Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Majlis Makan Malam, Penghargaan buat Komiti G100 Sesi 2024/2025

theaininsofia, August 23, 2025

Semalam Ainin direzekikan hadir majlis makan malam untuk komiti G100 yang bertugas untuk sesi 2024/2025 yang berlangsung di Malaysian Petroleum Club, KLCC.

Majlis ini bukan sekadar majlis makan malam biasa, tetapi ianya peluang dan ruang untuk kami berkumpul, saling mengenali, berkongsi pengalaman dan ber-networking.

Setiap Kebaikan akan Kembali Semula kepada Kita

Antara perkongsian yang sangat menyentuh hati,

Mentor kami, Tuan Mohd Zulkifli Shafie mengingatkan,

bahawa setiap kebaikan yang kita lakukan, sama ada kecil atau besar, tidak akan pernah sia-sia.

Firman Allah dalam al-Quran:

“Barang siapa yang mengerjakan kebaikan sebesar zarah sekalipun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.”

(Surah Az-Zalzalah: 7)

Tiada satu pun amalan kebaikan yang akan hilang begitu sahaja. Semua akan kembali kepada kita, sama ada dalam bentuk rezeki, keberkatan masa, ketenangan jiwa, atau pertolongan Allah di saat kita paling memerlukan.

Dan yang menariknya, balasan itu bukan hanya di akhirat, tetapi Allah seringkali membalasnya di dunia lagi. Namun balasan yang sempurna tetap menanti di akhirat.

Komiti: Menyumbang atau Menumpang?

Kongsi mentor juga,

Seringkali kita rasa kita menyumbang, tetapi kita sebenarnya menumpang!

Kita beri masa, tenaga, idea dan usaha, tapi dalam masa yang sama kita pub mengambil manfaat daripada apa yang pasukan sediakan.

Teamwork dalam team besar G100 adalah seperti potluck. Bila semua orang bawa sedikit makanan, akhirnya semua orang dapat makan banyak dan pelbagai. Begitu jugalah dalam pasukan. Bila setiap orang menyumbang walaupun sedikit, hasilnya jauh lebih besar daripada usaha seorang diri.

Kelebihan Menjadi Team Committee

Jadi komiti, walaupun ianya mengambil masa dan tenaga kita, kita sebenarnya dapat pelbagai kelebihan.

#1 Akses kepada Circle & Achievers

Bekerja bersama, kita miliki akses kepada circle hebat dan achievers yang bekerja sama.

“Jika kita berkawan dengan 5 jutawan, kita ada jutawan yang keenam”. Itulah bagaimana impak circle kepada kita.

Pesan mentor, guna peluang ini sebaiknya, belajar dengan cepat untuk kejayaan masing-masing.

#2 Berada dalam Radar Mentor

Kita juga senang mendapat perhatian terus daripada mentor apabila kita bertugas sebagai komiti.

Berada dalam radar mentor, kita mendapat kelebihan:

  • Dapat ilmu & pengalaman direct.
  • Cepat dapat peluang.
  • Dapat teguran & bimbingan personal.
  • Luas networking.
  • Lebih termotivasi & konsisten.

#3 Belajar Tentang Teamwork & Leadership

Satu hari nanti, kita akan uruskan dan ketuai team kita sendiri.

Jadikan tugasan kita dalam team sebagai ‘training ground’ untuk kita memimpin pasukan kita sendiri suatu hari nanti.

Kisah Inspirasi: Arwah Tuan Abdur Rahman

Sebagai contoh, sekarang ini pun kita tak berkira-kira untuk membantu empayar arwah Tuan Abdur Rahman.

Kerana apa?

Kerana ketika hidup, beliau menyumbang sepenuh hati untuk team. Legasi itu tidak mati bersama beliau. Ia diteruskan oleh pasukan yang beliau pernah sama-sama bina.

Inilah bukti bahawa bila kita menyumbang dengan ikhlas, hasilnya akan terus hidup, walaupun kita tiada lagi di dunia. Bukankah ini antara sebaik-baik sedekah jariyah yang Nabi SAW sebutkan?

Prinsip Rezeki dalam Al-Quran

Dalam Islam, konsep rezeki sangat luas. Ia bukan hanya wang ringgit, tetapi juga ilmu, kesihatan, masa yang lapang, ketenangan hati, malah sahabat yang baik.

Allah berfirman:

“Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya di jalan Allah adalah seperti sebutir benih yang menumbuhkan tujuh tangkai, pada tiap-tiap tangkai ada seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

(Surah Al-Baqarah: 261)

Ayat ini menggambarkan bahawa setiap sumbangan kita, walaupun kecil, akan dilipatgandakan oleh Allah dengan cara yang kita sendiri tidak sangka. Itulah sebabnya kita perlu yakin bahawa setiap kebaikan akan kembali kepada kita, cepat atau lambat.

G100: Platform untuk Bertumbuh

G100 bukan sekadar platform untuk belajar tentang simpanan emas. Tapi kita jadikan ia sebagai peluang untuk kita belajar dan platform untuk kita bertumbuh.

Jika kita tidak buat sedikit, sebenarnya kita perlu buat banyak.

Seperti janji Allah dalam Surah Az-Zalzalah ayat 7 tadi, setiap kebaikan akan kembali kepada kita. Bukan sahaja di akhirat, tetapi di dunia ini pun kita sudah dapat merasainya.

Jika kita sama-sama menyumbang, maka kita semua akan menuai hasilnya, bukan sahaja untuk diri kita, tetapi juga untuk team kita sendiri.

Ainin | 23 Ogos 2025 | 28 Safr 1447H

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
BISNES EMAS PGG100NETWORK

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026
  • Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026
  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d