Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

3 Tindakan bila Harga Emas Jatuh

Posted on November 24, 2020February 5, 2023 by theaininsofia

Harga emas dunia turun mendadak tengah malam tadi. (25/11/2020)

Kalau di Public Gold, harga sekarang ialah RM267 segram berbanding RM272 segram semalam. Maksudnya harga turun RM5 segram.

Apa kita perlu buat jika harga emas turun?

Secara jangka panjang, harga emas memang sentiasa menaik. Tetapi jangka pendek ia naik dan turun.

Siapa yang faham dan ada pengalaman beli emas pasti tahu fakta ini. Tambahan pulak dengan macam-macam yang jadi kat dunia ni, harga emas memang akan meroket lebih tinggi.

Jika kita pernah beli pada harga RM300 segram. Tiba-tiba harga tak naik seperti yang diharapkan. Sekejap-sekejap jatuh. Lepas tu makin jatuh.

Apa yang kita boleh buat?

Ada 3 pilihan tindakan yang kita boleh pilih :

❤️ Buat tak tahu je.

Sebab kalau harga emas turun, gram emas di tangan kita takkan susut gramnya. Maksudnya kita tak akan rugi hanya dengan harga emas turun.

❤️ Bersabar.

Macam yang saya tulis di atas. Harga emas InsyaAllah pasti akan naik. Jadi, tunggu saja la.

Lambat atau cepat hanya waktu yang akan menentukan. Tapi yang saya boleh cakap, emas takkan mengecewakan.

Orang yang tenang bila harga turun, tak gelabah, buat tak tahu aje menunggu harga emas naik semula pasti akan tersenyum nanti. Ia sebuah penantian yang sangat berbaloi.

Macam orang yang pernah beli emas hujung tahun 2011 dulu pada harga RM200 segram. Selepas itu harga turun dan turun dan turun.

Selepas 9 tahun, mereka pasti senyum sampai ke telinga sebab harga emas dah naik semula sampai ke harga tertinggi RM304 segram pada tahun ini.

❤️ Beli lagi. Tambah lagi gram.

Bila harga emas turun, itu sebenarnya peluang baik untuk semua orang membeli emas pada harga diskaun.

Kalau ada duit, beli lagi. Lagi dia turun, lagi kita beli.

Di waktu yang sama, kita boleh rendahkan harga purata emas yang pernah kita beli sebelum ini.

Sebagai contoh, kita pernah beli emas pada harga RM300. Kemudian harga turun jadi RM250, kita pun beli lagi.

Jadinya RM300 + RM250 = RM550. Bahagi dengan 2, purata harga emas kita cuma RM275 sahaja.

Jadi lebih murah dari RM300 kan? Itulah istimewanya emas.

Saya harap tips ini membantu semua menambah simpanan emas masing-masing. Dengan ilmu walaupun sedikit, sudah pasti ia akan menguntungkan kita semua.

Dengan emas fizikal, kita mesti rasa tenang dan happy. Sebab gram emas di tangan kita tidak kurang sedikit pun walaupun harga emas turun.

Selagi kita tak jual emas di tangan kita, kita tak akan untung atau rugi.

Macam hari ni, harga emas sangat rendah berbanding sebelum ini. Ia sangat bagus untuk dimanfaatkan oleh semua.

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, SIMPAN EMAS

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • G100 Academy: Bina Content
  • Testimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan Emas
  • Memimpin Weekly Group Coaching Team Mentor
  • Seminar Membina Satu Juta Pertama Sandakan, Sabah Disember 2025
  • ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    © 2026 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d