Bila kita sebut zuhud, mesti kita akan menggambarkan seseorang yang tidak berharta, bukan?
Zuhud bukan saja untuk orang miskin atau tak berharta,
Tetapi juga untuk orang kaya dan berharta.
Kaya dan berharta, tetapi tidak mencintai dunia.
Ainin share sneak peak dalam buku Seruan untuk Bekerja:
Buku Seruan untuk Bekerja
Buku ini sangat best. Ainin dapatkan daripada PGMall. Di saat stigma berharta itu tidak baik, buku ini menjelaskan sebaliknya. Umat Islam diseru untuk bekerja malah berharta.
Mukmin boleh jadi berharta dan pada masa yang sama, dia zuhud dan tidak cintakan dunia.
Kata Imam Hassan Albanna,
Hakikat zuhud itu ialah memiliki dunia sehingga kita rasa sama sahaja emas atau tanah.
Bukan tentang banyaknya harta atau tidak.
Memanfaatkan Harta
Jangan kita memusuhi harta tapi salurkan harta ke arah kebaikan seperti agama, keluarga dan untuk akhirat kita.
Kongsi mentor Tuan Zulkifli Shafie,
Memang kita tidak bawa harta masuk kubur tapi cara kita dapatkan, belanjakan dan uruskan harta sangat memberi kesan kepada amal dan alam akhirat kita.
Dunia ialah ladang semaian akhirat
Seperti kata-kata yang diulang-ulang mentor, kaya itu mulia.
Kaya dan berharta, kita boleh menolong lebih ramai orang, boleh buat lebih banyak amalan yang memerlukan harta dan wang.
Kalau kita fikir, jika dengan adanya harta, kita lebih terarah ke arah ketidakbaikan, mungkin betul.
Tapi kalau kita fikir, dengan adanya harta, kita lebih beramal kebaikan, pun betul.
Apa yang kita fikir, semuanya betul.
Money just magnify who you are.
Bukan salah duit sebenarnya.
Harta di Tangan, bukan di Hati
Kita tadbir dunia sebaiknya. Kita urus harta dengan amanah. Kita jalankan tanggungjawab kerana Allah.
Tidak salah punya emas,perak dan harta-harta yang lain selagi kita takutkan Allah dan belanjakan di jalan yang Allah suka hatta nafkah dan belanja keluarga.
Semuanya tidak sia-sia.
Dalam Al-quran pun banyak disebut tentang harta dan pengurusan kewangan, banyak disebut tentang perbelanjaan terhadap orang-orang miskin, yatim, fisabillillah dan sebagainya,
Semua ini memerlukan harta dan wang.
Benarlah,
harta yang baik ialah harta yang ada di tangan orang-orang mukmin.
Lillah
Semoga, semuanya untuk Allah.
Semoga, semuanya kerana Allah.
kerana semuanya juga adalah dari Dia.
Ainin
Rajab 1445H | Terengganu