Kepercayaan biasa, kita anggap emas itu pelaburan.
Kita ‘treat’ emas macam saham. Nak ‘buy low sell high’. Sebab itulah kita asyik tunggu harga rendah baru nak beli, dengan niat bila harga naik, kita nak jual.
Saya pun sama. Sebab itulah sekitar tahun 2015 dan 2016 iaitu ketika harga emas bergerak sideways, saya juga tidak tambah-tambah gram emas saya dan menanti masa untuk jual emas saya kembali.
Dan bila kita melihat harga emas jatuh dan terus jatuh, kita panik. Kita merasakan tabungan kita semakin hilang nilai.
Begitulah, bila simpan emas tanpa kefahaman yang tak betul.
Dana Kecemasan 3-6 Bulan Gaji Tak Cukup Lagi?
Sebenarnya, dari satu sisi yang lain, emas juga adalah simpanan.
Jika dana kecemasan kita pun masih tidak cukup lagi iaitu 3 hingga 6 bulan gaji, berhenti anggap emas sebagai pelaburan. Jadikanlah emas sebagai simpanan dahulu.
Emas Bukan Macam Saham
Hakikatnya, emas bukan saham. Ia bukan kertas yang boleh jadi sifar dalam masa semalaman.
Emas itu aset fizikal yang nyata. Apa-apa jadi, emas ada di tangan kita. Jika berat emas 1 gram, emas tetap beratnya 1 gram jika harganya jatuh.
Harga boleh bergerak, tapi gram kita tak hilang. Kita hanya rugi di atas kertas dan kita tidak betul-betul rugi selagi kita tidak jual.
Rugi itu jika kita jual ketika harga rendah tanpa apa-apa keperluan.
Selagi tak jual, ianya cuma angka di atas kertas.
Peraturan mudah: simpan dulu, jangan panik.
Berbeza dengan saham. Jika saham jatuh, kita berputih mata, tiada apa-apa.
Fokus Gram, Bukan Harga Harian
Ada orang monitor harga setiap hari, lepas tu rasa takut dan rasa rugi. Kenapa beli semalam, kenapa tak beli hari ini?
Ada pula orang tengok gram setiap bulan, lepas tu rasa gembira dan tenang. Emosinya lebih stabil.
Yang mana satu kita nak jadi?
Bila kita mula kira gram, kita berhenti risau pasal harga hari ini.
Kita mula tanya, bulan ini kita dah tambah berapa gram?
Harga turun pun, kita nampak peluang tambah lebih banyak gram.
Harga turun bukan musibah, tapi peluang kumpul lebih banyak, peluang tambah tabungan emas dengan harga diskaun.
Harga Emas Naik dalam Jangka Masa Panjang
Dalam jangka masa pendek, harga emas memang naik dan turun.
Tapi, kita simpan emas bukan untuk jangka pendek, tetapi jangka panjang iaitu 2 tahun ke atas.
Jadi, harga emas naik hanyalah persoalan masa sahaja.
Ini kerana, jika kita lihat sejarah harga emas dalam masa 20 tahun ini, kenaikan harga emas ialah lebih 10%, lebih tinggi daripada ASB dan Tabung Haji
Duit dan Emas adalah Alat
Macam yang saya kongsikan sebelum ini,
emas ialah salah satu alat untuk kita capai matlamat kita.
Jadi, tetapkan matlamat kita. Kita akan lebih jelas dalam perjalanan tabungan emas kita.
Nak simpan untuk persaraan? Sasaran kita 2kg emas.
Nak pergi umrah? Sasaran kita 20g emas.
Nak pergi haji? Target 50gram emas.
Nak jadikan maskahwin? Target 5 dinar
Sasaran dalam gram lebih mudah kita pegang. Jadi, fokus pada target gram emas kita, bukan harga harian.
Dan sebenarnya, bila harga emas turun, inilah peluang besar untuk kita tambah gram emas kita lebih banyak, lebih cepat untuk kita capai matlamat kita.
Alhamdullilah, saya sendiri rasa puas melihat penyimpan emas saya yang berjaya tunaikan haji asbab emas, berjaya capai tabungan lebih banyak asbab emas dan sebagainya.
Didoakan catatan ini bermanfaat buat kita semua.
Ainin Sofia
29 Oktober 2016
17 Jamadilawwal 1448H