Skip to content
The Ainin Sofia
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • Mula Menabung Emas Sekarang
  • Asas Simpanan Emas
  • Tentang Ainin
    • Ainin, Emas dan Public Gold
    • INSTAGRAM
    • YOUTUBE AININ
    • PODCAST
    • TIKTOK
  • Simpan Emas
    • Asas Simpanan Emas
    • 3 Cara Belian Emas di Public Gold
      • Akaun Emas Gold Accumulation Program
        • Akaun Emas Untuk Anak
      • Pembelian Biasa (Full Payment)
      • Pembelian EPP
      • Beli Emas Dari PGMALL
      • Daftar Percuma
    • Kelebihan Simpan Emas
    • Testimoni Penyimpan Emas
      • Cerita Penyimpan Emas
      • Zakat Emas
    • Cara Jadi Dealer Public Gold
      • Dealership Public Gold
      • Cara Jadi Dealer
      • 12 Kelebihan Jadi Dealer Public Gold
      • TEAM G100
        • website G100
      • Program Latihan
        • PG Leadership Training
        • New Dealer Orientation
    • Artikel Emas
      • Asas Simpanan Emas
      • Tips Pilih Emas Terbaik
      • Pajak Dan Arrahnu
      • BISNES EMAS
    • Public Gold
      • Website PG
      • Public Gold Dalam Media
      • Foto Emas
        • Goldbar Dan Dinar 999
        • Barang Kemas 916
        • Silver
        • Cawangan
    • Seminar Emas
      • YOUTUBE G100
        • Ilmu Kewangan
        • Ilmu Emas
        • Tutorial Dan SOP
      • G100 Talkshow
      • Karnival Kaya Dengan Emas
      • G100 Apprentice, Khas untuk Anak Muda
      • G100 Master Dealer Conference
      • G100 Achievers Night
  • KEWANGAN
    • Koleksi Artikel Kewangan
  • JADUAL SEMINAR EMAS
  • TELEGRAM
  • HARGA EMAS HARI INI
The Ainin Sofia

Motivasi Emas dan Kewangan

  • TikTok
  • Instagram
  • YouTube
  • Facebook
  • Telegram

Kita ialah Himpunan Rutin

theaininsofia, April 15, 2026April 15, 2026
Kita ialah Himpunan Rutin
[Open][Close]
  • Gigi Rosak, Bukan Kesan Sehari
  • Tentang Rutin
  • Kekayaan: Tabiat Kumpul Aset
  • Formula Kejayaan
  • Formula Kaya dengan Emas.

Anak saya, tiap-tiap hari gosok gigi.

Jadi, saya sangkakan giginya okay sahaja. Hari-hari saya akan tanya, ” dah gosok gigi?”

Dan, dia akan jawab, “dah”. Kadang-kadang ada sisa buih ubat gigi yang ada di pipi.

Tetapi,

alangkah terkejutnya ibunya ini, apabila semalam saya ternampak terdapat beberapa kerosakan pada giginya.

Just a random check.

Saya nampak ada pada 3 tempat.

Pagi ini, saya bawa dia ke doktor gigi.

Rupa-rupanya ada 6 batang gigi yang ditampal!

Gigi Rosak, Bukan Kesan Sehari

Anak yang dipantau rutin gosok giginya, pun giginya rosak.

Inikan pula anak yang memang tidak gosok gigi setiap hari.

Gigi rosak, bukan tentang tabiat sehari. Ianya tentang tabiat yang sudah lama.

Mungkin masih ada sisa yang ada pada gigi. Dan mungkin teknik berus giginya yang tidak betul.

Ketika sedar, ianya sudah berlubang.

Tentang Rutin

Begitu juga,

Gemuknya seseorang, bukan sebab baru makan banyak semalam.

Kanser paru-paru, bukan sebab baru merokok semalam.

Ianya tentang tabiat kecil yang dibuat bertahun-tahun.

Dalam kewangan pula,

jika seseorang itu diuji dengan hutang beribu-ribu contohnya.

Ianya adalah kerana tabiat pengurusan wang yang salah yang sudah sekian lama.

Cashflow negatif yang mulanya nampak biasa, lama-lama akhirnya jadi parah.

Ketika parah itulah, seseorang baru menggelabah, baru mahu ambil tindakan.

Kekayaan: Tabiat Kumpul Aset

Sebaliknya,

kekayaan pula ialah kesan daripada tabiat-tabiat pengurusan wang yang betul yang sudah berlangsung sekian lama.

Cashflow positif setiap bulan, tabiat menabung, tabiat mencari ilmu,

Perkara yang nampak bosan, tetapi dilakukan berulang-ulang.

Sikit-sikit tapi konsisten.

Sebab itulah, guru saya Tuan Mohd Zulkifli Shafie berkongsi,

” Cashflow RM 2,000 tapi cashflow positif +RM200, itu lebih baik daripada gaji RM 10,000 tetapi cashflownya negatif -RM1,000 setiap bulan”.

Ini kerana jika cashflow seseorang setiap bulan ialah negatif RM300, maksudnya setiap bulan hutangnya bertambah RM 300. Jadi, 10 bulan bersamaan dengan RM 3,000!

Jadi, perlu cepat-cepat sedar, cepat-cepat rawat.

Lagi cepat sedar, lagi bagus, sebelum keadaan kewangan semakin parah.

Cuma, ramai orang baru bertindak apabila keadaan sudah parah.

Formula Kejayaan

Ramai orang melihat orang yang menerima kejayaan ini sebagai overnight success.

Padahal,

ianya adalah perjalanan dan himpunan tabiat-tabiat kejayaan bertahun-tahun!

Ianya adalah rutin sehari-sehari.

Apabila rutin sudah betul, kejayaan adalah persoalan masa sahaja.

Formula Kaya dengan Emas.

Begitu juga jika kita ingin kaya dengan simpanan emas.

Bukan tentang siapa paling pandai baca graf, bukan tentang siapa paling laju dan banyak membeli ketika harga emas tengah rendah, bukan tentang siapa paling tepat predict harga emas,

tetapi,

tentang siapa paling konsisten menabung emas, tambah gram emas tidak kira harga emas naik ataupun turun.

Harga emas mahal pun simpan,

harga emas rendah, pun simpan, simpan lebih banyak, borong lebih banyak.

Akhirnya,

orang yang paling banyak gram emasnya yang paling beruntung.

Beruntung kerana emasnya makin bertambah.

Dengan emas, kukuh kewangannya, dapat capai matlamatnya dan dapat selesaikan banyak hutang negatif, sepertimana testimoni dan perkongsian ramai penyimpan emas saya sendiri.

Orang yang sibuk dengan ‘buy low sell high’, sibuk cari masa terbaik, akhirnya dia beli sekali sahaja. Kalah dengan emosinya sendiri.

Akhirnya, emas pun tak bertambah. Mungkin juga habis dijual dan dibelanjakan.

Kesimpulannya,

Fokus pada rutin kita setiap hari, setiap bulan.

Kita adalah himpunan kepada tabiat-tabiat kita.

Ainin
Kerteh
26 Syawal 1447H
15 April 2026

Share this:

  • Share on Facebook (Opens in new window) Facebook
  • Share on X (Opens in new window) X

Like this:

Like Loading...
KEWANGAN SIMPAN EMAS

Post navigation

Previous post

Leave a ReplyCancel reply

Puan Ainin Sofia

PG CODE: PG042006

Mula simpan 100gram emas Public Gold dan jadi dealer sejak 2014,  Ainin berpengalaman dalam simpanan, belian, jualan dan pajakan emas selama 11 tahun, di bawah mentorship Penulis Buku Wang Emas, Tuan Mohd Zulkifli Shafie team G100.

Ainin juga merupakan seorang Star Founder Master Dealer G100 Public Gold, bermaksud telah membimbing lebih 1000 orang penyimpan emas dalam empayar.

Ainin sangat aktif berkongsi pengalaman dan nasihat kewangan yang betul dalam simpanan emas di blog, facebook, instagram, tiktok dan youtube.

Professionally, Ainin adalah seorang pemegang ijazah Sarjana Sains Pergigian dan Sarjana Muda Makmal Perubatan.

bersama Founder Public Gold, Dato Seri Louis Ng di Awards Recognition Night Jakarta, Indonesia
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di FMD Mid Year Review, Menara Public Gold

 

Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang
Bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie, Penulis Buku Wang Emas dan Misi Bebas Hutang di Master Dealer Conference G100 2.0 2022

 

umrah bersama mentor Tuan Zulkifli Shafie dan isteri Puan Najdah pada Februari 2025

 

Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Membina Satu Juta Pertama anjuran G100 Public Gold, Temerloh Pahang
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
Diberi amanah sebagai speaker di Seminar Kaya Dengan Emas Dungun Terengganu
  • Baca selanjutnya tentang Ainin dan Public Gold >
  • Join Telegram Channel Ainin untuk dapatkan perkongsian, info dan promosi terkini >
  • Klik sini untuk Promosi Dealer Terkini Public Gold atau di sini
  • PERCUMA:
  • Daftar PERCUMA dan mula simpan emas di sini >

ARTIKEL SIMPAN EMAS

  • Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?
  • Testimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan EmasTestimoni Berjaya Buat Tabungan Bila Simpan Emas
  • ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?ASB vs Emas 2025: Mana Lebih Untung?

ARTIKEL BISNES EMAS

  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnesBahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • G100 Academy: Bina ContentG100 Academy: Bina Content
  • Memimpin Weekly Group Coaching Team MentorMemimpin Weekly Group Coaching Team Mentor

Recent Posts

  • Kita ialah Himpunan Rutin
  • Boleh ke Fizikalkan 2gram emas sekeping?
  • Bahasa sokongan pasangan dalam bisnes
  • “Biar tak sedar menabung!”
  • Sesuai ke Beli Silver Sekarang?

ARKIB

Seminar Perkongsian Ainin boleh simpan 100gram ketika student
Perkongsian Urus Kewangan kepada Pelajar Diploma UTMKL
Perkongsian Success Story |
G100 Achievers Night (Speaker Kedua)

Categories

Subscribe to Blog via Email

Enter your email address to subscribe to this blog and receive notifications of new posts by email.

Join 110 other subscribers
    ©2026 The Ainin Sofia | WordPress Theme by SuperbThemes
    Bonus! Download Ebook 5 Minit Emas

    ebook 5 minit emas

    %d