Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas

theaininsofia, April 21, 2026April 21, 2026

Bebas hutang jahat luar biasa,

Bebas hutang baik? Fuh, lagi luar biasa!

Ini perkongsian sahabat saya memanfaatkan simpanan emas beliau untuk bebas hutang rumah.

Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
[Open][Close]
  • Langsaikan Hutang Rumah, Dari 28 tahun ke 5 tahun
  • Emas untuk Capai Matlamat

Langsaikan Hutang Rumah, Dari 28 tahun ke 5 tahun

Ini perkongsiannya:

Throwback: Saya Langsaikan Loan Rumah Dari Tempoh 28 Kepada 5 Tahun Hasil Tabungan Emas.

Hari ini saya nak share kegembiraan saya hasil menabung emas. Semoga ia menjadi inspirasi dan memberi manfaat kepada semua.

Pada tahun 2019 (beberapa bulan sebelum COVID 19 melanda) saya telah membeli sebuah rumah pelaburan selepas membaca buku Misi Bebas Hutang tulisan mentor saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie

Lepas beli saya tak senang duduk. Terus set target untuk kumpul emas banyak-banyak supaya dapat langsaikan pinjaman perumahan seawal mungkin.

Rumah ini rumah pelaburan yang sudah ada penyewa yang baik dengan sewaan RM 850 sebulan. Sentiasa bermain-main dalam fikiran: Kalau buat full settlement akan dapat full positive cashflow!

Jumlah Loan : RM 161,400
Amaun Bulanan : RM 834.26
Tempoh Pinjaman : 28 tahun (336 bulan)
Income Sewaan Sekarang : RM 850

Jika saya ikut saja jadual bayaran selama 28 tahun saya perlu sediakan jumlah bayaran penuh sebanyak RM 280,311. Secara kasar bank mengenakan keuntungan RM118k kepada saya.

Bagi saya rutin ini merugikan dan meletihkan. Macam-macam boleh buat dengan RM118k tu.

Dengan ilmu menabung emas panduan dari buku Wang Emas serta dari tabungan kami suami isteri sedia ada, akhirnya berjaya boleh ‘kejar’ jumlah tersebut.

Bagaimana saya buat:

  1. Minta statement bank untuk kenalpasti baki pokok loan rumah.
  2. Convert kepada jumlah gram harga semasa untuk ketahui berapa jumlah diperlukan secara kasar.
  3. Maksimumkan wang pendapatan untuk ditukarkan kepada emas dengan gigih sehingga capai 336 gram ini.
  4. Bila hampir capai gram, emas sudah naik. Saya buat kiraan. Rupa-rupanya saya perlu tunggu emas naik cecah at least RM450 saja. (Sambil menabung sambil tunggu emas naik)
  5. Tanggal 11 Feb 2025 emas mencanak naik kepada RM 454/g . Dan kami tak fikir panjang lagi. Bergegas ke branch PG untuk buyback emas dalam GAP dan fizikal ditangan.
  6. Dapat duit terus pergi ke bank dengan senyuman.

Komitmen loan ini bermula pada 30 Jun 2019 dan nampaknya kali terakhir bayar ialah pada 30 Jan 2025. Itulah tarikh akhir saya bayar loan rumah.

Tempoh asal selesai hutang: 28 tahun.
Ditamatkan pada tahun ke 5 (5 tahun 8 bulan). Hari ni dah boleh stop auto deduct di bank. Alhamdulillah

👉 Deposit rumah dan kos fully furnished dalaman rumah ini menggunakan hasil dari tabungan emas saya juga.

👉Kini saya ada lebihan RM 850 sebulan
-Saya akan guna lebihan untuk ganti balik emas ini

👉Kini loan eligibility (LE) semakin meningkat
-Saya berpeluang tambah rumah yang lain

👉 Kini tak perlu bayar interest bank lagi. Hari mendatang semakin memberi kegembiraan dan ketenangan.

👉 Kalau saya jual hari ini rumah ini RM250k dalam genggaman.

Jika sebelum ini saya bebas ‘hutang jahat.’
Hari ini saya bebas ‘hutang baik.’

Syukur Alhamdulillah.

Emas untuk Capai Matlamat

Kita bukan nak simpan emas sampai bila-bila, tapi kita nak ambil manfaat dengan simpanan emas.

Kisah ini adalah salah satu bagaimana kita manfaatkan emas iaitu bebas daripada hutang.

Sebab itu, penting untuk kita ada matlamat dan target apabila kita mulakan simpanan emas.

Supaya, kita bukan simpan emas sebab terikut-ikut trend atau terikut-ikut orang, atau diistilahkan sebagai FOMO, tetapi kita simpan kerana matlamat kita.

Antaranya ialah, simpan emas untuk

  • bebas hutang
  • hartanah
  • dana kahwin
  • haji atau umrah
  • dana pendididikan anak-anak.
  • kalis bocor
  • persaraan
  • bisnes

Didoakan kita semua dapat manfaat daripada tabungan emas.

Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas dan perak. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)

Ainin
3 Zulkaedah 1447H
21 April 2026
Terengganu

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
AG: 26-35 AG: 36-45 AG: 46-55 ARTIKEL EMAS Manfaat Emas SIMPAN EMAS bebas hutanghartanah

Post navigation

Previous post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d