Sesuai ke Beli Silver Sekarang?
Semalam kawan Ainin ingin beli silver pula, selepas sudah agak banyak dia buat simpanan emas. Soalannya,
“okay kan beli silver sekarang?”
Artikel berkaitan: (silver)
- Nak beli emas atau perak?
- Kenapa Pakar Lebih Suka Silver Berbanding Emas?
- 5 Tips Pantas Fahami Pelaburan Silver
- Cara Senang Beli Silver
Gold Silver Ratio
Kongsi guru Ainin, tips untuk kita tahu silver ini murah atau tidak adalah dengan merujuk gold silver ratio.
Apa itu gold silver ratio?
Gold Silver Ratio (GSR) merujuk kepada bilangan auns perak yang diperlukan untuk menyamai nilai satu auns emas. Nisbah ini dikira dengan membahagikan harga emas kepada harga perak.
Nisbah ini berubah mengikut keadaan ekonomi global, kadar inflasi, permintaan industri, dan sentimen pasaran. Oleh itu, GSR sering digunakan untuk membantu pelabur menentukan aset manakah yang lebih wajar diutamakan pada satu-satu masa.
Beberapa bulan lepas, Ainin ada kongsikan tentang ilmu gold silver ratio ini:
Sekarang iaitu April 2026, gold silver ratio (GSR) adalah sekitar 1:64
Maksudnya, harga 1 kilo emas bersamaan 64 kilo silver.
Berdasarkan sejarah,
harga silver paling mahal ialah 1 : 30, iaitu tahun 2011.
Paling murah ialah 1 : 120, iaitu tahun 2020 – cuma sekali dalam 15 tahun!
Harga murah yang paling dekat ialah sekitar tahun 2025 iaitu 1:100.
Jadi bagi siapa nak beli silver, sekarang ni adalah antara waktu yang bagus untuk membeli, lebih-lebih lagi jika kita simpan aset emas perak ini dalam 2 tahun ke atas.
Kalau beli silver ketika nisbah GSR 1 : 60, bila nisbah tu bertukar jadi 1 : 30, maka itu waktunya dia jual semua silver dan beli 2 kilo emas! Atau jual 30 kilo silver untuk beli 1 kilo emas, dan masih berbaki lagi 30 kilo silver.
Perak vs Emas
Antara perak vs emas, mana yang kita perlu utamakan?
Mana yang lebih baik, antara perak vs emas?
Ainin ada kongsikan di artikel sebelum ini:
Mana nak beli Silver
Kelebihan Silver Public Gold
Di Malaysia, silver bukanlah aset yang mudah untuk dicairkan iaitu untuk tujuan dapatkan duit melalui cara pajakan atau jualan. Tidak banyak syarikat yang benar-benar aktif dalam jual beli silver secara konsisten dan menerima silver untuk pajakan atau jualan.
Ini berbeza dengan emas, hampir semua kedai emas faham nilainya, terima untuk pajakan dan jualan balik emas.
Silver masih lagi sangat terhad dari sudut penerimaan pasaran.
Ini bermakna, walaupun kita memiliki silver bernilai tinggi di atas kertas, proses menukarkannya kepada tunai tidak semudah emas.
Public Gold Terima Jualan Balik& Pajakan Perak
Walaubagaimanapun, di Malaysia, Public Gold adalah salah satu syarikat yang menjual perak dan menerima pajakan atau jualan balik silver dari brand Public Gold ataupun bukan. (Daftar akaun untuk jual emas atau silver di branch).
Untuk pajakan, Public Gold hanya menerima silver bar manakala dirham tidak diterima.
Untuk jualan, Public Gold menerima dirham atau silver bar.
Pastikan tuan puan daftar dahulu dan boleh walk in ke mana-mana branch Public Gold untuk tujuan jual balik atau pajakan silver.
Cara beli Silver
Terdapat 2 kaedah untuk membeli Silver di Public Gold:
1. Outright Purchase
- Sesuai untuk modal besar; 100g, 250g, 500g, 1kg, 5kg dan juga untuk item 5 dirham & 10 dirham.
- Daftar akaun percuma
- Install apps Public Gold
•Proses – Order Silver (lock harga) dan buat bayaran.
- Login masuk ke app Public Gold
- Klik Physical Outright Purchase > Silver
- Pilih item > Add to Cart
- Klik imej cart (🛒)
- Periksa kuantiti setiap item dan klik Checkout
- Payment option: Full payment
- Place order
- Ambil silver di cawangan PG yang anda pilih atau pos berinsurans dan simpan sendiri. Pilihan ini berbeza mengikut gram silver yang kita beli. Hubungu saya untuk bantuan lanjut
Menabung Silver
2. Silver Accumulation Program (SAP)
Sama sahaja seperti beli emas GAP,
- Buka apps, click topup
- Bahagian atas, klik pada Silver-SAP
- Masukkan jumlah pembelian dan buat bayaran.
- Boleh keluarkan bila-bila masa dan simpan sendiri.
- Sesuai untuk mereka yang risau hilang atau takut nak simpan silver sendiri
Untuk pembelian silver melalui akaun Silver Accumulation Program (SAP), minimum pembelian RM100 sama seperti akaun GAP.
Minimum pengeluaran silver ialah 100gram (hari ini harganya sekitar RM 1000+)
Kesimpulan
Sebagai penyimpan aset emas perak berbanding pelabur aset emas perak, iaitu individu yang buat simpanan secara sikit-sikit, mengutamakan gram dan simpan dalam jangka masa panjang,
Bagi Ainin, bila-bila masa pun sesuai kerana kita tidak jual emas perak dalam masa terdekat.
Apabila GSR menghampiri 1:100 ke atas, itu tindakan kita untuk borong!
Namun, dari sudut keutamaan dan kestabilan, emas wajar didahulukan sebagai asas simpanan.
Perak pula lebih sesuai dijadikan pelengkap kepada portfolio emas, disimpan dengan disiplin dan jangka masa yang panjang, tanpa bergantung kepada keuntungan jangka pendek.
Ainin
Kerteh Terengganu
20 Syawal 1447H
9 April 2026




