Harga emas dunia turun mendadak tengah malam tadi. (25/11/2020)
Kalau di Public Gold, harga sekarang ialah RM267 segram berbanding RM272 segram semalam. Maksudnya harga turun RM5 segram.
Apa kita perlu buat jika harga emas turun?
Secara jangka panjang, harga emas memang sentiasa menaik. Tetapi jangka pendek ia naik dan turun.
Siapa yang faham dan ada pengalaman beli emas pasti tahu fakta ini. Tambahan pulak dengan macam-macam yang jadi kat dunia ni, harga emas memang akan meroket lebih tinggi.
Jika kita pernah beli pada harga RM300 segram. Tiba-tiba harga tak naik seperti yang diharapkan. Sekejap-sekejap jatuh. Lepas tu makin jatuh.
Apa yang kita boleh buat?
Ada 3 pilihan tindakan yang kita boleh pilih :
❤️ Buat tak tahu je.
Sebab kalau harga emas turun, gram emas di tangan kita takkan susut gramnya. Maksudnya kita tak akan rugi hanya dengan harga emas turun.
❤️ Bersabar.
Macam yang saya tulis di atas. Harga emas InsyaAllah pasti akan naik. Jadi, tunggu saja la.
Lambat atau cepat hanya waktu yang akan menentukan. Tapi yang saya boleh cakap, emas takkan mengecewakan.
Orang yang tenang bila harga turun, tak gelabah, buat tak tahu aje menunggu harga emas naik semula pasti akan tersenyum nanti. Ia sebuah penantian yang sangat berbaloi.
Macam orang yang pernah beli emas hujung tahun 2011 dulu pada harga RM200 segram. Selepas itu harga turun dan turun dan turun.
Selepas 9 tahun, mereka pasti senyum sampai ke telinga sebab harga emas dah naik semula sampai ke harga tertinggi RM304 segram pada tahun ini.
❤️ Beli lagi. Tambah lagi gram.
Bila harga emas turun, itu sebenarnya peluang baik untuk semua orang membeli emas pada harga diskaun.
Kalau ada duit, beli lagi. Lagi dia turun, lagi kita beli.
Di waktu yang sama, kita boleh rendahkan harga purata emas yang pernah kita beli sebelum ini.
Sebagai contoh, kita pernah beli emas pada harga RM300. Kemudian harga turun jadi RM250, kita pun beli lagi.
Jadinya RM300 + RM250 = RM550. Bahagi dengan 2, purata harga emas kita cuma RM275 sahaja.
Jadi lebih murah dari RM300 kan? Itulah istimewanya emas.
Saya harap tips ini membantu semua menambah simpanan emas masing-masing. Dengan ilmu walaupun sedikit, sudah pasti ia akan menguntungkan kita semua.
Dengan emas fizikal, kita mesti rasa tenang dan happy. Sebab gram emas di tangan kita tidak kurang sedikit pun walaupun harga emas turun.
Selagi kita tak jual emas di tangan kita, kita tak akan untung atau rugi.
Macam hari ni, harga emas sangat rendah berbanding sebelum ini. Ia sangat bagus untuk dimanfaatkan oleh semua.