Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Audit Emas Fizikal

theaininsofia, April 3, 2024

Perkongsian oleh Tuan Arham di facebook beliau;

AUDIT EMAS FIZIKAL

Pengalaman mengaudit fizikal emas. Di tangan saya emas 1kg bernilai RM 339,000 hari ini. Hari itu kami dibawa lihat 5kg emas semuanya bernilai RM 1.6 juta. Tak pernah lagi pegang harta sebesar nilai itu.

Bagaimana proses audit emas dan pelaburan emas digital berlaku?

Saya kongsikan proses yang pernah saya terlibat ketika di Bursa dahulu dalam rangka persiapan sistem Bursa Gold Dinar.

Pertamanya semua emas disimpan oleh pengurus simpanan (vault). Di dunia pengurus simpanan besar untuk emas dan ‘precious metal’ tidak banyak, antara yang besar dan terdekat dengan kita ada di Changi, namanya The Safe House.

Di Malaysia ada beberapa pengurus, yang saya pernah pergi dan masuk ke fasiliti mereka melihat peti-peti besi untuk bank-bank utama di Malaysia ada di Petaling Jaya diuruskan oleh Safeguard Malaysia. Proses sekuriti sangat ketat hingga nama kami yang ingin melakukan audit dihantar ke Bukit Aman untuk saringan.

Kemudian setelah selesai proses mendapatkan kebenaran ke peti besi, emas fizikal akan dibawa untuk semakan. Apa yang kami semak?

  1. Nombor siri – setiap emas mempunyai nombor siri, ini memudahkan proses semakan inventori dan yang paling penting menjamin penjualan emas sekiranya dilakukan secara digital, tidak terjual secara berlebihan daripada inventori yang ada.
  2. Ketulenan dan berat – setiap jongkong ditimbang dan diuji kadar ketulenannya. Ketulenan emas 999 tidak sama dengan 916, kita jual emas 999 tak boleh guna jongkong 916 dalam simpanan.
  3. Sistem – sistem bila melibatkan penjualan emas digital akan disemak supaya konsisten antara rekod jual beli dan pegangan inventori. Ada 5kg tidak boleh dalam sistem rekod jual beli dengan jumlah 5.1kg contohnya.

Proses audit seperti ini dilakukan dengan kekerapan 4 kali setahun, setiap suku.

Selain proses audit dalaman, audit oleh pihak ketiga juga antaranya oleh Pemegang Amanah atau Trustee dilakukan bagi menjamin kadar kepatuhan Shariah yang tinggi.

Dari sudut ketetapan Shariah, ada tiga kaedah yang ditetapkan.

Pertama disebut dalam Shariah Standard on Gold oleh AAOIFI bahawa dalam pelaburan emas hanya Allocated Gold sahaja dibolehkan, maknanya emas yang dibeli perlu disandarkan pada emas fizikal dan disimpan oleh pihak penjual dalam kes emas digital. Ada kos simpan dikenakan.

Unallocated Gold pula tidak dibenarkan, ia bermaksud emas fizikal milik penjual namun apabila kita ‘membeli’ emas, kita diberikan sijil pemilikan yang HANY disandarkan pada emas pemilikan penjual tadi, ini membolehkan pihak penjual membuat ‘leverage’ atau menjual sijil emas melebihi jumlah pegangan fizikalnya berdasarkan sangkaan mereka yang ingin mendapatkan emas fizikal tidak ramai dan majoritinya hanya inginkan tunai.

Kedua ketetapan AAOIFI juga adalah emas perlu ‘segregated’ maknanya dalam kita membuat produk emas atau pelaburan emas, emas yang dijual pada pembeli atau pelabur itu haruslah disimpan di tempat yang terasing dan tidak bercampur dengan emas-emas milik pihak lain. Biasanya segregation ini dilakukan melalui penyimpanan dalam peti besi khusus walaupun di dalam satu tempat simpan yang sama.

Ketiga dan terakhir adalah pemilikan bersama atau milk al-musha’. Dalam ketetapan AAOIFI, emas 1kg jongkong contohnya boleh dimiliki oleh ramai pelabur atau pembeli atas prinsip pemilikan bersama dan bila dimiliki bersama, sama-sama perlu juga tanggung risiko. Sekiranya terjadi malapetaka contohnya kebakaran atau tsunami yang menghilangkan pusat simpan emas, masing-masing menanggung kerugian masing-masing. Biasanya pusat simpan emas mempunyai insurans, dan jika terdapat agihan daripada insurans ia dibahagikan mengikut pegangan emas masing-masing.

Tambahan ketetapan Shariah oleh Suruhanjaya Sekuriti melalui Panduan ETF Gold dan Silver disebut keperluan untuk Penasihat Shariah turun padang dan melihat fizikal emas.

Maka inilah sedikit sebanyak perkongsian tentang emas digital dan fizikal serta ketetapan-ketetapan Shariah.

Saya belum dapat peluang berinteraksi dengan apa yang disebut sebagai Bullion Bank, jadi tak mampu nak komen cuma bagi saya setakat tunjuk video dengan emas 100-200 gram tidak membuktikan apa-apa lagi-lagi jika yang didakwa dalam pegangan itu adalah 24-31 tan emas. (1 tan = 1000kg)

Wallahu a’lam

Arham Merican

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
ARTIKEL EMAS emas fizikalinfo emas

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin merupakan speaker dan tutor yang sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di seminar offline dan online, blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan EmasLangsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • Langsaikan Hutang Rumah Asbab Simpanan Emas
  • Kebahagiaan & Expectation Gap
  • Akaun GAP Junior: Emas untuk Anak
  • Kaya bukan Tentang Gaji
  • Tips Dana Haji versi Emas 2026

ARKIB

Cara Daftar Akaun Public Gold Melalui Apps
Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d