Beli emas maksudnya bukan perabis duit tapi lebih kepada simpan duit. Emas itu sendiri adalah duit.
Kalau nak pakai duit, kita boleh samada jual atau pajak sahaja emas-emas itu untuk dapatkan wang tunai dengan kadar segera.
Sesiapa yang simpan emas, dia tak perlu lagi buat 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙇𝙤𝙖𝙣 (Pinjaman Peribadi) bila nak pakai duit.
Pajak atau gadai saja emas di arrahnu untuk dapatkan pinjaman tunai segera bercagarkan emas.
Prosesnya 𝙢𝙪𝙙𝙖𝙝, 𝙘𝙚𝙥𝙖𝙩, dan boleh dapat pinjaman tunai 𝙤𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙥𝙤𝙩!
Ianya disahkan patuh syariah bagi gadaian yang dibuat di institusi ar-rahnu.
Timbul persoalan, bagaimana cara nak pajak emas?
1) 𝗠𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗲𝗺𝗮𝘀 𝗸𝗲 𝗽𝘂𝘀𝗮𝘁 𝗽𝗮𝗷𝗮𝗸𝗮𝗻,
2) 𝗠𝗲𝘀𝘁𝗶 𝗯𝗮𝘄𝗮 𝗸𝗮𝗱 𝗽𝗲𝗻𝗴𝗲𝗻𝗮𝗹𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗮𝗹 (𝗽𝗮𝘀𝘀𝗽𝗼𝗿𝘁)
3) 𝗥𝗲𝘀𝗶𝘁 𝗯𝗲𝗹𝗶𝗮𝗻 𝗮𝘀𝗮𝗹 (𝘀𝗲𝗯𝗮𝗵𝗮𝗴𝗶𝗮𝗻 𝗮𝗿𝗿𝗮𝗵𝗻𝘂),
Persepsi Pajak Emas Sudah pun Berubah.
Zaman dulu, orang rasa malu nak ke pajak gadai (iaitu sebelum wujudnya institusi arrahnu). Ia menggambarkan orang itu sedang terdesak dan kesempitan wang. Ia sesuatu yang mengaibkan.
Tapi zaman sudah pun berubah!
Sekarang ini, pergi ke arrahnu bukan lagi sesuatu yang mengaibkan. Ia menunjukkan seseorang itu adalah penyimpan emas.
Orang itu ada duit, tetapi duitnya disimpan dalam bentuk emas samada emas perhiasan ataupun emas pelaburan seperti gold bar ataupun syiling emas (dinar).
Hanya orang ´berduit´sahaja boleh dapatkan tunai segera di arrahnu. Tak perlu segan untuk pajak emas kita di arrahnu bila perlukan wang segera.
Kalau tak ada ‘duit’ yang disimpan dalam bentuk emas, tempatnya bukan ke arrahnu. Sebaliknya kena ke kaunter bank untuk dapatkan Personal Loan.
Perlu serahkan pelbagai dokumen dan tunggu beberapa hari ataupun beberapa minggu barulah dapat wang pinjaman tersebut daripada pihak bank.
Kalau bernasib baik, dapat pinjaman. Kalau tak bernasib baik, tak dapat pinjaman. Ia bergantung kepada penilaian bank atas kemampuan kita untuk membayar semula pinjaman tersebut.
𝘼𝙙𝙖 𝙚𝙢𝙖𝙨 𝙢𝙚𝙢𝙗𝙚𝙧𝙞 𝙢𝙖𝙠𝙨𝙪𝙙 𝙆𝙄𝙏𝘼 𝘼𝘿𝘼 𝘿𝙐𝙄𝙏
Bagi sesiapa yang simpan emas, tak perlu lagi buat 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙇𝙤𝙖𝙣 dan tunggu kelulusan daripada pihak bank.
Sebaliknya pajak sahaja emas yang disimpan sebelum ini untuk dapatkan pinjaman tunai segera. Asalkan emas yang dicagarkan itu tulen dan tidak bermasalah, pasti akan diberikan pinjaman 𝙤𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙥𝙤𝙩!
Ya, 𝙤𝙣 𝙩𝙝𝙚 𝙨𝙥𝙤𝙩! Tak perlu tunggu beberapa hari untuk kelulusan. Bahkan dalam tempoh 10 – 15 minit pun sudah boleh dapat pinjaman tunai bercagarkan emas.
Arranhu adalah pinjaman yang selamat. Selamat bagi pihak arrahnu sebab mendapat cagaran dalam bentuk emas yang lebih mahal dari jumlah pinjaman yang diberikan.
Dan ia juga selamat bagi penyimpan emas sebab pinjaman itu dibackup dengan simpanan emas itu sendiri.
Kalau tak mampu tebus, jual sahaja emas itu dengan cara “jual surat pajak”. Tak ada risiko terjerat dengan masalah hutang!
𝘼𝙧𝙧𝙖𝙝𝙣𝙪 – Pinjaman Ideal Jangka Pendek
Dan apa yang menariknya juga ialah tempoh pinjaman yang sangat fleksibel. Ia sangat ideal bagi yang nak buat pinjaman jangka pendek.
Kalau Pinjaman Peribadi, tempoh minimum pinjaman biasanya adalah 1 tahun. Tapi kalau arrahnu, nak pinjam sehari pun boleh.
Ada arrahnu kenakan caj mengikut tempoh mininum 1 bulan, dan ada yang dua (2) minggu, bahkan ada juga cajnya mengikut harian.
Kalau pajak di Pos ArRahnu, tempoh minimum caj yang dikenakan ialah 2 minggu. Kalau pajak sehari pun, cajnya dikira untuk dua minggu pertama, dan selebihnya dikira mengikut harian.
𝙎𝙚𝙡𝙖𝙢𝙖𝙩 𝙩𝙞𝙣𝙜𝙜𝙖𝙡 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙇𝙤𝙖𝙣!
Banyak 𝙛𝙚𝙚𝙙𝙗𝙖𝙘𝙠 yang saya terima, mereka yang selalu buat Pinjaman Peribadi setiap kali nak pakai duit, bila sangat memerlukan akhirnya tidak perlukan lagi pinjaman peribadi tersebut setelah mulakan tabiat menyimpan emas.
Bila simpan emas, maksudnya kita simpan duit. Ada emas, maksudnya ada duit. Cuma duit disimpan dengan cara yang lebih baik kerana ia diikat pada aset yang terjamin nilainya iaitu emas.
Akhir sekali, ada perkara menarik tentang tabiat mereka yang pajak emas berbanding yang buat 𝙋𝙚𝙧𝙨𝙤𝙣𝙖𝙡 𝙇𝙤𝙖𝙣.
Perbezaan Sikap Terhadap Hutang
𝗣𝗲𝗿𝘁𝗮𝗺𝗮, mereka yang pajak emas, mereka tak akan pajak emas tersebut kecuali kalau ada hal yang benar-benar mustahak sahaja.
𝗞𝗲𝗱𝘂𝗮, apabila buat pinjaman, mereka pinjam dalam jumlah sekadar yang benar-benar diperlukan sahaja.
Kalau perlukan RM5,000, maka dia akan dapatkan pinjaman cukup-cukup RM5,000 dan mencagarkan beberapa keping emas hanya sekadar cukup mendapat pinjaman sebanyak itu. Kalau pinjam lebih banyak, cajnya lebih mahal.
𝗞𝗲𝘁𝗶𝗴𝗮, mereka akan melunaskan pinjaman secepat mungkin!
Walaupun tempoh yang diberikan selama 6 bulan, tetapi bila ada duit, mereka akan bayar cepat-cepat.
Jadi bagi pemajak atau pengadai, mereka akan bayarnya secepat mungkin untuk dapatkan penjimatan pada caj pinjaman.
Selain itu juga, mereka akan memastikan emas-emas kesayangan yang dicagarkan itu dapat semula ditangan!
Walaupun pinjaman arrahnu adalah hutang, tapi hutang begini hutang yang selamat dan sihat sebab tidak ada sebarang risiko terjerat dengan masalah hutang seperti hutang-hutang yang lain, insyaAllah.
Hutang itu telahpun dijamin oleh harta kita yang sedia ada, bukan dicagarkan dengan slip gaji i.e. pendapatan masa depan!
Nota:
Pajak emas biar bermatlamat dan berilmu. Jangan main pajak sesuka hati.☺️
Comment