Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Pendapatan Tinggi Tak Bermakna Kita Kaya

theaininsofia, April 27, 2025April 27, 2025
Pendapatan Tinggi Tak Bermakna Kita Kaya
[Open][Close]
  • Pendapatan bukan Kekayaan
  • Apa Bezanya Pendapatan dan Kekayaan?
    • Cara Bina Kekayaan, Bukan Hanya Kejar Gaji
  • Tip mudah untuk mula bina kekayaan:
    • #1 Simpan sebelum belanja
    • #2 Hidup sederhana
    • #3 Elak hutang jahat
    • #4 Melabur dengan ilmu
    • #5 Konsisten
  • Jaminan Seorang Pekerja ialah Berhenti atau diberhentikan.
  • Daripada Pendapatan, Simpan dan Bina Aset + Harta

Pendapatan bukan Kekayaan

Dalam buku The Psychology of Money,

penulis berkongsi, ‘income is not equal to wealth‘.

Pendapatan masih bukan kekayaan kita dan milik kita sepenuhnya!

Ramai orang fikir, bila gaji besar, automatik kita kaya.
Sebenarnya tidak.

Pendapatan atau gaji kita, bukanlah kekayaan kita. Ianya belum melambangkan kekayaan kita.

Pendapatan hanyalah duit yang kita jana atau perolehi setiap bulan.

Kekayaan pula ialah berapa banyak duit dan aset yang kita berjaya simpan dan kumpul.

Dua perkara ni sebenarnya sangat berbeza.

Ada orang bergaji RM15,000 sebulan tapi berbelanja RM 16,000. Tetap terkapai-kapai hujung bulan.
Ada orang bergaji RM2,500 sebulan, tapi dalam diam sudah ada simpanan lima angka, ada aset, ada harta.

Bezanya bukan pada jumlah duit yang masuk.
Tapi bagaimana dan cara kita uruskan duit tu.

Bezanya bukan pada jumlah duit yang masuk, tapi cara kita uruskan duit tu.

Allah SWT pun dah ingatkan kita tentang pentingnya urus harta dengan baik.
Dalam surah Al-Hashr ayat 18:

“Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memerhatikan apa yang telah disiapkannya untuk hari esok (akhirat); dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.”
(Al-Hashr: 18)

Harta dan simpanan ni bukan hanya untuk dunia, tapi juga persiapan menuju akhirat.

Allah SWT juga berfirman:

“Sesungguhnya orang-orang yang membazir itu adalah saudara-saudara syaitan, dan syaitan itu sangat ingkar kepada Tuhannya.”
(Surah Al-Isra’, ayat 27)

Apa Bezanya Pendapatan dan Kekayaan?

Pendapatan = Duit masuk setiap bulan.
Kekayaan = Apa yang tinggal selepas semua belanja dan hutang dibayar.

Contohnya:

  • Kalau gaji kita RM10,000 tapi perbelanjaan bulanan RM9,900, kekayaan kita sebenarnya cuma RM100.
  • Tapi jika gaji kita RM3,000, perbelanjaan RM2,000, simpan RM1,000, setiap tahun kita mampu simpan RM12,000!
    Dalam 5 tahun? Dah ada simpanan RM60,000 itupun belum termasuk dividen lagi.
    Jika gaji bulanan kita disimpan dalam bentuk emas, contohnya sebulan kita berjaya simpan sekitar 2gram emas, setahun 24gram. Dalam masa yang sama, semakin lama, kenaikan harga emas juga semakin bertambah!

Jadi,

ianya bukan tentang berapa banyak duit yang kita dapat, tapi berapa banyak yang kita berjaya simpan, khususnya dalam aset.

Cara Bina Kekayaan, Bukan Hanya Kejar Gaji

Kalau kita mahu benar-benar kaya, kita kena ubah mindset kita. Fokus kepada kumpul aset dan harta, bukan sekadar kejar gaji besar.

Gaji besar itu memang bagus dan ianya adalah salah satu kelebihan. Cuma, kita kena belajar untuk uruskan gaji tersebut untuk pastikan ia betul-betul milik kita.

Tip mudah untuk mula bina kekayaan:

#1 Simpan sebelum belanja

Kesilapan ramai orang, dapat sahaja gaji, mereka belanja dulu. Mereka simpan apa yang tinggal selepasnya.

Pesan pakar kewangan, kita perlu simpan dulu sebelum belanja. Alihkan sedikit daripada gaji. Selebihnya kita selesaikan komitmen.

Bukan simpan apa yang bahagian yang tinggal selepas belanja. Confirm tak ada yang tersisa!

#2 Hidup sederhana

Jangan upgrade gaya hidup setiap kali gaji naik. Jika kita upgrade gaya hidup setiap kali gaji naik, situasi inilah yang dipanggil sebagai ‘lifestyle inflation’.

Nanti sama sahaja status simpanan kita tidak kira gaji naik atau tidak!

#3 Elak hutang jahat

Usahakan bayar cash, jauhi hutang melainkan hutang ‘baik’ je sahaja.

#4 Melabur dengan ilmu

Yang jadikan kita kaya bukanlah emas, hartanah atau saham, tetapi ilmu tentang emas, hartanah atau saham. Melabur di tempat yang kita faham dan mahir. Bukan ikut-ikut orang!

#5 Konsisten

Biar sikit, janji berterusan.

Jaminan Seorang Pekerja ialah Berhenti atau diberhentikan.

Teringat kata-kata mentor Tuan Zulkifli Shafie,

“jaminan seorang pekerja ialah berhenti atau diberhentikan”.

Ramai orang tak sedar,

Pendapatan kita boleh hilang (contohnya bila pencen, kena buang kerja, atau sakit).

Tapi kekayaan yang kita bina, itulah sebenarnya aset kita!

Dalam masa yang sama, kita bina juga harta dan kekayaan kita di akhirat. Sentiasa asingkan untuk bahagian zakat dan sedekah.

Daripada Pendapatan, Simpan dan Bina Aset + Harta

Bila dapat gaji, urus gaji dengan baik.

Simpan dulu baru belanja. Pesan pakar kewangan, simpan dalam 10%-20% gaji kita. Kalau mampu urus komitmen dan tahan nafsu, boleh upgrade simpanan kepada 30% atau 40%.

Ainin pernah dengar mentor Tuan Zulkifli Shafie kongsikan juga, biasanya orang kaya simpan lebih banyak. Mereka tukarkan jadi aset yang menjana pendapatan seperti hartanah atau emas perak.

Orang biasa tambah liabiliti atau bakal sampah, orang luar biasa tambah aset dan harta dengan gaji yang mereka terima.

Kaya lain, mewah lain.

Kaya itu bukan apa yang kita pakai atau pamerkan,
tapi apa yang kekal dan tinggal dengan kita bila kita sudah tiada gaji lagi nanti.

Urus gaji dengan bijak! Simpan dulu baru belanja!

“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.”
(Surah Al-Furqan: 67)

Semoga Allah rezekikan kita semua kekayaan yang berkat, dunia dan akhirat. Aamiin.

Ainin
28 Syawal 1446H
27 April 2025

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
AG: 26-35 AG: 36-45 KEWANGAN gajisimpan dulu baru belanja

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?
  • Testimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan EmasTestimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan Emas
  • ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?

ARTIKEL BISNES EMAS

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka TerengganuG100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content

Recent Posts

  • G100 Academy: Kelas Bina Bank Content Paka Terengganu
  • Kita ialah Himpunan Rutin
  • Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • “Biar tak sedar menabung!”

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d