1st class swimming, excited!
Alhamdullilah, sebenarnya dah lama nak belajar berenang, tapi keep postponing & delaying.
Triggernya adalah apabila Wani bermula belajar horseriding. Mula belajar skill dan hobi baru.
Ainin jadi teringat dengan niat lama.
Masa sesi horseriding tu jugak terus google dan alhamdullilah terus jumpa dengan kelas berdekatan.
Semuanya dipermudahkan sehingga kami bertiga selesai kelas pertama dengan coach perempuan.
Aset yang tidak dicuri: skill & kemahiran diri
Ainin suka baca tentang aset. Ramai orang salah faham tentang kekayaan. Apabila orang ada duit dan dana, mereka beli sesuatu yang disangkanya sebagai aset tetapi sebenarnya adalah beban.
Alhamdullilah, dengan ilmu yanga ada, Ainin suka menabung dengan niat menambah aset.
Dulu, kalau boleh, semua duit nak ditabungkan. Semua simpan.
Walaubagaimanapun, sejak Ainin dengan bisnes Public Gold, Ainin mula belajar tentang real definition of investment. Harta atau aset bukanlah hartanah atau logam emas perak sahaja. Tapi, aset penting termasuklah melabur semula ke dalam bisnes dan ilmu.
Ini semua termasuklah growing assets dan appreciating assets. Aset yang akan menjana semula duit kepada kita.
Jika aset lain boleh diambil orang, aset ilmu tidak dapat dicuri dan diambil orang.
Jadi, bila ada duit, ambil peluang untuk tambah ilmu, polish skill dan kemahiran diri. Tak kisahlah ilmu untuk bisnes, ilmu survival diri atau ilmu kehidupan.
semua perkara susah pada permulaannya
Rasa teruja untuk belajar berenang. Sebagai murid yang baru nak bertatih, semuanya rasa baru dan tidak biasa.
Semua perkara akan terasa susah pada permulaannya.
Teringat pesan mentor, habiskan flight hours secepatnya, kita akan mahir sesuatu kemahiran tersebut dengan cepat.
Nak berjaya berenang, banyakkan praktik.
Nak berjaya dalam bisnes, buat tindakan yang sepatutnya kita buat dengan lebih banyak.
time freedom & financial freedom
Dan
dalam bisnes, Ainin belajar,
duit, emas, harta ini adalah tools dan alat sahaja.
Kita bukan nak kejar alat, tapi kita nak kejar matlamat.
Alhamdullillah, asbab bisnes ini, Ainin dapat kecapi time freedom dan financial stability sehingga membolehkan Ainin kejar dream dan wishlist Ainin selama ini iaitu berenang di saat orang lain sedang sibuk bekerja.
Segala puji bagi Allah.