Skip to content

The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

Menu
  • Ainin, Emas dan Public Gold
  • Ainin, Saya Berminat dengan Emas!
  • Asas Simpanan Emas
  • Dealership Public Gold
  • DOWNLOAD FREE EBOOK
  • FAQ DEALER
  • Kewangan Peribadi
  • Testimoni Simpan Emas Public Gold
Menu

Kenangan Terindah Public Gold G100 Master Dealer Conference 2.0

Posted on September 21, 2022October 28, 2022 by theaininsofia

Pengumuman Public Gold G100 Master Dealer Conference 2.0

Sebenarnya masa komiti announce untuk pendaftaran Master Dealer Conference ni beberapa bulan lalu, Ainin masih teragak-agak untuk join, walaupun kelayakannya diberikan kepada dealer G100 yang sudah mencapai status Pre-MD dan MD.

Pertama sekali, Ainin memang bersyukur sebab qualify untuk layak hadir.

Kata mentor Tuan Zul, dapat hadir pun ialah satu pencapaian.

Walaubagaimanapun, keadaan semasa membuatkan Ainin masih berfikir.

Sebab Ainin tak pernah berpisah dengan anak Ainin yang sudah pun berumur 2 tahun lebih sejak dia dilahirkan. Malah, program pula ialah 3 hari! Bukan sehari atau kurang. Satu permulaan yang mengejutkan.

Dan juga yuran yang berjumlah RM 790, bukan satu jumlah yang sedikit ya.

Keputusan

Tetapi akhirnya, Ainin berkeputusan untuk terus mendaftarkan diri.

1. Dorongan Sahabat Dealer

Terima kasih sahabat dealer Puan Hazwani yang bagi a piece of mind dan directly bagi support in term of transport ke KL.

2. Sokongan Suami

Sebab terbesar Ainin dapat join. Terima kasih atas keizinan, suami. Bonus, suami volunteer jagakan anak untuk full 3 hari. Ini kali pertama berpisah lama dengan anak.

3. Program Terakhir Sebelum Bersalin

Mungkin selepas bersalin akan ada beberapa limitation untuk join program lain. Jadi, dengan kesempatan dan peluang yang ada, kita grab peluang.

4. Mahu Berjumpa Mentor dan Sahabat G100 Buat Pertama Kali Secara Dekat dan Bersemuka

Setelah sekian lama coaching secara online, ini kali peluang pertama Ainin untuk berjumpa dengan mentor secara berhadapan dalam kumpulan yang kecil. Juga, the power of association. Mahu berjumpa dengan sahabat dealer G100.

5. Harga

Harga yang ditetapkan memang bukan jumlah yang sedikit tetapi sebenarnya sangat murah dengan apa yang kita akan perolehi kerana jumlah ini sudah merangkumi harga bilik selama 3 hari dan juga yuran seminar 3 hari.

Berbaloi-baloi kan?

Dari Terengganu ke Subang

PGMall 916 Carnival

Sampai dari Terengganu, kami hadir dahulu di PG 916 Carnival. Bermacam-macam promosi dan produk emas kami dapat sentuh dan lihat.

Yang paling bermakna, dapat berfoto dengan Founder Public Gold, Dato Wira Louis Ng.

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

Yang paling rare, beli makanan denga c-wallet ecommerce PGMall! Ini tiada di mana-mana!

Dan sesudah itu barulah kami bergerak ke Hotel Grand Dorsett untuk Master Dealer Conference 2.0.

Public Gold G100 Master Dealer Conference 2.0

https://youtu.be/zfzCSQfAJN0

Hari Pertama 16 September 2022

Bak kata mentor Tuan Zulkifli Shafie, kehadiran ke G100 Master Dealer Conference ialah satu pencapaian. Sebab tak semua qualify untuk attend.

Alhamdullillah.

Vibes yang berapi-api, dewan yang dipenuhi malaikat kerana kuliah ilmu dengan visi dan misi yang mulia, dan leaders yang tak reveal sahaja rahsia kejayaan, nikmat mana lagi yang kita nak dustakan?

Lahir dalam keluarga emas G100 ibarat lahir dalam dulang emas dan highway yang telah ditebas lalangnya. It is all about kita nak atau tak nak, dan ianya juga persoalan masa.

Really grateful to the committee, G100 team dan mentor Tuan Syukor dan Tuan Zulkifli, tak tergambar dengan kata kata.

View this post on Instagram

A post shared by Ainin | Tips Emas & Kewangan (@theaininsofia769)

Hari Kedua 17 September 2022

Hari kedua banyak sangat belajar khususnya bina bisnes sama sama dengan team. Bantu team sama sama grow.

Mentor Tuan Zulkifli reveal ilmu mahal, doakan ainin dapat execute plan dan action. Sambung pulak dengan Marketing Tools Workshop. Jumpa pula dengan Tuan Suhaimee semasa berkumpul dalam group yang sudah lama bergiat aktif dengan Public Gold since 2014. Sangat menginspirasikan perjalanan beliau selama ni.

Malam pula berkesempatan mendengar amanat Founder Public Gold Dato Wira Louis Ng dan berkesempatan bergambar dengan Mahaguru Emas Tuan Syukor Hashim.

Bila dengar tips and trick rahsia rakan dealer yang lain, semuanya berusaha dan ada struggle masing-masing. Terima kasih banyak banyak sahabat reveal ikhlas jee kann. Sangat sangat bertuah bila jumpa depan depan macamni walaupun selama ni konsisten zoom online dengan team.

View this post on Instagram

A post shared by Ainin | Tips Emas & Kewangan (@theaininsofia769)

Hari Ketiga 18 September 2022

Final day ni Ainin rasa bersyukur sangat sebab dapat close and private lunch + coaching dengan mentor Tuan Zulkifli Shafie dan Puan Najdah. Ya Allah, punyalah rasa tak berani nak show result dan action plan sebelum ni tapi Ya Allah 5 minit pertama dah settle soalan yang berserabut yang buat Ainin stuck sebelum ni. Haa tulaaa kan rugi takut tak bertempat. Mentor sentiasa ada untuk bimbing dan guide kita.

Amanat-amanat terakhir dari leaders dan mentor sangat berbekas dan yang paling penting, execute the plan!

Didoakan diberkati segala ilmu dan silaturrahim semasa #g100mdconference ni. Memang lain rasanya associates offline macamni walaupun selama ni konsisten je join online dengan zoom.

InshaaAllah komited untuk sebarkan kebaikan emas, tambah nilai kepada team dan penyimpan-penyimpan emas yang dah percaya pada Ainin ❤️

If you want to walk fast, walk alone,
If you want to walk far and fast, walk with #pgg100network

View this post on Instagram

A post shared by Ainin | Tips Emas & Kewangan (@theaininsofia769)

Kelebihan

Alhamdullillah, walaupun pada mulanya AInin berbelah bahagi untuk hadir tetapi pada akhirnya jika Ainin dapat bercakap dengan past-self Ainin, Ainin akan katakan, kena pergi tanpa tidak tidak!

1. The Power of Association

Berpeluang Berjumpa dengan Mentor dan Rakan Rakan Dealer G100

Vibes dan rasa berjumpa secara bersemuka sangat berlainan. Berjumpa dengan rakan dealer yang berbeza lapisan umur. Yang muda dan yang berumur. Graduan, tapi sudah layak bersara.

Manakala yang sudah berumur 50 tahun lebih pun masih aktif menyebarkan kebaikan simpan emas.

Apa alasan Ainin untuk tidak buat secara bersungguh-sungguh?

Berjumpa dengan mentor pula impaknya lebih besar.

Berpeluang untuk bertanyakan sesuatu yang buat Ainin stuck dan mentor hanya selesaikan kebuntuan dalam masa seminit. Hah, itulah padahnya tidak personal coaching, kan walaupun peluang terbuka luas.

Sebab solusi dan keadaaan setiap orang berbeza-beza.

2. Master Dealer Action Plan

Pembentangan Master Dealer Action Plan sangat mahal harganya kerana ilmu ini sebenarnya khas untuk yang sudah bergelar Master Dealer.

Dengan pembentangan ini, rasa untuk bantu dan jaga team membuak-buak. Buat kerja secara berkumpulan. Bantu team bina bisnes sama-sama.

Bina penyimpan emas yang berilmu dan berdikari seterusnya bantu kewangan dan hidup mereka masing-masing.

3. Melihat Masa Hadapan

Seterusnya, apabila pin leaders berkongsi kisah mereka, kisah mereka sebenarnya sama sahaja dengan kita. Not an ordinary man who just turns lucky.

Luck vs skill.

Luck tidak boleh diulang.

Skill boleh diulang.

Team G100

Ainin bersyukur Ainin berada dalam Team G100.

Berada di dalam team G100 ibarat dilahirkan di dalam dulang emas kerana semuanya sudah disediakan dari sudut business sport dan coaching.

Ia adalah hanya persoalan mahu atau tidak, buat atau tidak sahaja.

Saya Nak Grab Promo Dealer dan Join Keluarga G100

Dan akhirnya,

tugas dealer sebenarnya sangat mulia, mengajak orang untuk menyimpan aset dan harta, mengingatkan tentang ilmu dan prinsip simpan emas yang betul. Ramai yang nak simpan emas, tidak sabar untuk kaut keuntungan dan jadi kaya, seterusnya mudah tertipu dengan scammer emas.

Jika orang luar kena scam dengan scammer emas, itu salah kita tak jalankan tugas!

Bukan emas yang jadikan kita kaya tetapi ilmu.

Share this:

  • Click to share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Click to share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
Category: Motivasi Bisnes, PGG100NETWORK

Leave a ReplyCancel reply

  • Telegram
  • YouTube
  • TikTok
  • Instagram
  • Facebook
  • Threads

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

 

Dato Wira Louis Ng
Bersama Founder Public Gold dan PG Mall, Dato Wira Louis Ng

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >
Tahun depan Aidiladha jatuh pada 18 Mei 2026. Tak sempat buat korban tahun ni? Jom kita target untuk buat ibadah korban tahun depan dengan simpanan emas Tak sempat nak buat korban tahun ni? BUKAN SURUH RESIGNN Key takeaways from 4 famous personal finance books. Teringat saat waktu buat keputusan nak fokus bisnes ini. Masatu tekad lepaskan bisnes yang jana income aktif 4 angka, demi fokus bisnes yang baru menjana income pasif 3 angka. Terima kasih suami sebab sentiasa support. Nak tunggu harga emas rendah baru nak beli? Sejarah penubuhan G100 academy ialah indirectly bermula bila ainin bertanyakan Puan Norfarawahida Simun tentang database ketika trip PGLS SEA Surabaya, diikuti pula dengan beberapa sorotan peristiwa lain. Tak cukup satu sesi, kita sambung lagi sesi kedua.

Recent Posts

  • Nak Pergi Umrah 2 Tahun Lagi? Simpan 5 dinar!
  • 5gram vs 1 dinar, Mana Lebih Untung?
  • Pencapaian Q-bonus April 2025 Public Gold
  • G100 Talkshow: Emas sebagai Hadiah yang Istimewa dan Bermakna
  • Raudhah; Allah hadirkan hujan untuk hadiahkan pelangi

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 174 other subscribers
    © 2025 The Ainin Sofia | Powered by Minimalist Blog WordPress Theme
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    Social Chat is free, download and try it now here!

    %d