Weekly Business Meeting G100
Berapi rapi 🔥
Hadir Weekly Business Meeting dan seterusnya Weekly Group Coaching #PGG100Network sampai pukul 12 malam.
sembang semalam sembang juta juta, sebab speaker Weekly Business Meeting ialah jutawan dan T20 Tuan Sabri Yaacob tapi buat keputusan untuk komited dengan PG dan weekly group coaching pulak Tuan Zulkifli Shafie sembang pasal kekayaan.
Walaupun kedua dua speaker berada dalam zon yang selesa, both of them decide dan faham, mereka komited bukan sebab duit, tapi sebab mahukan kebebasan masa. Banyak sangat sangat input berharga semalam. Penuh hadis dan ayat alquran.
Weekly Group Coaching
Pen, Penjara dan Kekayaan
Kisah menarik mentor tuan Mohd Zulkifli Shafie share, bila beliau berdoa supaya dikurniakan pen dalam penjara.
Pen dalam penjara ni prohibited. Dilarang.
Tapi magik berlaku bila staff penjara bagi dekat beliau. Cerita beliau, Ya Allah gembira tu tak boleh digambarkan bila dapat pen tu. Bila pen lebih bernilai daripada sekilo emas.
Dan itu buat kita terfikir dengan apa sebenarnya definisi- bernilai. Nikmat dunia, kita akan rasa sekejap saja. Contoh bila sesuatu yang mahal dan baru, paling lama rasa happy mungkin setahun, atau mungkin sekejap dari itu. Tapi yang paling berbaloi untuk kita manfaatkan dengan kekayaan dan kesenangan kita yang ada sekarang ialah
-Fokus memberi nilai tambah dalam kehidupan orang lain. Bila kita banyak memberi manfaat kepada orang lain, baik sedekah atau nilai tambah seperti ilmu dan lain lain, kita dibalas berlipat ganda, dan ini amalan yang tak putus putus. It is more rewardable.
Al-Quran
Banyak lagi kisah inspirasi Tuan Zul dalam penjara, seperti istiqamah 1 juzu setiap hari. Dan bila beliau sibuk bekerja sekarang, beliau harap komitmen beliau dengan komiti #PGG100Network itu juga adalah ladang pahala. Compounding effects.
Tentang Kekayaa
Tentang kekayaan, yang paling penting ialah jangan ikut definisi kaya orang lain. Kalau orang lain beli sesuatu simbol kemewahan, tak semestinya kita perlukannya. Sebaliknya kalau kita memang betul betul perlukannya, then it’s okay.
Semoga kita manfaatkan segala kesenangan dan rezeki kita sebab semuanya akan ditanya tentangnya nanti. Kita bertanggungjawab for each everything.
Terima kasih speaker, terima kasih tuan mentor✨