Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu
Doktor Alihkan Simpanan KWSP Akaun 3 Fleksibel kepada Emas. Ini 3 Kelebihan Emas Berbanding KWSP untuk Persaraan

Doktor Alihkan Simpanan KWSP Akaun 3 Fleksibel kepada Emas. Ini 3 Kelebihan Emas Berbanding KWSP untuk Persaraan

Posted on May 28, 2024May 28, 2024 by theaininsofia
Doktor Alihkan Simpanan KWSP Akaun 3 Fleksibel kepada Emas
[Open][Close]
  • Doktor Alihkan Simpanan KWSP Akaun 3 Fleksibel kepada Emas
  • Kalau Tak Beli Emas, Duit Bocor!
  • Emas vs KWSP
  • #1 Tabung Persaraan Lebih Bertahan dengan Emas
  • #2 Pulangan Emas Lebih Bagus
  • #3 KWSP Masih Terikat dengan Sistem
  • Tabungan Persaraan dalam bentuk Emas

Doktor Alihkan Simpanan KWSP Akaun 3 Fleksibel kepada Emas

Testimoni Doktor Alihkan Simpanan KWSP Akaun 3 Fleksibel kepada Emas

MashaaAllah,

Ainin teruja terima update daripada Dr A yang telah mengalihkan sebahagian jumlah KWSP akaun 3 beliau ke dalam bentuk emas.

Dr A simpan emas goldbar 10gram yang sekarang ini berharga sekitar RM 3K-4K.

Kalau Tak Beli Emas, Duit Bocor!

Katanya,

“Kalau tak beli emas, duit saya habis tak tahu ke mana”

InshaaAllah, emas membantu kita untuk tidak boros berbelanja.

Emas vs KWSP

#1 Tabung Persaraan Lebih Bertahan dengan Emas

Lagipun, bila kita beli emas dengan duit KWSP,

kita bukan habiskan duit, tapi kita hanya tukarkan duit dalam bentuk yang lebih kukuh iaitu emas.

Panduan Struktur Baru & Kadar Agihan Akaun KWSP. Alihkan sebahagian duit kwsp akaun 3 fleksibel dalam bentuk emas

Dengan emas, nilai duit atau nilai harta kita akan lebih bertahan lama serta telah diselamatkan daripada boros, dibelanjakan kepada perkara yang tidak penting.

Jika memerlukan, boleh pajak atau jual. Sekurang-kurangnya kita akan pajak atau jual emas kita untuk perkara yang betul-betul penting.

Jarang penyimpan emas akan jual atau pajak emas mereka untuk beli sofa baru contohnya. Emosi terhadap emas akan menjadi semakin kuat seterusnya menyelamatkan harta daripada perkara yang tidak penting.

Duit memang emosinya pada belanja.

Ada duit fikir nak belanja tapi bila ada emas, kita akan fikir nak tambah lagi dan lagi.

Jadi, dengan duit KWSP yang telah diberi kebenaran untuk kita akses, sebahagiannya kita belanja emas,

supaya tabungan persaraan kita lebih bertahan.

Lagipun,

Sangat ramai testimoni penyimpan emas yang mengeluarkan sebahagian duit KWSP ketika fasiliti i-citra, i-lestari dan i-sinar yang telah tukarkan ke dalam bentuk emas,

Simpanan mereka kekal sehingga sekarang! Iaitu dalam bentuk emas.

#2 Pulangan Emas Lebih Bagus

Malah, harga emas makin meningkat pula.

Ini disebabkan faktor inflasi dan kemerosotan nilai ringgit dalam jangka masa panjang.

Pulangan KWSP adalah sekitar 5.4-5.9% manakala purata pulangan emas ialah 8-10%. Jadi, pulangan emas adalah lebih tinggi.

Emas vs KWSP. Alihkan sebahagian duit kwsp akaun 3 fleksibel dalam bentuk emas.

Di bawah ini, Ainin kongsikan data pulangan daripada ASB, Tabung Haji dan emas.

ASB, Tabung Haji vs Emas
Apa terjadi jika kita letak RM 100K di dalam akaun ASB, Tabung Haji dan Emas?

Purata pulangan emas ialah yang tertinggi!

Lagipun, tabung persaraan ialah tabungan jangka panjang. Tabungan jangka panjang sangat sesuai disimpan dalam bentuk emas kerana emas terbukti mengekalkan nilai berbanding wang fiat.

Walaupun KWSP menjanjikan dividen dan compounding effect akan menggandakan tabungan persaraan, jumlah tersebut masih tidak cukup jika dibandingkan dengan peratus inflasi serta kos sara hidup yang mendatang.

Formulanya ialah,

Untuk tabungan dan kegunaan jangka pendek, tabungan sebaiknya disimpan cash. Cash is king. Kerana transaksi harian kita masih tertakluk dengan sistem dunia.

Untuk tabungan dan kegunaan jangka panjang, tabungan sebaiknya disimpan dalam bentuk emas. Kerana emas terbukti mengekalkan nilai sejak berabad lamanya.

#3 KWSP Masih Terikat dengan Sistem

Kelebihan emas berbanding simpanan KWSP ialah emas ialah harta yang berdiri dengan sendiri. Emas tidak bergantung kepada kerajaan dan nilainya tidak boleh dimanipulasi oleh pihak ketiga.

Sebaliknya, tabungan KWSP ataupun wang ringgit kita masih terikat dengan sistem. Ianya boleh dimanipulasi dan nilainya bersandarkan kepada kerajaan.

Emas ialah wang sebenar dan berfungsi sempurna dalam bentuk fizikal. Emas fizikal. Beli emas, mesti dapatkan emas fizikal.

Sekiranya terjadinya perang atau krisis ekonomi, harta yang terbaik ialah harta yang ada dalam tangan kita dan emas atau perak fizikal ialah harta sebenar. Hanya emas atau perak yang laku jika terjadinya perang atau krisis ekonomi.

Wang yang banyak?

Semuanya berisiko tiada nilai.

Artikel berkaitan:

  • Jutawan Duit vs Jutawan Emas, Mana Lebih Untung
  • 7 Sebab Penyimpan Emas Tidak Akan Rugi
  • Orang Kaya Tak Simpan Duit yang Banyak
  • Pekerja Bank pun Tidak Percaya Bank
  • Bersiap Hadapi Infalsi, Pesan Sheikh Imran Hossein
  • Rukun Untung dengan Emas
  • Rahsia Kaya dengan Emas

Tabungan Persaraan dalam bentuk Emas

Jadi, simpan dan selamatkan sebahagian tabungan persaraan kita dalam bentuk emas.

Seiring dengan kebenaran kerajaan membenarkan pengeluaran Akaun 3 Fleksibel, boleh ambil peluang untuk bertindak iaitu sehingga September 2024.

Panduan menyimpan emas untuk mencapai matlamat:

Dicadangkan sebanyak 150 keping dinar emas untuk persaraan. (Ini adalah cadangan sahaja)

matlamat dengan emas
Capai matlamat dengan emas

Nak Ainin bantu untuk simpan emas, boleh hubungi Ainin untuk Ainin bimbing dan bantu sebaiknya.

Ainin Sofia | Kerteh Terengganu
28 Mei 2024
20 Zulkaedah 1445H

Artikel berkaitan:

  • Bagaimana Emas Jadikan Kita Kaya
WhatsApp Ainin
Daftar Akaun Percuma
Public Gold Official Ainin Malaysia
Public Gold Official Ainin Indonesia
download ebook 5 minit emas

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: ARTIKEL EMAS, Manfaat Emas, Persaraan, SIMPAN EMAS
  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tahun depan Aidiladha jatuh pada 18 Mei 2026. Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua.

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d