Ini perkongsian mentor emas Ainin: #NitaEmasSyukorHashim
Tips: 3 perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli emas.
Gais, antara kesalahan newbie dalam pelaburan emas adalah “beli dahulu fikir kemudian”. Jadi saya nak berikan 3 tips yang penting yang perlu dipertimbangkan sebelum anda membeli emas.
๐ฃ๐๐ฅ๐ง๐๐ ๐: ๐๐ฎ๐ ๐บ๐ฎ๐ป๐ฎ ๐ป๐ฎ๐ธ ๐ท๐๐ฎ๐น ๐ฏ๐ฎ๐น๐ถ๐ธ ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ ๐ถ๐ป๐ถ?
Gais, keuntungan daripada pelaburan emas adalah apabila anda menjual balik emas. Jadi anda perlu bertanya kepada penjual emas tersebut “Kat mana saya boleh jual balik emas ini nanti?”
Dalam kebanyakan kes, biasanya anda akan jual balik emas kepada syarikat penjual emas tersebut.
Contohnya, jika anda beli emas Public Gold maka anda boleh jual balik kat mana-mana branch Public Gold (atau jual kat dealer Public Gold berhampiran dengan anda).
Jika anda beli Kijang Emas daripada Maybank, maka anda akan jual balik kat cawangan Maybank yang menjual Kijang Emas (bukan semua cawangan Maybank ye)
Kemudian, jika anda membuat pelaburan melalui akaun simpanan, tanya penjual emas tersebut tentang bagaimana proses penjualan semula.
Saya nak bagitau, ada syarikat yang menawarkan pelaburan emas melalui akaun simpanan emas. Mereka menawarkan kemudahan untuk mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas ini.
NAMUN sekiranya anda mengeluarkan emas fizikal daripada akaun simpanan emas mereka, maka mereka TIDAK MENERIMA jualan emas fizikal. Mereka hanya menerima jualan balik gram emas dalam akaun sahaja.
hohoho.. jadi kalau anda tak tahu perkara ini, memang naya lah jawabnya.
๐๐๐๐จ๐: ๐๐ฒ๐ฟ๐ฎ๐ฝ๐ฎ ๐๐ฝ๐ฟ๐ฒ๐ฎ๐ฑ (๐๐๐๐๐๐ป๐ถ๐น๐ฎ๐ถ) ๐ฒ๐บ๐ฎ๐ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐ฏ๐ฒ๐น๐ถ ๐ถ๐ป๐ถ?
Spread @ susutnilai adalah perbezaan diantara harga belian dan jualan emas.
Biasanya ia diukur dalam bentuk %. Sila lihat gambar. Saya letakkan gambar spread untuk emas Public Gold.
Biasanya semakin berat emas yang anda beli maka spreadnya makin kecil.
๐๐๐ง๐๐๐: ๐๐ฑ๐ฎ ๐๐ฎ๐ธ ๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐-๐๐๐ฎ๐ฟ๐ฎ๐ ๐ท๐๐ฎ๐น ๐ฏ๐ฒ๐น๐ถ ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐น๐ฎ๐ถ๐ป ๐๐ฎ๐ป๐ด ๐ฝ๐ฒ๐ฟ๐น๐ ๐๐ฎ๐๐ฎ ๐๐ฎ๐ต๐?
Contohnya: Adakah syarikat menerima balik emas tersebut sekiranya sijil ketulenan hilang? atau plastik laminate emas dibuka atau emas tersebut calar, goris atau bengkok? (kalau Public Gold, ya mereka terima balik, cuma ada extra cas ikut situasi)
Ada syarikat yang menolak untuk membeli balik emas sekiranya ada calar, goris dan bengkok. Contohnya Kijang Emas.
Alasannya ialan nanti Maybank tak boleh jual balik kepada pembeli baru jika emas tersebut calar, goris atau bengkok.
Kenapa emas boleh terbuka plastik? tercalar, goris dan bengkok?
Jawapannya, ia boleh berlaku semasa proses Ar-Rahnu. Sebab ada arrahnu yang meminta anda buka plastik laminate untuk mereka uji emas tersebut.
Semasa ujian densimeter (timbang berat dan timbang dalam air), mereka akan sepit emas tersebut dengan penyepit besi dan menggoncang emas tersebut di dalam air. Ia boleh mencalarkan emas anda (kalau emas 999.9)
Saya pun pernah kena gais ๐ค. Emas saya tercalar semasa ar-rahnu. Perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhโฆ calar hati ku ๐
Emas anda boleh kemek kalau terjatuh. Saya pun pernah kena gais. Perghhhhhhhhhhhhhh.. kemek hati ku ๐
Ok gais, sila share tips ini dengan rakan-rakan anda.
Semoga bermanfaat.