Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Makanan Lebih Bernilai daripada Emas dan Perak ketika Bencana?

theaininsofia, July 7, 2021July 9, 2021

Betul tu.

Haritu ainin ada terbaca posting orang yang merendahkan penyimpan logam emas dan perak dengan menyatakan makanan akan jadi rebutan dan lebih bernilai ketika kegawatan.

Betul, ainin setuju.

Bila kita sedang kelaparan dan kehausan, makanan dan air lah yang akam jadi rebutan. Bukan emas dan perak.

Habis, kenapa kita dinasihatkan menyimpan emas dan perak? Kenapa emas dan perak ni bernilai?

Kawan- kawan,

Emas dan perak ini ialah logam medium transaksi.

Emas Sebagai Medium Transaksi

Itulah salah satu keistimewaan emas. Dari dahulu sehinggalah sekarang. Emas penyimpan nilai yang terbaik, sebab itulah emas dan perak menjadi medium transaksi nilai global.

Bila berlaku kegawatan dan orang berebut akan makanan, kita perlukan sesuatu untuk menukarkan barang (barter). Benar kita boleh bertukar makanan atau barang barang bernilai.

Bagaimana kalau Makanan jadi Harta?

Tetapi kebanyakan barang bersifat perishable. Akan musnah. Macam makanan. Ada tarikh luputnya. Akan cepat rosak. Kalau kita simpan makanan banyak banyak untuk ditukarkan atau dalam jangka masa yang sangat panjang, kita akan berdepan dengan risiko makanan kita akan musnah.

Sekiranya aset dan harta kita terletak pada jumlah makanan- jutawan makanan, kita berkemungkinan akan terus jatuh miskin bila makanan dirosakkan oleh haiwan perosak, atau banjir datang dan menenggelamkan kesemua aset makanan kita.

Sebab itulah kita perlukan sesuatu yang tidak musnah, tidak basah, tidak ada expired date dan bernilai di antara kedua dua pihak. Di sinilah emas menjadi wang! Wang dari zaman dahulu sampailah dunia akan kiamat.

Banjir 2014

Teringat perkongsian pengalaman mentor Tuan Zulkifli Shafie, ketika banjir yang melanda Kelantan 2014, kawasan kampungnya terjejas teruk dan telah kehabisan makanan pelbagai sumber lain seperti petrol dan sebagainya.

Kedai runcit semuanya ditutup dan kalau ada yang buka pun, semuanya telah habis bekalannya. Di saat saat begini, bekalan yang ada di kedai runcit akan dijadikan rizab kepada pemiliknya. Dalam erti kata lain, sekiranya banjir berpanjangan, barang barang yang ada akan menjadi aset kepada pemiliknya. Yang akan ditukar untuk mendapatkan sesuatu.

Cerita Tuan Zul, beliau berkayuh ke Kota Bharu dari Pasir Mas untuk mendapatkan petrol. Malangnya, kedai di Kota Bharu tutup!

Untuk ke Pasir Puteh akan mengambil tenaga dan masa yang lama. Itupun belum tentu kedai di Pasir Puteh akan buka. Tiba-tiba Tuan Zul ternampak anak muda di tengah jalan yang membeli petrol.

Selepas berbincang, akhirnya mereka setuju menjualnya dengan harga RM 40 walaupun harga sebenarnya tidak sampai RM 10! Mahal berlipat kali ganda! Tetapi dalam kesempitan waktu begitu, kita akan sedia bertukar dengan barang bernilai apa pun.

Makanan dan Emas

Begitu jugalah jika kita mengalami kegawatan dan food shortage. Benar, makanan akan jadi lebih bernilai. Perkara utama untuk survival kehidupan kita. Harta lain sudah tidak bernilai.

Tapi jika kita ada emas, emas akan menjadi medium transaksi ampuh untuk apa apa perkara yang bernilai nanti.

Dalam masa yang sama, sediakanlah keperluan makanan dan air untuk menempuh masa kegawatan yang tidak menentu ini.

Tidak kekal

Cuma untuk menjadikan makanan sebagai perkara tukaran untuk jangka masa yang panjang tidak sesuai.

Makanan ada expired date dan akan rosak. Begitu juga dengan perkara lain.

Ya,

Begitu juga dengan kertas. Wang kertas. Tidak kalis bila dibakar, even kena air pun dah basah dan mudah dikoyak. Begitu sahajakah nilai aset kita?

Benarkah nilai kekayaan kita terletak pada kepingan kepingan kertas yang mudah dikoyak tersebut?

Sedarlah bahawa wang yang berlegar sekadang ialah pembohongan terbesar sejarah, seperti penjelasan ulama Sheikh Imran Hossein.

Penjelasan oleh mentor Ainin, Tuan Zulkifli Shafie tentang nilai yang dipegang oleh emas

Emas tidak boleh dicipta dan tidak boleh dimusnahkan.

Ya, emas tidak boleh dimusnahkan. Bila kita ketuk ketuk pun dan emas jadi debu, debu emas pun bernilai. Sampai begitu sekali ya!

Disebabkan ciri ciri istimewa inilah, emas sesuai jadi aset jangka panjang, bukan makanan ataupun perkara perkara lain yang perishable.

Prepping

Di saat kita sedang prepping khususnya makanan, masukkan sekali aset logam emas dan perak kerana emas dan perak ini tidak musnah, tidak ada expired date dan bernilai untuk dijadikan sebagai medium transaksi.

Benar, emas tidak boleh dimakan.

Tapi emas boleh diguna untuk kita barter dengan food stocks nanti.

Ainin Sofia, 8 Julai 2021

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading…
ARTIKEL EMAS Prepping SIMPAN EMAS

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • Ada duit, tambah ilmu dan skill.Ada duit, tambah ilmu dan skill.
  • Jadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmuJadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmu
  • Jujur dalam bisnes walaupun rugiJujur dalam bisnes walaupun rugi

Recent Posts

  • Ada duit, tambah ilmu dan skill.
  • Jadi dealer Public Gold, sentiasa dalam majlis ilmu
  • Jujur dalam bisnes walaupun rugi
  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d