Ada penyimpan emas Ainin tanya,
Boleh ke fizikalkan sekeping 2gram? Maksudnya 2gram 1 pcs.
Memandangkan dia sudah berjaya menabung 2 gram dalam akaun emas GAP.
Item Goldbar Public Gold
Apabila kita menabung di akaun emas GAP, kita sebenarnya menabung gram emas. Kita belum buat pilihan untuk fizikalkan item apa.
Daripada tabungan akaun emas GAP, kita boleh fizikalkan bermacam jenis item emas. Antaranya ialah goldbar 999, dinar 999 dan barang kemas 999.
Goldbar ialah item emas yang berbentuk petak.
Dinar pula ialah item emas yang berbentuk bulat
manakala barang kemas 999 ialah rantai, cincin, gelang dan sebagainya. Bezanya adalah barang kemas ini berketulenan 999. Yang mana, di kedai emas, kebanyakannya adalah barang kemas 916.
Boleh ke Fizikalkan 2gram sekeping?
Menjawab persoalan ini,
Untuk goldbar,
Item goldbar yang paling kecil ialah 0.25g, diikuti dengan 0.5g, 1gram, 5gram, 10gram, 20gram, 50gram, 100gram, 250gram, 1kg dan seterusnya.

Jadi,
tiada item 2gram sekeping yang boleh dikeluarkan.
Melainkan,
fizikalkan 2 keping 1gram.

Manfaat Emas
Penyimpan emas Ainin tersebut sempat beritahu, dia ingin fizikalkan emas tersebut untuk pajak. Ini adalah bertujuan digunakan untuk bisnesnya.
Rupanya ramai lagi belum tahu, dari akaun emas GAP sendiri, kita boleh terus pajak dan dapatkan wang. Wang tersebut akan dikreditkan ke dalam akaun bank kita.
Konsepnya sama seperti arrahnu di luar.
Apabila sudah mencapai tujuan dan dapat kumpul semula jumlah wang yang dipinjam, kita boleh tebus semula emas yang kita pajak.
Itulah manfaat emas!
Dalam masa yang sama, itulah pentingnya simpan emas bersama dealer aktif supaya dealer aktif dapat membimbing kita dalam perjalanan kita simpan emas.
Peace of mind. Penyimpan emas hanya fikirkan tentang simpanan emas, dealer senangkan penyimpan emas.
Artikel berkaitan:
Bukan tentang Kuantiti, tetapi Rutin
Ainin juga ingin ucapkan tahniah untuk penyimpan emas tersebut kerana berjaya simpan sehingga 2gram. Walaupun jumlahnya nampak kecil, tetapi ini menunjukkan sesiapapun boleh berjaya menyimpan emas.
Dengan kemudahan akaun emas GAP, kita boleh simpan emas sikit sikit, tanpa perlu ada bajet yang besar.
Artikel berkaitan:
- Mudahnya Simpan Emas dengan Akaun Emas GAP
- 20 Soalan Lazim Akaun Emas GAP
- 11 Soalan Lazim Akaun Emas GAP Junior
- Apa itu GAP
Ianya bukan tentang 2gram, tetapi ianya tentang rutin.
Jika serius dalam simpanan emas, walapun tiada bajet yang besar, kita boleh ambil pendekatan ini:
#1 Fokus Konsisten, Bukan Kuantiti Besar
Simpan 1 gram setiap bulan lebih baik daripada tunggu mampu beli 10 gram.
atau tidak perlu tunggu 1gram, boleh mula simpan RM 100 atau RM200 setiap bulan.
Tetapkan bajet setiap bulan, tanpa beremosi melihat naik turun harga emas.
Artikel berkaitan:
#2 Gunakan Sistem Auto Debit
Buat keputusan yang betul hanya sekali, subscribe GAP Autodebit.
Supaya simpanan jadi automatik tanpa bergantung kepada emosi.
Artikel berkaitan:
#3 Campurkan Saiz
Dalam simpanan emas fizikal kita, kita boleh campur saiz emas kita mengikut matlamat.
Saiz dan gram kecil untuk tujuan yang kecil.
Saiz dan gram besar untuk tujuan yang besar.
1 gram, 5gram,1 dinar adalah untuk tujuan dana kecemasan contohnya.
Manakala,
100gram untuk dana haji atau dana rumah.
Artikel berkaitan:
#4 Tetapkan Matlamat Jelas
Untuk berjaya dalam simpanan emas, kita perlu ada matlamat dan target.
Contohnya.
simpan emas untuk dana kecemasan,
simpan emas untuk beli rumah,
simpan emas untuk dana kahwin,
simpan emas untuk dana pendidikan anak-anak
simpan emas untuk umrah atau haji.
atau simpan emas untuk dana persaraan.
Belum ada akaun mari Ainin bimbing langkah demi langkah untuk mulakan simpanan emas dan perak. Paling penting, pilih introducer dan support group yang aktif yang boleh membantu kita di kemudian hari. (Artikel berkaitan: Rugi simpan emas tanpa introducer)


