Perkongsian oleh Tuan Syukor Hashim:
Gais.
Ada berita baik nak bagitau π
Jika anda nak pegang jongkong emas 999.9 yang bersaiz besar, iaitu 12.4 kilogram, yang dipanggil lBMA Good Delivery gold bar, jemput datang ke menara Public Gold dan saksikan sendiri jongkong emas ini.
Public Gold dah order 3 ketul jongkong ini dan dah selamat sampai ke menara Public Gold.
Baik saya nak cerita sikit tentang spesifikasi gold bar ini.
First, spesifikasi LBMA Good Delivery adalah standard utama yang digunapakai untuk perdagangan emas peringkat antarabangsa.
Berat emas ini adalah 400 troy Oz (bersamaan 12.4 kilogram). Julat berat emas yang diterima adalah diantara 350 troy Oz sehingga 400 troy Oz.
Berat ini akan dicetak pada emas tersebut, biasanya sehingga 2 titik perpuluhan.
Dari segi ketulenan pula, emas ini mempunyai ketulenan minima 99.5% atau 995.
Dari segi rupabentuk, biasanya jongkong emas ini berbentuk seperti bata agar senang untuk dibawa dan disimpan.
Dari segi cap kempa (hallmark), setiap gold bar ini akan distampkan maklumat pada emas tersebut yang menyatakan ketulenan, nombor siri dan cop kempa pembuat emas tersebut dan tahun pembuatan.
Untuk emas yang dibeli oleh Public Gold, anda boleh nampak pembuat emas tersebut adalah Metalor dan tahun 2023 ππ
Metalor adalah ahli penuh dalam LBMA (London Bullion Market Association)
Dari segi integriti, gold bar ini tertakluk kepada ujian berat dan ketulenan yang sangat ketat.
Gais.
Dengan penerimaan 3 ketul gold bar LBMA Good Delivery kat menara Public Gold, maka anda boleh saksikan sendiri gold bar ini dengan mata kepala anda.
Ini adalah pengalaman yang tak boleh dilepaskan. Jemput datang ke Menara Public Gold.
Untuk pengetahuan anda, Public Gold hanya percaya kepada urusniaga jual beli emas fizikal. Ini bisnes model dari hari pertama Public Gold ditubuhkan.
Anda beli emas, anda dapat pegang emas.
Kalau anda beli emas dalam akaun simpanan emas, anda boleh keluarkan emas fizikal bila-bila masa serendah 1 gram. Emas fizikalnya ada.
Ingat gais.
Beli emas nie simple sahaja formulanya.
Ada wang ada barang.
Terima kasih Datoβ Wira Louis Ng!