Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Baju Buruk Mengundang Kepapaan?

theaininsofia, August 17, 2025August 17, 2025
Baju Buruk Mengundang Kepapaan?
[Open][Close]
  • Baju Buruk Menarik Kepapaan?
  • #1 Dalil Islam Tentang Menunjukkan Nikmat
  • #2 Kenapa Pakaian Buruk Boleh ‘Mengundang Kepapaan’
  • #3 Bezakan Antara Zuhud dan Selekeh
  • #4 Seimbang Antara Penampilan & Kewangan
  • #5 Pelajaran Kewangan dari Penampilan
  • Kesimpulan

Ainin tertarik dengan 1 komen di platform sosial media thread. Ayat dia lebih kurang,

“lagipun islam tak galakkan pakai baju buruk, mengundang kepapaan”.

Baju Buruk Menarik Kepapaan?

Dalam Islam, cara kita berpakaian berkait rapat dengan maruah, keyakinan diri. Hari ini Ainin belajar, ianya juga berkait juga dengan pintu rezeki kita.

Sebenarnya, Islam tak menggalakkan kita berpakaian terlalu buruk atau lusuh, jika kita mampu untuk memakai yang lebih baik. Bukan bermaksud kena bermewah-mewah atau berpakaian jenama mahal, tapi berpakaian kemas, bersih, dan elok dipandang.

Dalam kehidupan seharian, imej diri memainkan peranan besar. Orang suka berurusan dengan individu yang nampak terurus. Walaupun modal ilmu dan integriti yang paling utama, tapi “pakej luar” juga menyumbang pada keyakinan orang lain terhadap kita.

#1 Dalil Islam Tentang Menunjukkan Nikmat

Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda:

“Sesungguhnya Allah suka apabila Dia memberikan nikmat kepada hamba-Nya, hamba itu menzahirkan kesan nikmat itu.”- (Riwayat al-Tirmizi, no. 2819)

Kalau kita faham betul-betul hadis ini, ia membawa maksud kita disuruh zahirkan nikmat dengan cara yang seimbang. Kalau Allah beri kita rezeki, zahirkanlah dengan berpakaian kemas dan wangi, bukan biarkan orang sangka kita sedang susah.

Ini selari dengan firman Allah dalam surah an-Nahl ayat 114:

“Maka makanlah dari rezeki yang halal lagi baik yang telah Allah kurniakan kepada kamu, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu menyembah-Nya.”

Nikmat Allah bukan hanya untuk dimakan atau disimpan — tapi juga dizahirkan dalam gaya hidup sederhana yang terurus.

#2 Kenapa Pakaian Buruk Boleh ‘Mengundang Kepapaan’

Memakai pakaian buruk itu langsung tidak berdosa, tapi ia boleh:

Membentuk persepsi negatif.

Orang sangka kita tidak mampu, lalu peluang bisnes atau pekerjaan mungkin terlepas.

Menjejaskan keyakinan diri

Apabila kita rasa tak sedap hati dengan penampilan sendiri, kita jadi kurang berani untuk bergaul atau berunding.

Imam al-Ghazali dalam Ihya’ Ulum al-Din menyebut bahawa berpakaian terlalu buruk tanpa sebab boleh mengundang rasa hina orang lain terhadap kita dan menutup pintu rezeki.

#3 Bezakan Antara Zuhud dan Selekeh

Zuhud bukan bermaksud memakai pakaian compang-camping. Zuhud itu adalah keadaan hati yang tidak terikat dengan dunia, walaupun kita memiliki harta.

Contohnya, kita boleh je pakai jubah RM200, baju kurung moden, atau berkemeja kemas, tapi hati tetap tidak sombong. Yang dilarang oleh agama adalah bermegah-megah.

Pakaian selekeh, kalau memang kerana tak berkemampuan atau kita sedang buat kerja-kerja kebun, itu normal.

#4 Seimbang Antara Penampilan & Kewangan

Islam tak suruh kita membazir duit untuk nampak kaya. Nabi sendiri bersederhana, ada pakaian untuk melakukan tugasan penting, ada pakaian khusus untuk hari raya atau majlis.

Kita boleh amalkan dan memilih pakaian asas yang berkualiti contohnya baju yang tahan lama dengan potongan kemas.

Guna semula, mix & match. Tak perlu beli selalu, tapi jaga supaya pakaian nampak baru. Kuncinya, jangan sampai kita membazir hanya kerana kita nak kejar fesyen.

#5 Pelajaran Kewangan dari Penampilan

Ada satu tips kewangan yang Ainin suka:

“Berpakaianlah seperti orang yang sudah kaya, tapi bukan orang yang cuba kelihatan kaya.”

Maknanya, kalau kita mampu, pilihlah pakaian yang berkualiti, bukan semata-mata jenama. Orang kaya sebenar fokus pada aset, contohnya emas, hartanah, bukan semata-mata pada barang yang susut nilai dengan sangat cepat.

Jadikan baju perisai imej, emas jadi perisai kewangan. Saling melengkapi.

Kesimpulan

Islam galakkan kita berpakaian kemas, bersih dan elok mengikut kemampuan. Ia bukan soal riak, tapi soal menjaga maruah, membina keyakinan diri, dan membuka pintu rezeki.

Hadis Nabi jelas: Allah suka bila kita zahirkan nikmat.

Dalam konteks kewangan, imej diri yang baik boleh membantu kita meningkatkan keyakinan dan kredibiliti diri.

Jadi, jangan pandang remeh soal pakaian. Dalam kita sibuk menambah gram emas dalam simpanan, kita juga perlu menjaga penampilan. Sebab, dalam dunia sebenar, imej kita adalah perkara pertama yang orang lihat.

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
KEHIDUPAN Personal notes

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026
  • Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026
  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Kita ialah Himpunan Rutin

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d