Emas dan ASB
- Emas dan ASB
- Emas vs ASB
- Antara Epal dan Kayu
- Perbandingan yang tidak kena.
- Istimewanya Emas.
- Diversification.
- Kongsi Pakar Kewangan
- Tuan Azizi Ali
Dua-dua Ainin simpan dan Ainin suka.
Sebab dua-duanya adalah simpanan dan pelaburan yang paling rendah risiko berbanding platform lain.
Emas vs ASB
Tetapi mana yang lebih baik?
Simpan duit dalam bentuk emas atau simpan di ASB?
Antara Epal dan Kayu
Mana yang lebih baik, epal atau kayu
Ya, begitulah.
Perbandingan yang tidak kena.
Kita tidak boleh buat perbandingan macamtu antara emas dengan ASB. Ia perbandingan yang tidak kena. Macam kita bandingkan antara tukul dengan kapak. Walaupun kapak pun boleh juga ketuk paku, tapi fungsi kapak sebenar ialah untuk potong kayu.
ASB ada dividen, emas tidak ada.
ASB aset kertas, emas aset fizikal.
Emas nampak barangnya, ASB hanya ada nombor dan kertas saja.
ASB nombornya kekal, emas nombor harganya berubah-ubah.
Bila ringgit jatuh, harga emas naik mendadak mengimbangi kejatuhan itu sedangkan ASB walaupun nombornya bertambah tetapi kuasa belinya jatuh bila ringgit jatuh.
Strategi, tujuan dan kaedah melihat returnnya juga berbeza.
Emas ialah simpanan jangka masa panjang, yang mana mengikut data sejarah dari website GoldPrice.org, harga emas boleh naik 600% lebih dalam tempoh 20 tahun (annual 30% increment)
Istimewanya Emas.
Penyimpan emas kena faham kenapa dia simpan emas dan bagaimana emas dapat membantu dia membina kekayaan.
Sifat utama emas tak ada pada tunai – mengekalkan kekayaan dan kuasa beli.
ASB, TH diperlukan sebagai investment tunai yang memberi kita tunai dalam masa yang diperlukan.
Tapi jangka panjang, kuasa beli tunai akan menyusut. Maksudnya lebih banyak tunai diperlukan
Tapi emas tidak begitu. 1kg emas contohnya tetap 1kg emas 20 tahun yang akan datang.
Tapi nilainya naik 600% kali ganda. Kuasa membeli kita tidak menyusut dengan emas.
Diversification.
Itulah sebabnya kita perlu diversify. Atau quotenya yang sangat sinonim, “don’t put all eggs in one basket”.
Kenapa pentingnya diversification? Supaya kita dapat meminimumkan kerugian (sekiranya berlaku) dalam satu satu tools kewangan dan pelaburan.
Kenaikan emas memang tidak boleh dijangka tapi jika kita lihat sepanjang 10tahun ini, emas antara yg memberi pulangan lumayan berbanding pelaburan ASB.
Daripada RM130/g hingga tertinggi RM304/g lebih 100% ROI . Tahun lepas Emas memberi pulangan lebih 20%.
Emas mampu menjadi aset sekuriti yang menjaga nilai kekayaan kita berbeza dengan ASB hanya menjanjikan Dividen.
Kongsi Pakar Kewangan
Tuan Azizi Ali
Sebab itu pakar kewangan Azizi Ali sarankan, 10% kekayaan mesti disimpan dalam bentuk emas. Tak pernah ada pakar kewangan sarankan simpan emas 100%. Emas hanya satu daripada banyak alat kewangan.
Kalau tanya Ainin, antara emas dengan ASB, ainin jawab dua dua.
Tapi kenapa pakar kewangan Tuan Azizi Ali sarankan untuk beli emas berbanding ASB?
Ini ringkasan FB Live 7 December 2020
1️⃣ Simpan emas untuk Dana 3 tahun akan datang. Seperti Dana pengajian. Supaya elakkan anak kita mulakan kerjaya dengan hutang PTPTN
2️⃣ Pulangan yang melebihi 10% dari apa apa pelaburan adalah sangat bagus.
3️⃣ Emas memberi pulangan dengan kenaikan harga lebih dari 30% dalam jangka masa 10 tahun. Jauh lebih baik dari ASB.
4️⃣ Pelaburan emas memang ada risiko. Kurangkan risiko dengan tambah ilmu.
5️⃣ Beliau juga sarankan untuk baca beberapa buku tentang emas di Malaysia. Antaranya :
a. Masa Untuk Emas (Tulisan beliau)
b. Rahsia Emas (Mentor emas saya, Tuan Syukor)
c. Wang Emas (Mentor saya, Mohd Zulkifli Shafie)
6️⃣ ASB sangat bagus untuk jangka masa setahun.
7️⃣ Emas perlu dibeli untuk simpanan atau pelaburan ialah emas 999 (goldbar/dinar). Emas 916 (barang kemas) bukan untuk pelaburan.
Bukan Ainin yang cakap,
Tuan Azizi Ali yang cakap.
Puan Ainin Sofia.
Dealer Aktif Public Gold PG042006