Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Kewangan ; Makanan Berjimat, Murah tapi Bernutrisi!

Posted on July 5, 2021July 8, 2021 by theaininsofia

Maggi Bahagi Dua, Telur Belah Empat.

Nak berjimat tak semestinya kita kena banyak berlapar dan ikat perut. Yang penting kita makan untuk nutrisi, kurang kuantiti tapi mengenyangkan.

Contoh paling popular yang Ainin pernah dengar ialah,
makan maggi bahagi dua atau tiga.
Separuh makan tengahari, separuh lagi makan untuk malam.
Makan sikit-sikit sebab nak berjimat.

Lagi advanced, Ainin haritu ternampak video tiktok yang ada orang share bekukan telur mentah, bahagikan isi satu telur mentah kepada empat bahagian semata-mata nak berjimat! Fuh, ini berjimat level lain ni.

Tapi kita jangan judge, sebab kemampuan kewangan setiap orang berbeza, Mereka akan berbuat apa sahaja untuk survive.

Sebolehnya, kita nak berjimat cermat tapi dalam masa yang sama, kita juga mahu menerima nutrisi, bukan sekadar untuk survive.

Ada ke makanan murah tapi bernutrisi?

Ikan Kembung dan Ikan Salmon

Ainin teringat perbandingan ikan kembung dan ikan salmon. Walaupun ikan kembung lebih murah dan kurang popular berbanding ikan salmon, in nutrition facts, ikan kembung lebih tinggi nutrisinya.

Lebih Murah, Lebih Nutrisi

Banyak lagi benda yang lebih murah tapi lebih bernutrisi.
Macam fast food, kita sedia untuk bayar lebih for the better taste, tapi tidak pada nutrientnya, walaupun kita tahu fast food tidak elok untuk kesihatan kita.

Also pada masa yang sama kita tahu, sayur hijau lebih baik, dan lebih murah.

Jadi sebenarnya, banyak sebenarnya contoh makanan murah tapi dalam masa yang sama, bernutrisi.

Berjimat Cermat Ketika Pandemik

Waktu pandemik ini, kita cuba sedaya upaya untuk kawal perbelanjaan, berjimat cermat berbelanja makanan tapi kita nak pastikan kita masih menerima nutrien yang secukupnya dan lengkap.

Ainin terinspirasi daripada group Malaysian Preppers ni. Saudara Mukhsin Mohd buka discussion tentang apa makanan yang boleh dibeli dengan bajet wang RM 100 tetapi berhidangan lengkap dengan karbohidrat dan protein.

Di bawah ini antara screenshot ainin dengan diskusi mereka ni.

Contoh Makanan Murah, Tahan Lama dan Bernutrisi

Kesimpulan daripada discussion rakyat group Malaysian preppers ni, antara makanan yang mengenyangkan, within bajet RM 100 dan bernutrisi adalah:

Sumber Karbo:

  • beras
  • kurma
  • bihun
  • tepung
  • ubi
    • kentang
    • keledek
    • kayu
  • oatmeal
  • gula, garam
  • minyak
  • susu tepung

Sumber Protein:

  • ayam salai, itik salai, daging salai
  • telur
  • tempe
  • tauhu
  • sardin
  • ikan bilis
  • ikan kering
  • kacang;
    • dhal
    • soya
    • tanah
    • hijau
    • merah
    • gajus

Cara masak

  • goreng
  • kari
  • sambal
  • sup
  • masak kicap
  • bubur

Contoh Menu:

  • lempeng
  • bubur nasi
  • bihun sup + telur
  • bihun goreng merah
  • bihun goreng putih
  • nasi + ikan bilis
  • nasi + telur hancur/ kicap/ pedas
  • nasi + tempe
  • nasi goreng telur hancur
  • nasi goreng ikan bilis
  • nasi goreng cili kering
  • nasi goreng cendawan

Selain itu, antara praktik yang kita boleh praktikkan untuk berjimat cermat ialah

  • puasa dua kali seminggu
  • makan dua kali sehari
  • Makan untuk nutrisi, bukan untuk kenyang, bak kata Dr Rizal.
  • lebihkan protein berasaskan tumbuhan berbanding haiwan; makan makanan vegetarian

Kesimpulannya,

Kita boleh makan dan memilih makanan yang lebih bernutrisi dalam fasa berjimat cermat kita. Yang penting, kita sedar keluar masuk bajet kita ketika membeli makanan, tidak membazir dan bersederhana.

Pentingkan nutrisi daripada rasa. Kita makan untuk nutrisi, dan kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan.

Apa menu berjimat cermat anda tapi ya Allah, makan bertambah tambah! Cuba kongsikan di bahagian komen.

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: Frugal Living, KEWANGAN, Prepping

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

Recent Posts

  • Harga Emas Naik, Nak Tunggu Harga Emas Turun Dulu?
  • Pajak Emas untuk Beli Emas Baru; Untung atau Perangkap?
  • Rahsia Cashflow Positif Setiap Kali Dapat Gaji
  • Adakah Realistik untuk Harga Emas Jatuh Ke Paras RM200/g Lagi?
  • Beli Aset, Bukan Liabiliti: Jalan Pintas Keluar Rat Race, Capai Financial Freedom

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
https://youtu.be/3NKDHhjz32w
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
https://www.youtube.com/watch?v=0ee5Oos2c-k&list=PL-nRPVSxrT4m18nmFVxouzt9oNnw7WmDz&index=2
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d