Ini perkongsian daripada Encik Fairuz, seorang Master Dealer Public Gold.
“Beli emas ni untung ke? Saya beli semalam tetapi hari ini dah turun. Apa pandangan En Fairuz?”
Ini antara salah satu soalan daripada pelanggan saya kepada saya. Soalan ini sangat popular dikalangan penyimpan emas yang baru.
.
Sudah menjadi lumrah, sesiapa sahaja simpan emas pasti akan terfikir tentang untung. YA benar. Samada penyimpan emas itu lama atau baru, pasti fikir tentang keuntungan. Cuma yang membezakan seseorang adalah cara mereka berfikir untuk perancangan masa hadapan.
Antara sebab saya boleh bertahan dalam dunia emas selama hampir 10tahun kerana saya tidak memandang emas sebagai keuntungan jangkamasa pendek. Saya ambil nasihat orang-orang lama bahawa simpanan emas ni untung.
Mungkin cara pemikira saya ini “Old Skul” tetapi itulah antara sebab kenapa saya tidak melatah apabila harga emas naik atau turun. Fokus saya kepada 5tahun dan ke atas.
.
Jadi saya kongsikan perbandingan harga Lima(5) tahun yang lalu dan terkini. Siapa sangka harga 5 tahun dulu dan kini berbeza. Kalau tanya semua orang, pasti mereka jawab emas bernilai, emas mahal tapi kalau suruh beli, hanya beberapa orang saja yang akan beli. 😊
Kenapa?
Sebab nak beli emas perlu ada kesedaran. Bukan sebab untung semata-mata.
.
Berbalik kepada perbandingan harga ini, saya beri pencerahan.
Tahun 2015 (1Kilo Emas)
= RM141Ribu
Tahun 2020 (1Kilo Emas)
= RM284Ribu
Perbezaan (Tahun 2020 & Tahun 2015)
=RM143Ribu sahaja.
.
Yela, sikit kan RM143Ribu tu…. hmmmmm tapi boleh beli KFC tau.😁
Ainin Sofia
Authorised Priority Dealer Public Gold
PG042006