- Lebihan sayur? Tumis dengan telur
5. Rancang menu mingguan
- Contoh:
- Isnin: Nasi + sambal telur + sayur
- Selasa: Bubur + bilis goreng
- Rabu: Nasi goreng + telur mata
- Boleh ulang seminggu sekali
Amalan Berjimat Itu Sunnah Nabi
Rasulullah sangat terkenal sebagai orang yang sederhana dalam makan, pakai, dan gaya hidup. Baginda pernah bersabda:
“Makanlah, minumlah, berpakaian dan bersedekahlah tanpa berlebih-lebihan atau membazir.”- Riwayat Bukhari
Dan dalam Al-Quran juga, Allah berfirman:
“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara syaitan.”- (Surah Al-Isra’, ayat 27)
Zaman inflasi ni adalah masa terbaik untuk kita amalkan hidup sederhana dan berpada-pada.
Simpan Duit Dapur Dalam Bentuk Emas?
Jika kita dapat berjimat dalam masakan, kita boleh ambil peluang untuk menyimpan. Kita boleh simpan duit dan simpan dalam bentuk emas. Sudah ramai suri rumah & pelajar yang bijak kewangan sekarang ambil lebihan bajet dapur & simpan dalam emas.
Contoh:
- Setiap kali suami bagi nafkah RM 300 contohnya. Jika kita boleh beli barang dapur hanya dengan RM 200. kita boleh simpan RM 100 di akaun emas GAP.
- Bila ada emas, maksudnya kita ada simpanan. Bila-bila kita memerlukan, kita boleh manfaatkan emas ketika kecemasan.
Kesimpulan: Masak Itu Urus Kewangan, Bukan Sekadar Belanja Dapur
Ya, masak itu bukan sahaja belanja dapur, tetapi ianya tentang urus kewangan dan urus kesihatan.
Berjimat bila masak bukan soal ‘kedekut lauk’, tapi strategi, kebijaksanaan kita dalam pengurusan kewangan peribadi. Bila kita urus belanja makan dengan baik, kita dapat:
- Kawal belanja harian
- Ada ruang untuk simpanan & pelaburan
- Hidup lebih sihat dan tenang
Kalau selama ni kita rasa serabut pasal duit tak cukup, mungkin jawapannya bukan “kena tambah income dulu”, tapi “kena ubah gaya hidup dulu.”
Tak perlu malu untuk masak ringkas. Dah banyak sharing di social media tentang masakan ringkas yang kita boleh guna hanya daripada barang mentah yang murah.
Yang penting:
- Kita tak berhutang untuk makan
- Kita tak buang makanan
- Kita tak terperangkap dalam gaya hidup “mesti makan sedap hari-hari”
Bila kewangan kita mula stabil, kita boleh mula buat simpanan secara konsisten.
“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebihan dan tidak pula kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.”
– Surah Al-Furqan, ayat 67
Ainin
6 Ogos 2025
11 Safar 1447H

