- belajar hargai diri tanpa rosakkan kewangan
- kesederhanaan dalam berbelanja
- self reward yang mahal belum tentu membahagiakan
- define our own self reward
- akaun bertambah juga self reward
- self reward yang tidak habis pada hari ini
- self reward vs impulse buying
- bagaimana orang kaya berbelanja
- self reward yang membina
- ubah cara fikir, kita bergerak ke arah kekayaan
- memandang self reward dari sisi lain
harini berjaya siapakan sebahagian daripada kerja bangunkan modul e-learning untuk team G100. Lunch tadi, Ainin dapatkan aiskrim ini. RM1 sahaja!
Tetapi bahagianya rasa hati. Sama macam dapatkan aiskrim yang mahal juga.
belajar hargai diri tanpa rosakkan kewangan
“Aku penat sangat. Aku layak dapat sesuatu untuk diri sendiri.”
Lalu tanpa berfikir panjang, kita dapatkan telefon baru sedangkan telefon lama masih elok digunakan. Kita tempah percutian dengan duit dana kecemasan. Kita beli beg berjenama, kasut mahal atau makan di restoran mewah semata-mata untuk hadiahkan diri selepas bekerja keras.
Tidak salah pun beri ganjaran kepada diri sendiri.
Yang salah ialah apabila self reward bertukar menjadi self sabotage,
menghargai diri hari ini tetapi menyusahkan diri pada bulan hadapan.
Ramai orang menyangka menghargai diri mesti datang dengan harga yang mahal. Hakikatnya, nilai sesuatu ganjaran bukanlah terletak pada jumlah wang yang dibelanjakan, tetapi pada rasa bahagia yang diberikannya.
kesederhanaan dalam berbelanja
“Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan dan tidak pula bakhil, dan adalah (perbelanjaan itu) di tengah-tengah antara yang demikian.”
(Surah Al-Furqan, ayat 67)
Ayat ini mengajar satu prinsip kewangan yang sangat indah.
Kita tidak disuruh hidup kedekut sehingga menafikan hak diri sendiri.
Tetapi kita juga tidak digalakkan berbelanja sehingga melampaui kemampuan.
Inilah konsep keseimbangan kewangan.
Hari ini, media sosial sering mempromosikan gaya hidup mewah seolah-olah itulah definisi kejayaan. Sedangkan dalam Islam, ukuran kejayaan bukan pada banyaknya harta yang dibelanjakan, tetapi sejauh mana harta itu membawa keberkatan.
self reward yang mahal belum tentu membahagiakan
Ramai yang pernah melalui pengalaman ini.
Membeli sesuatu yang diidamkan bertahun-tahun.
Beberapa hari pertama memang seronok.
Seminggu kemudian, perasaan itu mula hilang.
Sebulan kemudian, barang itu menjadi perkara biasa.
Tetapi hutang kad kredit masih belum habis dibayar.
Komitmen bulanan masih berjalan.
Tekanan kewangan pula semakin bertambah.
Manusia cepat menyesuaikan diri dengan sesuatu nikmat sehingga rasa gembira itu tidak bertahan lama.
Sebab itu, jika setiap kali penat kita memilih untuk membeli sesuatu yang lebih mahal, kita sebenarnya sedang melatih diri bahawa kebahagiaan hanya boleh dibeli dengan wang.
Hakikatnya, tidak begitu.
define our own self reward
Jadi, penting untuk kita define our own self reward untuk elakkan kita terikut-ikut dengan orang lain.
Kadang-kadang self reward yang paling bermakna langsung tidak memerlukan ribuan ringgit.
Mungkin hanya:
- Minum kopi kegemaran sambil membaca buku.
- Berehat tanpa membuka telefon selama beberapa jam.
- Meluangkan masa bersama keluarga.
- Membeli sebuah buku yang boleh menambah ilmu.
- Bersenam atau berjalan menikmati alam.
- Menyimpan sedikit wang sebagai hadiah untuk diri sendiri pada masa hadapan.
akaun bertambah juga self reward
Ramai tidak sedar, antara self reward terbaik ialah melihat akaun simpanan semakin bertambah.
Tapi tidaklah bermakna kita tidak boleh menikmati hidup.
Sedangkan duit itu hanyalah tool atau alat untuk jadikan kita bahagia dan nikmati hidup.
Bila akaun dan simpanan kita bertambah, ianya memberi makna ‘freedom’.
Kita memberi freedom dan lebih ketenangan kepada diri kita sendiri.
self reward yang tidak habis pada hari ini
Orang yang bijak mengurus kewangan tidak menghapuskan self reward. Mereka hanya mengubah definisinya.
Tanya pada diri sendiri:
“Apa hadiah yang boleh menggembirakan aku hari ini dan pada masa yang sama memberi manfaat kepada aku lima atau sepuluh tahun akan datang?”
Jawapannya mungkin berbeza bagi setiap orang.
Ada yang memilih menyimpan dalam dana kecemasan. Ada yang melabur. Ada yang menambah ilmu melalui kelas atau buku. Ada juga yang memilih menyimpan emas sebagai hadiah kepada diri sendiri. Dengan kemudahan akaun emas GAP, kita boleh dapatkan emas dengan bajet yang rendah.
Self reward seperti ini, membina diri, memberi keuntungan kepada kita beberapa tahun kemudian.
Kita pilih untuk self reward pada aset, bukan pada bakal sampah.
Inilah bezanya antara perbelanjaan dan pemilikan aset.
Telefon akan semakin susut nilainya.
Beg berjenama mungkin berubah trend.
Tetapi emas telah lama dikenali sebagai penyimpan nilai yang membantu melindungi kuasa beli dalam jangka panjang.
Begitu juga ilmu. Tiada siapa akan mencuri ilmu daripada kita.
self reward vs impulse buying
Kadangkala kita menggunakan alasan “self reward” untuk menghalalkan pembelian impulsif.
Hakikatnya ia bukan self reward. Ia hanya keputusan yang dibuat berdasarkan emosi yang kita cuba justifikasikan.
Sebelum membeli sesuatu, cuba tanya diri sendiri:
- Adakah aku benar-benar perlukan perkara ini?
- Adakah pembelian ini akan memberi kesan kepada aliran tunai bulan hadapan?
- Adakah aku masih mampu menyimpan selepas membeli?
- Adakah aku membeli kerana gembira atau kerana terpengaruh?
Soalan-soalan ini nampak mudah.
Tetapi ia mampu menyelamatkan kita daripada banyak kesilapan kewangan.
bagaimana orang kaya berbelanja
Ramai menyangka orang yang mempunyai banyak harta sentiasa berbelanja besar. Sebenarnya ramai individu yang berjaya dari sudut kewangan sangat berhati-hati apabila menggunakan wang.
Mereka lebih suka membeli aset daripada liabiliti.
Mereka lebih suka meningkatkan nilai bersih (net worth) daripada sekadar meningkatkan gaya hidup.
Sebab itu, apabila pendapatan meningkat, mereka tidak terus menaikkan perbelanjaan.
Sebaliknya mereka meningkatkan jumlah simpanan, pelaburan dan aset.
Inilah yang dinamakan disiplin kewangan.
self reward yang membina
Bayangkan dua orang menerima bonus RM1,000.
Seorang membeli telefon baharu.
Seorang lagi menggunakan sebahagian untuk menikmati makan malam bersama keluarga, manakala bakinya disimpan dalam bentuk emas.
Kedua-duanya adalah self reward.
Bezanya, seorang hanya menikmati kebahagiaan hari ini.
Seorang lagi menikmati hari ini dan turut membina masa depan.
Tiada siapa mengatakan salah membeli sesuatu yang kita suka. Tetapi setiap ringgit mempunyai pilihan.
Adakah ia akan habis digunakan?
Atau ia akan terus bekerja untuk kita?
ubah cara fikir, kita bergerak ke arah kekayaan
Ramai menyangka kekayaan bermula apabila pendapatan meningkat.
Sebenarnya kekayaan bermula apabila cara kita melihat perbelanjaan berubah.
Apabila kita mula bertanya:
“Bagaimana duit yang kita terima ini boleh memberi manfaat kepada aku untuk tempoh yang lebih panjang?”
memandang self reward dari sisi lain
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri.”
(Surah Ar-Ra’d, ayat 11)
Perubahan kewangan tidak berlaku dalam sehari. Ia bermula daripada keputusan-keputusan kecil yang dibuat setiap hari.
Cara kita berbelanja. Cara kita menyimpan. Cara kita memberi ganjaran kepada diri sendiri.
Self reward tidak semestinya mahal.
Kadang-kadang hadiah terbaik ialah ketenangan hati kerana kita tidak berhutang.
Kadang-kadang hadiah terbaik ialah melihat dana kecemasan semakin bertambah dan kukuh.
Kadang-kadang hadiah terbaik ialah melihat gram demi gram simpanan emas semakin bertambah.
Kerana pada akhirnya, self reward yang paling bernilai bukanlah sesuatu yang membuat kita kelihatan kaya.
Tetapi sesuatu yang benar-benar membantu kita menjadi lebih tenang, lebih bersedia, dan lebih kukuh dari sudut kewangan.