Gais.
Tips untuk penyimpan emas berjaya: Konsisten
Untuk berjaya, penyimpan emas dan pelabur emas perlu mempunyai kualiti ini; KONSISTEN.
Konsisten bermaksud anda fokus kepada menambah gram emas secara berterusan.
Samada harga emas menaik atau menurun, anda konsisten membeli.
Harus diingat, naik turun harga emas adalah di luar kuasa kita.
Kita tak boleh mempengaruhi market. Kita tak boleh buat ramalan yang tepat (takde siapa yang boleh buat ramalan pun)
Namun, kita boleh mengawal tindak tanduk kita.
Untuk pengetahuan anda, setiap orang mempunyai reaksi yang berbeza apabila harga emas naik atau turun.
Ada orang, bila harga emas turun, dia beli cepat-cepat.
Ada orang, bila harga emas turun, dia tak beli sebab dia harap harga boleh turun lagi.
Dalam jangka masa panjang, orang yang beli akan beruntung sebab dia tambah gram emas.
baik, saya ada satu cerita sebenar yang saya nak kongsi.
Saya pernah berjumpa orang yang buka akaun simpanan emas GAP dengan nilai 1 gram. Selepas itu, dia langsung tak tambah gram.
Setelah bertahun-tahun, akaun dia kekal 1 gram ajer.
Lepas tu dia tutup akaun 1 gram ini.
Hehehe… macammana nak jadi pelabur emas berjaya nie bro?
Jika tak konsisten, tak istiqamah. Boleh ke untung besar?
Jawapan: Ya boleh.
Boleh blah 😝
Ainin Sofia
Authorised Priority Dealer Public Gold
PG042006