Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Bagaimana Selesaikan Hutang Peribadi dengan Emas? 2 Penyimpan Emas Berkongsi Pengalaman Selesaikan Hutang Peribadi Mereka dengan Emas

Posted on October 3, 2022October 3, 2022 by theaininsofia
Table of Content
  • Buat Hutang Senang, Nak Bayar Tak Senang
  • Selesaikan Hutang Peribadi dengan Emas
    • 1. Perkongsian Pengalaman Tuan Suhairul
    • 2. Perkongsian Pengalaman Teacher Ashinida Salleh
  • Fungsi Emas
    • Matlamat Simpan Emas
    • Emas dan Hutang

Buat Hutang Senang, Nak Bayar Tak Senang

Masa nak buat hutang peribadi (personal loan), perasaan memang best, kan?

Lagi best bila dah dapat dana segedebuk masuk dalam akaun bank.

Tapi perasaan mula bertukar masa nak bayar semula hutang personal loan.

Teringat dalam satu seminar yang disampaikan oleh mentor Tuan Zulkifli Shafie,

Kata mentor, tiada magik dan jalan pintas untuk selesaikan hutang,

melainkan,

bayar hutang itu.

Hadirin gelak.

Sebab simple dan ringkas sahaja penyelesaian hutang peribadi ini tetapi susah untuk dilaksanakan.

Bermacam-macam teknik dikongsikan tetapi yang paling penting ialah tindakan dan kekuatan untuk bayar semula hutang peribadi itu.

Selesaikan Hutang Peribadi dengan Emas

Salah satu usaha peminjam-peminjam hutang peribadi ialah selesaikan hutang peribadi dengan simpanan emas.

1. Perkongsian Pengalaman Tuan Suhairul

Ini perkongsian daripada Tuan Suhairul

Alhamdulillah selesai satu lagi hutang zaman buat hutang tanpa tahu sebab apa buat. Hahaha

Sebelum kenal emas dan G100 Network tak pernah terfikir pun nak letak matlamat bebas hutang. Alhamdulillah dengan circle positive yang ada dan bimbingan berterusan oleh mentor Mohd Zulkifli Shafie sebenarnya kita boleh.

Setel Hutang;

PTPTN ✅
KERETA ✅
KOPERASI ✅
PERSONAL LOAN✅

Sekarang tinggal Rumah je. Hutang positif ada cara dan teknik lain.

Tuan Suhairul

2. Perkongsian Pengalaman Teacher Ashinida Salleh

Ini pula perkongsian pengalaman daripada Teacher Ashinida Salleh. Alhamdullilah beliau dapat selesaikan hutang peribadi dalam tempoh 3 tahun dengan emas.

selesaikan hutang peribadi dengan emas
selesaikan hutang peribadi dengan emas

Alhamdulillah 4 Januari 2022 tercapai hasrat saya settlekan personal loan lebih awal.

Saya ambil masa 3 tahun buat simpanan khas untuk bebas hutang melalui EMAS.

Kisah bermula:
2013 saya beli sebidang tanah berkeluasan 3200++ kaki persegi. Tanah ni dekat dengan emak tu yang bersemangat nak beli. Kalau nak bayar cash memang saya tiada simpanan sebanyak itu.

Saya orang yang boros sebelum ini. Nak menyimpan banyak banyak memang takdelah.

Jadi solusi yang saya ada ialah personal loan.

Itu je yang saya terlintas. Alhamdulillah pada dasarnya saya beli cash tanah tu dengan pinjaman di Bank Rakyat.

Syukur alhamdulillah.

Namun hakikatnya saya masih ada personal loan tiap-tiap bulan yang perlu saya bayar.

Personal loan ni saat paling best bila dapat selepuk dalam bank.

Tiba-tiba jadi kaya. Yahooo!!
Bila dah lama bayar terasa pula bilalah nak habis.

Cepatlah habis.

𝐍𝐨𝐯𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟏:

𝐁𝐚𝐤𝐢 𝐡𝐮𝐭𝐚𝐧𝐠 𝐥𝐚𝐠𝐢 𝟑 𝐭𝐚𝐡𝐮𝐧 𝐑𝐌 𝟓𝟑𝐊++


𝟒 𝐉𝐚𝐧𝐮𝐚𝐫𝐢 𝟐𝟎𝟐𝟐:

𝐀𝐥𝐡𝐚𝐦𝐝𝐮𝐥𝐢𝐥𝐥𝐚𝐡 𝐬𝐞𝐭𝐭𝐥𝐞 𝐑𝐌 𝟒𝟎𝐊++.
𝐇𝐚𝐬𝐢𝐥 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧 𝐞𝐦𝐚𝐬 𝟏𝟓𝟒 𝐠𝐫𝐚𝐦 𝐝𝐚𝐧 𝐭𝐨𝐩𝐮𝐩 𝐬𝐢𝐤𝐢𝐭 𝐝𝐮𝐢𝐭 𝐬𝐢𝐦𝐩𝐚𝐧𝐚𝐧.

Apa yang menyebabkan saya nak settle awal?

Saya baca buku Misi Bebas Hutang.

Bagi mereka yang ada hajat nak bebas hutang dan nak tambah info tentang kewangan wajib baca buku ini.

Buku Misi Bebas Hutang dan Buku Wang Emas, tulisan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie.

17 tahun saya kerja tapi saya tak berjaya menabung dengan baik.

Tabungan saya tak kekal lama. Simpan korek. Simpan korek.

Tapi bila simpan emas, Ajaib!

Saya boleh simpan lebih 150g dalam tempoh 3 tahun. Saya simpan emas melalui pelbagai kaedah yang Public Gold sediakan.

Teacher Ashinida Salleh

Artikel berkaitan:

  • 3 Kaedah Simpan Emas dengan Public Gold

Fungsi Emas

Alhamdullilah, tahniah kepada Tuan Suhairul dan Teacher Ashi.

Gembira bila mereka dapat selesaikan hutang dengan kaedah simpanan emas dan mendapat manfaat daripada simpanan emas mereka.

Matlamat Simpan Emas

Emas telah bekerja untuk mereka.

Salah satu fungsi emas ialah untuk mencapai matlamat.

Wang dan emas hanyalah tools atau alat untuk capai matlamat

Dan salah satunya ialah menyelesaikan hutang jahat.

Sebab itu tuan mentor Tuan Zulkifli Shafie selalu pesan, bukan emas yang menjadikan kita kaya, tetapi ilmu.

Ilmu untuk memanfaatkan emas dan harta yang kita ada.

Artikel berkaitan

  • Selesaikan Hutang PTPTN dengan emas

Emas dan Hutang

Jadi, jika kita masih tidak berjaya untuk selesaikan hutang, iaitu salah satunya hutang peribadi, cuba usahakan dengan simpanan emas.

atau kalau bukan melalui kaedah simpanan emas pun,

Seperti kata mentor,

tiada jalan pintas untuk selesaikan hutang,

melainkan dengan membayar hutang.

Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: Cerita Emas, KEWANGAN, SIMPAN EMAS, TESTIMONI PENYIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
  • Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
  • Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
  • Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
  • Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 111 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d