Mesti ramai yang macam Puan Izzati Syimma ni.
Setiap bulan kerja keras, tapi gaji habis sebab reward diri sendiri—shopping, makan sedap, jalan-jalan.
Siapa tak suka self-reward, kan? Bila sampai hujung bulan, akaun bank kosong.
Simpanan 5 angka? Memang tak pernah cecah!
Namun, perjalanan kewangan Puan Izzati berubah 360 darjah selepas dia kenal emas.
Video
Fasa Self-Reward Tanpa Simpanan
Sebagai seorang jurutera, Puan Syimma macam kebanyakan kita,
sukakan self reward selepas berhempas pulas penat bekerja. Jadi, gaji bulanan habis untuk beli apa saja yang dia suka.
“Selesa, sebab kita tahu bulan depan kita akan dapat gaji lagi. Saya yakin, ramai penjawat awam seperti saya”, katanya.
Ilmu Urus Kewangan yang Cetek dalam Kalangan Pekerja
Puan Syimma juga berkongsi,
Statistik orang muflis ialah dalam kalangan umur 30-40an iaitu orang yang bekerja. Mereka ini ialah orang yang ada duit, bekerja, bukan tak ada duit.
Jadi, sebenarnya ramai orang muflis bukan tentang faktor duit, tapi faktor gagal uruskan kewangan.
Titik Permulaan: KWSP i-Sinar bersinar-sinar dengan Emas
Perubahan terbesar berlaku pengeluaran i-Sinar dilancarkan. Puan Syimma ambil keputusan luar biasa—dia tukarkan duit KWSP yang dikeluarkan kepada emas!
Orang lain keluarkan i-Sinar untuk settle hutang atau beli barang besar. Tapi Puan Syimma memilih untuk simpan dana tersebut dalam emas. Hasilnya, wang tersebut kekal dan tak terusik sehingga sekarang, malah meningkat harganya!
Keputusan itu rupanya jadi turning point Puan Syimma. Dari situ, dia mula serius menyimpan dalam simpanan emas serta aktif membantu orang lain turut pandai simpan emas.
Yang pasti, simpanannya mula kukuh dengan simpanan emas.
Dari ASBF ke Simpanan Emas GAP: Pulangan Lebih Berbaloi
Tukar Komitmen Bulanan Kepada Emas GAP Autodebit
Selain alihkan duit i-Sinar kepada emas, langkah besar lain yang diambil ialah terminate ASBF (Amanah Saham Berhad Financing) dan menukarkan komitmen bulanan tersebut kepada simpanan emas GAP.
Artikel berkaitan:
- Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
- 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
- 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
Kenapa?
Seperti kata pakar kewangan Tuan Azizi Ali, pulangan ASBF tidak seperti yang diharapkan. Sebaliknya, purata kenaikan emas ialah sekitar 8-10% setiap tahun, lebih berbaloi!
Tambahan pula, sekarang kita boleh langgan GAP Autodebit untuk jadikan kita berdisiplin dalam menyimpan emas, sama seperti ASBF. (Artikel berkaitan: GAP Autodebit)
Pakar kewangan juga menasihatkan agar kita tidak berhutang dalam membuat pelaburan.
Kenapa Emas Jadi Pilihan?
- Tak Cair Dengan Mudah: Berbeza dengan duit di bank, emas bukan jenis yang senang-senang “hilang” untuk online shopping.
- Harga Emas Meningkat Jangka Masa Panjang: Walaupun harga emas naik dan turun dalam jangka masa pendek, harganya tetap meningkat dalam jangka masa panjang.
- Motivasi Untuk Menyimpan: Bila dah pegang emas, rasa sayang nak jual. Ini berbeza dengan duit, kita rasa nak belanja. Fitrah duit untuk dibelanjakan.
- Pulangan Emas 8-10% Setahun: Walaupun tak ada dividen seperti ASBF, kenaikan harga emas dalam jangka panjang ternyata lebih stabil dan menguntungkan.
- Bebas Dari Bebanan Hutang: Tidak ada risiko riba atau terikat dengan bayaran pinjaman jangka panjang seperti ASBF
- Mudah dan Konsisten: Dengan autodebit, dia tak perlu risau terlupa untuk menyimpan setiap bulan.
Kesimpulan: Tukar Cara Gaya Hidup, Tukar Hidup
Puan Izzati Syimma adalah bukti bahawa perubahan gaya hidup boleh mengubah nasib kewangan kita. Dari shopaholic kepada penyimpan emas tegar, dia berjaya capai apa yang dulu dianggap mustahil.
Kalau kita rasa simpan duit tu susah, mungkin dah tiba masa untuk kita fikir cara lain untuk kukuhkan kewangan kita. Mana tahu, emas pun boleh jadi titik perubahan hidup kita.
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian harri. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)