Ainin bermula simpan emas sekitar tahun 2014-2015.
Mahal!
Masa Ainin simpan tahun 2015 ni pun, Ainin rasa mahal. Tapi, paksa juga menyimpan.
Bila harga naik, jual.
Alhamdullilah sempat beli 100gram iaitu 15 dinar. Harga sekitar RM 15K. Tapi bila harga naik, jual! Sebab nak keuntungan duit. Pada masa itu, AInin belumfaham lagi beza pelabur emas dengan penyimpan emas.
Pelabur emas mahukan keuntungan duit.
Penyimpan emas mahukan gram emas.
Menyesal
Sekarang menyesal sebab jual awal sangat. Menyesal sebab tak simpan lebih banyak. Menyesal sebab tak konsisten lebih kerap.
AInin yang bermula awal pun menyesal. Jadi, tuan puan boleh elak ulang kesilapan Ainin.
Bermulalah walaupun memang rasa mahal. Nanti fast forward few years later, harga harini akan jadi murah.
Dan skrip, “kalaulah” akan berulang-ulang.
Orang boleh menyesal kalau tak ada simpanan tapi tak ada orang menyesal ada simpanan.
Artikel berkaitan: